omniture

Syarikat milik Swiss Artentika Patenkan Teknologi Atasi Penipuan Seni

Artentika (Pty) Ltd
2017-06-06 08:00 534

LUGANO, Switzerland, 6 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Dalam satu langkah besar untuk menghentikan karya palsu, Artentika (Pty) Ltd, syarikat baharu Afrika Selatan yang dikawal oleh pihak berkepentingan Swiss, mengumumkan bahawa mereka baru sahaja memfailkan paten bagi dua teknologi perintis yang dibangunkan untuk menentukan sama ada sesuatu objet d'art itu asli.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Artentika, Albertus Geldenhuys: "Ciptaan kami menggunakan sama ada teknologi kuantum atau DNA, digabungkan dengan teknik-teknik lain, untuk menghasilkan komposit sesuatu karya. Interaksi antara pelukis dengan alatan dan bahan-bahan mereka menghasilkan 'cap jari' tersendiri; apabila komposisi molekul bahan ditambah, kita akan mendapat 'artomatrix™' berbilang faktor yang unik, yang mustahil untuk ditiru."

Geldenhuys dan pasukannya mempunyai pengalaman berdekad-dekad dalam biometrik cap jari dalam sistem forensik besar dan pemasangan kawalan akses, kerana telah menggunakan keduanya dalam persekitaran dunia ketiga dan berteknologi tinggi. "Oleh sebab kami mempunyai keupayaan yang unik untuk mengekstrak data yang berguna daripada cap jari yang hampir tidak dapat dikesan, FIFA - melalui sebuah syarikat bersekutu - memilih kami untuk memasang sistem kawalan akses cap jari di ibu pejabatnya di Zurich," kata Geldenhuys. Turut tertarik dengan teknologi kuantum, Geldenhuys mencipta bersama dan mendapatkan paten bagi beberapa teknologi dalam pengesahihan objek dan manusia. "Walau bagaimanapun, empat tahun lalu, pengenalan cap jari automatiklah yang mendorong kami untuk menyelidik Automated Art Authentication System (Sistem Pengesahihan Seni Automatik) (AAAS)™," jelas beliau.

Artentika menggunakan peranti mudah alih untuk membolehkan pengumpulan data di lapangan. Geldenhuys menekankan bahawa "memindahkan lukisan dari kediaman, pejabat atau stor dalam bon ke makmal ialah sesuatu yang membebankan dan mahal, dan sentiasa berdepan dengan risiko kerosakan, kecurian atau penggantian. Jika kami memilih laluan kuantum, kami menggunakan peranti berbilang fungsi bersaiz sebuah beg pakaian. Satu imbasan mengambil masa kurang daripada empat minit. Selepas itu, kami wujudkan pangkalan data rujukan dengan mengimbas beberapa karya oleh pelukis yang sama, dan membandingkan kerja yang disiasat dengan pangkalan data ini. Kami mengeluarkan laporan dalam tempoh 24 jam. Jika perlu menggunakan DNA, sebagai contoh apabila tiada karya tambahan yang dihasilkan atau jika ia tidak boleh diakses, proses ini lebih memakan masa dan mungkin memerlukan beberapa hari atau pun berbulan-bulan."

Perkhidmatan Pengesahihan Seni Swiss Artentika boleh didapati musim luruh ini. Selain daripada pengumpul, syarikat ini menjangka pelanggannya akan terdiri daripada muzium, rumah lelong, institusi kewangan, syarikat insurans, dan agensi kerajaan. "Kami tidak sabar untuk menyelesaikan beberapa misteri kesenian yang paling menarik di dunia," simpul Geldenhuys.

http://www.artentika.art

Sumber: Artentika (Pty) Ltd

Source: Artentika (Pty) Ltd
Related Links:
Keywords: Art Biotechnology Computer/Electronics High Tech Security New products/services