omniture

GAC Motor Lancar Model Utama GS8 dan GA8 di Timur Tengah

GAC Motor
2017-06-06 02:26 770

DOHA, Qatar dan BANDAR KUWAIT, Kuwait, 6 Jun 2017 /PRNewswire/ -- GAC Motor, jenama kenderaan terkemuka China, melancarkan dua model kebanggaannya, GS8, SUV dengan 7 tempat duduk dan sedan GA8 elit, di Qatar dan Kuwait. Pelancaran ini menandakan langkah seterusnya yang utama dalam evolusi GAC Motor menjadi pembuat kenderaan bertaraf antarabangsa dan menegaskan komitmen syarikat dalam menyediakan produk dan perkhidmatan automotif paling bernilai untuk pengguna seluruh dunia.

SUV 7 tempat duduk GAC Motor, GS8
SUV 7 tempat duduk GAC Motor, GS8

Kenderaan tersebut diperkenalkan dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh para tetamu kehormat termasuk Duta Republik Rakyat China di Negara Qatar, En. Li Chen; Kaunselor Ekonomi dan Komersial, En. Yang Song, Kaunselor Ekonomi dan Komersial Republik Rakyat China di Negara Qatar, En. Cheng Rongru, memandangkan usaha pembangunan jenama Cina dalam pasaran global disokong oleh kerajaan China.

"Kami amat yakin dengan pembangunan masa depan GAC Motor dalam pasaran Qatar dan kami komited untuk membawakan lebih banyak model yang cemerlang kepada pengguna tempatan," kata wakil GAC Motor. "Tahun 2017 menandakan ulang tahun ke-29 pembentukan hubungan diplomatik antara China dan Qatar, kami berharap GAC Motor dapat berperanan sebagai penghubung antara kedua-dua negara ini dan seterusnya memperluas kerjasama perdagangan."

Sedan GA8 elit GAC Motor
Sedan GA8 elit GAC Motor

SUV 7 tempat duduk GS8 dan sedan GA8 elit kedua-duanya merupakan kenderaan mewah yang dilengkapi dengan enjin 320T generasi kedua yang terkini daripada GAC Motor. Badan kenderaan GS8 dibuat sepenuhnya oleh 95% keluli dengan kekukuhan tinggi bagi memenuhi piawaian anti-daya bumbung SUV Amerika Utara. Ia menyepadukan bantuan pemanduan pintar seperti edisi ekstrem ESP (Program Kestabilan Elektronik) generasi ke-9, sistem pengimejan visual panorama 360 darjah, sistem ACC (Kawalan Jelajah Adaptif) dan lapan beg udara. Dilancarkan di China pada Oktober 2016, GS8 memiliki prestasi mengagumkan dan menjadi kenderaan dengan jualan paling laris pada bulan April dalam kalangan semua SUV bersaiz penuh dalam pasaran.

GA8 bukan sahaja memiliki enjin, kotak gear dan casis terbaik daripada GAC Motor, tetapi juga mempunyai konfigurasi dalaman serta reka bentuk luar yang menarik dan mewah. Dengan bahan semula jadi Rendah-VOC (Sebatian Organik Meruap) dan penapis penulenan PM 2.5 di bahagian dalam, model ini menyasarkan pengalaman pemanduan yang mesra alam. GA8 memiliki rangkaian kuasa yang sama seperti GS8 dan juga pelbagai ciri pemanduan selamat menyeluruh yang sama yang dapat membantu menavigasi, mencetuskan amaran perlanggaran, dan membantu pembrekan dengan aktif.

Yu Jun, presiden GAC Motor menyatakan bahawa GAC Motor telah meningkat maju menerusi kedudukan yang tinggi, prinsip yang mengutamakan kualiti dan kemajuan didorong inovasi, manakala pelancaran GS8 dan GA8 di Timur Tengah ialah langkah utama untuk syarikat menembusi pasaran global sebagai pembuat kenderaan bertaraf antarabangsa yang cemerlang dalam segmen penyelidikan, pengeluaran dan juga jualan.

"Memberi tumpuan terhadap pasaran utama ialah titik permulaan kami dalam memperluas saluran pengedaran. Kami akan terus mengukuhkan kehadiran kami di negara-negara dalam Inisiatif Jalur dan Jalan serta pasaran-pasaran baru muncul yang lain, di samping mengembangkan perniagaan global dan menembusi pasaran Amerika Utara dan Eropah dengan imej jenama sederhana serta mewah."

Kemajuan Terkini Syarikat

Bagi menyokong usaha perluasan antarabangsa ini, GAC Motor mewujudkan rangkaian jualan dan perkhidmatan global meliputi 14 negara dan bersedia menembusi pasaran AS tidak lewat daripada tahun 2019 untuk terus memperluas pengaruhnya dalam pasaran kenderaan utama.

Berpusat di Institut Kejuruteraan Automotif GAC, syarikat turut memperluas rangkaian R&D automotif global yang disokong oleh pusat teknologi syarikat, pembekal global terkemuka dan institut penyelidikan bagi membawakan lebih banyak model berkualiti kepada pelanggan global.

Model-model kenderaan oleh syarikat telah mendapat perhatian luas di seluruh dunia. Sempena Pameran Auto Antarabangsa Detroit Amerika Utara (NAIAS) 2015, GAC Motor meraih anugerah "Inovasi untuk Masa Depan" daripada Yahoo Finance, manakala sewaktu Pameran Motor Antarabangsa Dubai 2015, outlet media utama termasuk Reuters dan Associated Press memberi pujian tinggi terhadap GAC Motor, menggelarnya sebagai "Jenama Kereta Cina Terbaik".

Pada Januari 2017, GAC Motor kembali ke NAIAS. Model GS7 yang baru dilancarkan mendapat pujian sebagai "SUV Blokbuster Generasi Seterusnya" oleh New York Times dan "Penampilan Sulung Dunia Mengagumkan" oleh Forbes.

GAC Motor mengekalkan kadar pertumbuhan kompaun sebanyak 85 peratus selama enam tahun berturut-turut. Pada tahun 2016, syarikat menjual lebih 380,000 kereta di seluruh dunia. Lebih 120,000 kereta daripada semua segmen dijual pada suku pertama tahun 2017, meningkat 68.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat turut merancang untuk melancarkan 20 hingga 30 kereta baharu dalam tempoh lima tahun akan datang, sembilan daripadanya bakal dilancarkan pada tahun 2017, termasuk GS7, GS3, GA4 dan GM8 serba baharu, selain tiga kereta elektrik dan dua model yang dinaik taraf.

"Dengan menyepadukan lebih banyak sumber dan bekerjasama dengan pihak pengedar dan rakan kongsi, GAC Motor komited untuk membawakan produk dan perkhidmatan berkualiti premium kepada pelanggan global," kata Yu.

Latar Belakang GAC Motor

Sebuah subsidiari GAC Group, GAC Motor membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti tinggi, mencapai 96 peratus kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina yang lain dalam tempoh yang sama. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut dan kedudukan ke-5 dalam kalangan semua jenama global menurut Kajian Kualiti Awal China 2016 J.D. Power Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook:https://www.facebook.com/GACMoto
Instagram:https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter:https://twitter.com/gac_motor

Maklumat Perhubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
sukie_gacmotor@126.com

Taki Jiang
+86-134-5028-4242
takijiang@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170605/1867948-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170605/1867948-1-b

 

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion New products/services