omniture

Pembayaran kod QR QuickPass mudah alih UnionPay tiba di Hong Kong dan Singapura

UnionPay International
2017-06-06 14:51 467

SHANGHAI, 6 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Selepas pembayaran kod QR QuickPass mudah alih UnionPay dilancarkan pada 27 Mei di tanah besar China, UnionPay International hari ini mengumumkan untuk meluaskan perkhidmatan ini ke Hong Kong dan Singapura. Penjual pertama yang memberikan perkhidmatan baharu ini ialah tiga kedai Colourmix di Causeway Bay, Hong Kong dan dua kedai BreadTalk di VivoCity dan Pusat Kewangan Marina Bay, Singapura. Seterusnya, pembayaran kod QR QuickPass mudah alih UnionPay akan diperkenalkan di destinasi pelancongan yang digemari oleh pelancong China, termasuk Thailand, Indonesia dan Australia.

QuickPass mudah alih UnionPay menyokong pembayaran tanpa sentuh NFC dengan kad cip UnionPay, telefon pintar dan peranti boleh pakai. Di luar tanah besar China, QuickPass mudah alih kini diterima di kira-kira 500,000 POS di seluruh Hong Kong, Macau, Taiwan, Singapura, Malaysia, Australia, Kanada, Rusia, Emiriah Arab Bersatu, dan lain-lain. Pelanggan boleh membuat pembayaran dengan mudah dengan mengetik telefon mudal alih. Pembayaran kod QR yang baru dilancarkan merupakan penambahan penting kepada pembayaran NFC.

"Kami mempercepatkan pelancaran pelbagai produk dan perkhidmatan QuickPass mudah alih di luar tanah besar China supaya kami boleh memberikan pilihan pembayaran yang lebih cepat, mudah dan selamat bagi pelanggan kami." Cai Jianbo, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International berkata, "Kami memilih untuk melancarkan pembayaran kod QR UnionPay bermula dengan penjual perbelanjaan harian untuk memenuhi pelbagai keperluan pembayaran pelancong kesan daripada perubahan minat pelancong China daripada lawatan berkumpulan kepada perjalanan sendiri yang bebas. Saya percaya bahawa dalam masa terdekat, pelanggan di luar tanah besar China juga akan dapat menikmati perkhidmatan pembayaran kod QR yang lebih selamat dan mudah ini."

Kini, perkhidmatan yang dilancarkan di Hong Kong dan Singapura ialah Consumer Presented QR Code (Kod QR Dikemukakan Pengguna). Pemegang kad tanah besar boleh menambah kad UnionPay mereka kepada Aplikasi "UnionPay Wallet" (Dompet UnionPay), tekan "Payment Code" (Kod Pembayaran) dan pilih "Overseas Payment Code" (Kod Pembayaran Luar Negara) untuk menjana kod QR, dan kemudiannya diimbas oleh juruwang untuk membuat pembayaran. Di Hong Kong, perkhidmatan ini menyokong gabungan kod bayaran dan kod e-kupon. Pelanggan yang menggunakan platform pemasaran merentas sempadan UnionPay, u·plan, boleh mendapatkan kod e-kupon eksklusif daripada zon u·plan dalam Aplikasi "UnionPay Wallet", dan diimbas oleh penjual untuk menikmati diskaun semasa membuat pembayaran.

Berbanding dengan produk pembayaran kod QR lain, kod QR QuickPass mudah alih UnionPay mempunyai tiga ciri utama: Pertama, ia saling boleh kendali secara global. Kedua, kaedah pembayaran ini memberikan keselamatan yang lebih baik kerana ia menggunakan teknologi tokenisasi. Ketiga, ia menyediakan perkhidmatan yang komprehensif termasuk mekanisme pampasan risiko.

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services