omniture

Wacom Clipboard Bantu Perniagaan Ubah Dokumen Kertas kepada Format Digital pada Masa Sebenar

Wacom
2017-06-08 14:29 825

TOKYO, 8 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini Wacom Co., Ltd. memperkenalkan PHU-111 Wacom Clipboard, pad pintar yang membolehkan pengguna melengkapkan dan menandatangan dokumen menggunakan borang kertas standard dengan dakwat dan menukar dokumen tersebut ke dalam versi digital pada masa sebenar. Sebagai sebahagian daripada rangkaian penyelesaian tandatangan Wacom, tandatangan tulisan tangan biometrik boleh juga ditangkap dan dilampirkan. Dokumen digital kemudiannya dapat disimpan dalam komputer peribadi (PC) setempat, atau dimuat naik serta merta kepada pelayan atau perkhidmatan awan bagi tujuan pengurusan dokumen yang mudah. Bagi segmen perniagaan seperti perkhidmatan, penjagaan kesihatan, industri insurans dan sektor awam yang masih inginkan atau perlu menggunakan borang kertas tetapi ingin menyimpannya secara digital, Wacom Clipboard menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk mendigitkan dan menyimpan dokumen kertas ini serta merta tanpa perlu mengubah aliran kerja berasaskan kertas semasa.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/wacom_201706.shtml

 

PHU-111 Wacom Clipboard
PHU-111 Wacom Clipboard
Pen PHU-111 Wacom Clipboard
Pen PHU-111 Wacom Clipboard
Klip PHU-111 Wacom Clipboard
Klip PHU-111 Wacom Clipboard
Stesen Pengecasan PHU-111 Wacom Clipboard
Stesen Pengecasan PHU-111 Wacom Clipboard

Papan keratan elektronik digandingkan dengan PC hos atau peranti mudah alih melalui Bluetooth – pilihan untuk sambungan USB disediakan dalam kemudahan PC. Apabila pengguna meletakkan dokumen pada Wacom Clipboard, pembaca kod bar bersepadu secara automatik mengenal pasti dokumen dan berkomunikasi dengan PC atau peranti mudah alih agar dokumen digital yang sepadan dapat dihasilkan. Menggunakan pen berdakwat yang disertakan, pengguna dapat melengkapkan borang kertas seperti mana yang biasa mereka lakukan. Kesemua lejang yang terhasil daripada pen pada pad pintar itu dirakam dan distrim pada masa sebenar kepada peranti hos dan serta merta diaplikasikan pada dokumen digital.

Elemen utama dalam Wacom Clipboard ialah teknologi EMR (Resonans Elektromagnet) Wacom, yang memberikan prestasi tulisan tangan digital berkualiti tinggi dan tandatangan elektronik biometrik yang dilampirkan pada dokumen digital tersebut.

"Dengan memperkenalkan Wacom Clipboard, perniagaan dapat mengekalkan proses ketika berhadapan dengan pelanggan mereka – membolehkan pelanggan mereka untuk kekal mengisi borang kertas yang serupa, sama ada bersaiz A4 atau saiz surat. Namun begitu, mereka boleh meraih kecekapan dengan mudah daripada pengurusan dokumen digital tanpa pengimbasan," kata Peter Sommer, Naib Presiden Kanan Wacom Business Solution. "Selain itu, selaku peneraju global bagi penyelesaian e-Tandatangan, kami menyokong tangkapan dan kemasukan tandatangan elektronik tulisan tangan yang selamat ke dalam dokumen digital peringkat akhir."

Bagi menyokong aliran kerja ini, Wacom menawarkan aplikasi ringkas yang akan membolehkan pengguna menjalankan tugas serta merta dan SDK yang memberikan kefleksibelan untuk pembangun sewaktu mengendalikan Wacom Clipboard dan dokumen berkaitan.

  • CLB Create ialah instrumen pengarangan yang digunakan pada bahagian depan proses. Ini menjadikannya mudah untuk menyusun atur borang untuk digunakan dengan pad pintar – kedua-dua versi kertas dan digital.
  • CLB Paper ialah aplikasi pelanggan yang menangkap, memproses dan menyimpan dalam bentuk format digital segala yang ditulis pada Wacom Clipboard. CLB Paper juga boleh mengaplikasikan pengecaman tulisan tangan bagi mengubah tulisan tangan ke dalam bentuk teks selain menangkap e-Tandatangan Wacom biometrik yang selamat.
  • Rangkaian WILL SDK Wacom membolehkan pembangun menghasilkan aplikasi tersuai untuk berhubung secara antara muka dengan Wacom Clipboard dan mengumpul data daripadanya.

"Wacom Clipboard serta aplikasi dan instrumen sokongan membantu merapatkan jurang antara dunia analog dan dunia digital," tambah Sommer. "Kami melihat hal ini sebagai langkah penting bagi membolehkan perniagaan meningkatkan produktiviti mereka dan menumpu lebih banyak tenaga terhadap perniagaan teras mereka."

Ketersediaan Produk

Wacom Clipboard akan sedia untuk penghantaran pada lewat tahun 2017. Untuk maklumat lanjut tentang produk baharu ini, sila berunding melalui laman sesawang Wacom Business Solution di http://signature.wacom.eu/en-ap/products/smartpad/. Pembangun yang berminat menyepadukan sokongan untuk Wacom Clipboard boleh menghubungi terus pihak Wacom.

Latar Belakang Wacom

Diasaskan pada tahun 1983, Wacom ialah sebuah syarikat bertaraf global yang berpangkalan di Jepun (Bursa Saham Tokyo 6727) yang mempunyai beberapa subsidiari dan pejabat bersekutu di serata dunia bagi menyokong usaha pemasaran dan juga pengedaran di lebih 150 negara. Wawasan Wacom untuk lebih mengeratkan manusia dan teknologi melalui teknologi antara muka semula jadi telah menjadikannya sebagai pengeluar utama dunia bagi tablet dan paparan pen interaktif, selain stilus dan penyelesaian digital bagi tujuan menyimpan dan juga memproses tandatangan digital. Teknologi termaju pada peranti input Wacom yang intuitif digunakan untuk mencipta antara seni digital paling menarik, filem, kesan khas, fesyen dan juga rekaan di seluruh dunia, selain memberikan teknologi antara muka utama kepada syarikat dan pengguna kediaman bagi mengekspresikan personaliti mereka. Penyelesaian e-Tandatangan daripada Wacom dimanfaatkan oleh pelbagai segmen aplikasi yang amat mementingkan pencapaian aliran kerja digital dengan tahap keselamatan yang tinggi, seperti: POS, e-Pembayaran, pasport elektronik, insurans, perbankan dan daftar masuk hotel.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian kami, sila kunjungi juga http://business.wacom.com

Hubungi Bahagian Perhubungan Awam:

Nama: Kelly Chung
Emel: contactapbs@wacom.com
Tel: +65-6337-9394

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/mnr/201706/wacom/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170605/1865718-1-a  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170605/1865718-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170605/1865718-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170605/1865718-1-d

Source: Wacom
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services