omniture

Deer Jet jalin kerjasama dengan Waldorf Astoria Hotels and Resorts untuk "Perjalanan Impian Eropah" 787 Dream Jet

Deer Jet
2017-06-08 00:56 500

BEIJING, 8 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Setelah kejayaan "Perjalanan Impian Hong Kong ke Tahiti" pertamanya, Deer Jet menjalin kerjasama dengan Hilton Hotels Worldwide, sebahagian daripada portfolio induk HNA Group bagi jenama-jenama hospitaliti mewah, demi menyediakan perkhidmatan hospitaliti mewah dalam jadual perjalanan tempahan khasnya dengan menaiki pesawat 787 Dream Jet.

Hasil jalinan kerjasama antara Deer Jet dan Hilton adalah untuk menawarkan pengembara perniagaan premium menerusi jadual perjalanan baharu bagi Hong Kong ke Paris dan Hong Kong ke Rom dengan penginapan percuma selama tujuh malam di suit presiden mewah daripada pelbagai hartanah Waldorf Astoria Hotels and Resorts di Paris dan Rom.

Tetamu yang menaiki pesawat 787 Dream Jet dikelilingi oleh beraneka seni kontemporari dan hospitaliti ketimuran menerusi penerbangan pergi balik tanpa henti dari Hong Kong ke Paris atau Rom. Apabila tiba, tetamu akan memasuki ruang dengan perabot mewah, pemandangan taman-taman peribadi yang mengagumkan serta Deko Seni hotel-hotel Waldorf Astoria.

Di Paris, pekerja rencam Deer Jet mengaturkan program lawatan peribadi mewah berunsur kebudayaan dengan seleksi unik melibatkan galeri, muzium, restoran, limosin serta kapal layar untuk pengembara meneroka permata tersembunyi bandar tersebut yang hanya diketahui oleh beberapa individu tertentu selain untuk menikmati "Art de Vivre" Perancis.

Di Rom, Deer Jet mengalu-alukan kedatangan tetamu dalam suasana yang menarik dan moden bersama kakitangannya yang berdedikasi, dan mengaturkan lawatan peribadi bagi mengunjungi galeri seni serta monumen dan mercu tanda bersejarah, yang mengetengahkan warisan budaya ibu negara Itali itu.

Deer Jet mengambil alih bahagian pengurusan pesawat 787 Dream Jet yang berpangkalan di Hong Kong pada September 2016. Pesawat ini, dengan kabin berkeluasan 220 meter persegi (2,368 kaki persegi), dilengkapi dengan pelbagai pilihan kemudahan dan hiburan berkualiti tinggi, termasuk ruang peribadi untuk tetamu, anak kapal dan juga kakitangan perkhidmatan. Pesawat ini dikendalikan di bawah pendaftaran BAS Guernsey Limited dan dipasarkan untuk tujuan sewaan peribadi di seluruh dunia.

Dengan Dream Jet, Deer Jet merancang untuk menerbangkan pengembara perniagaan dari satu destinasi luar biasa ke destinasi luar biasa yang lain. Syarikat turut mengumumkan penambahan BBJ 787 VVIP kedua ke dalam armada yang diuruskannya pada masa terdekat sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk mewujudkan "Armada Dream Jet" terbesar di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170606/1869150-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170606/1869150-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170606/1869150-1-e

Source: Deer Jet
Keywords: Airlines/Aviation Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Joint ventures