omniture

Air China lancar perkhidmatan Beijing-Zurich baharu

Air China
2017-06-09 02:41 752

BEIJING, 9 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Pada 7 Jun, Air China mengadakan sebuah majlis dan sidang akhbar sempena pelancaran laluan baharu Beijing-Zurich. Penerbangan sulung dari Beijing mendarat di Zurich pada jam 07:25 waktu tempatan – penerbangan pertama Air China ke bandar Switzerland sejak syarikat penerbangan ini menghentikan perkhidmatan laluan Beijing-Zurich pada Oktober 1999. Bagi meraikan penyambungan semula perkhidmatan ini, penumpang diberikan hadiah istimewa daripada dua jenama ikonik Switzerland – pembuat jam tangan Hublot dan pembuat coklat Lindt. Kakitangan daripada Swissport, penyedia perkhidmatan darat Air China di Switzerland, memakai pakaian tradisional Switzerland dan menghadiahkan biskut nasib bagi menyambut ketibaan penerbangan sulung itu.

Zurich ialah bandar terbesar di Switzerland dan ibu negara kanton Zurich. Ia juga merupakan pusat komersial dan kebudayaan utama negara tersebut. Sebagai pusat simbolik bagi industri perbankan Switzerland dan salah satu daripada pusat kewangan utama dunia, Zurich menempatkan ibu pejabat Union Bank of Switzerland (UBS), Credit Suisse dan banyak bank swasta yang lain.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat kekerapan pertukaran peringkat tinggi antara China dan Switzerland manakala hubungan ekonomi dan perdagangan dilihat menjadi semakin erat. Pada bulan Januari tahun ini, kedua-dua negara mengumumkan China akan bekerjasama dengan Switzerland bagi mempromosikan inisiatif 'Jalur dan Jalan' serta memupuk jalinan kerjasama dalam segmen infrastruktur, perkhidmatan kewangan, insurans dan kapasiti pengeluaran. Kedua-dua negara turut mengumumkan pelancaran 'Tahun Pelancongan China-Switzerland 2017'. Selain perkhidmatan laluan Beijing-Zurich baharu, Air China turut mengendalikan tiga penerbangan pergi balik setiap minggu antara Beijing dan Geneva. Hubungan langsung antara China dan Switzerland ini akan membantu menggalakkan pelancongan dan pertukaran budaya selain memupuk jalinan kerjasama antara dua negara tersebut menerusi rangka kerja Perkongsian Strategik Inovatif China-Switzerland.

Beroperasi dari habnya di Beijing, Air China menyediakan 398 laluan ke 181 destinasi dalam 39 negara dan rantau, termasuk 64 destinasi antarabangsa, 114 destinasi tempatan dan 3 destinasi serantau (Hong Kong, Macau dan Taiwan). Bersama rakan kongsinya Star Alliance, syarikat penerbangan ini menawarkan hubungan ke 1330 destinasi di 190 negara.

Air China ialah syarikat penerbangan terbesar dunia bagi penerbangan antara China dan Eropah serta mengendalikan 26 laluan dan hampir 300 penerbangan setiap minggu ke 20 destinasi utama Eropah, termasuk London, Paris, Frankfurt, Munich, Vienna, Rom, Moscow, Barcelona dan Madrid. Kesemua laluan ke Eropah menggunakan pesawat badan lebar.

Maklumat penerbangan:

Penerbangan no. CA781/782, empat kali seminggu (Selasa, Rabu, Jumaat dan Ahad). Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada jam 02:35 dan tiba di Zurich pada jam 07:25; penerbangan masuk pula berlepas dari Zurich pada jam 12:55 dan tiba di Beijing pada jam 05:05 hari berikutnya (semua masa dalam waktu tempatan).

Penerbangan ini akan menggunakan pesawat A330-200 Airbus yang menyediakan tempat duduk Kelas Perniagaan katil rata 180-darjah, tempat duduk Kelas Ekonomi Premium dengan 20% lebih ruang kaki dan juga tempat duduk Kelas Ekonomi yang direka secara ergonomik. Semua tempat duduk dilengkapi sistem hiburan peribadi.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1857452-1LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel New products/services