omniture

Ascensia Diabetes Care Umum Perkongsian Strategik Dengan Insulet Corporation Hubungkan BGMS CONTOUR(R)NEXT ONE Dan PDM Omnipod Dash(TM)

Ascensia Diabetes Care
2017-06-09 14:34 840

Basel, Switzerland, 9 Jun 2017 – Ascensia Diabetes Care hari ini mengumumkan ia telah memeterai satu perkongsian strategik dengan menandatangani perjanjian pembangunan bersama Insulet Corporation (NASDAQ: PODD), peneraju bagi teknologi pam insulin tanpa tiub menerusi Sistem Pengurusan Insulin Omnipod® (Sistem Omnipod). Di bawah syarat-syarat perjanjian ini, sistem pemantauan glukosa darah (BGMS) Ascensia CONTOUR®NEXT ONE akan dihubungkan dengan Sistem Omnipod generasi seterusnya daripada Insulet (Sistem Omnipod DashTM) yang kini sedang dibangunkan. Penyambungan lancar antara BGMS CONTOUR®NEXT ONE dengan Sistem Omnipod DashTM akan menyediakan sistem penghantaran insulin berterusan yang bersifat inovatif untuk mereka yang menghidap diabetes bagi mengawal penyakit diabetes mereka, disokong oleh bacaan glukosa darah yang amat tepat.

BGMS CONTOUR®NEXT ONE akan digandingkan, melalui Bluetooth Tenaga Rendah (BLE), dengan Pengurus Diabetes Peribadi Omnipod Dash™ (PDM Omnipod Dash™) untuk menghantar secara automatik bacaan glukosa darah terus ke dalam sistem. Bacaan ini akan digunakan oleh PDM Omnipod Dash™ untuk menghitung dos insulin dan menyokong penghantaran insulin yang amat tepat buat mereka yang menghidap penyakit diabetes. Di bawah syarat-syarat perjanjian bukan eksklusif seluruh dunia ini, Insulet akan membangunkan dan mendapatkan kelulusan pemasaran bagi PDM Omnipod Dash™, dengan kerjasama Ascensia Diabetes Care yang akan menyediakan meter CONTOUR®NEXT ONE serta jalur ujian CONTOUR®NEXT.

"Kami berbesar hati dapat memeterai perjanjian ini yang dapat menggabungkan teknologi-teknologi inovatif ini daripada kedua-dua syarikat," kata Michael Kloss, Ketua Pegawai Eksekutif, Ascensia Diabetes Care. "Penggabungan sistem BGM kami dengan sistem pam insulin tanpa tiub daripada Insulet mempunyai potensi besar untuk membantu pesakit mengawal kehidupan serta penyakit diabetes mereka. Kami berasa sukacita kerana sistem kami yang amat tepat ini terpilih untuk memberikan data glukosa darah penting yang akan digunakan oleh PDM Omnipod Dash™ bagi menghitung dos insulin pesakit."

"Kami turut berasa teruja dapat bekerjasama dengan Ascensia sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan kami menerusi platform Omnipod Dash generasi seterusnya, yang akan membolehkan Insulet mengekalkan kelebihan daya saingnya melalui produk-produk yang benar-benar inovatif dan berbeza," kata Shacey Petrovic, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi.

BGMS CONTOUR®NEXT ONE menerima kelulusan 510(k) daripada FDA pada November 2016 dan membuktikan ia telah memenuhi keperluan ketepatan yang lebih ketat oleh Panduan BGMS Belian Kaunter FDA yang dikeluarkan baru-baru ini pada tahun 2016. Dalam satu kajian klinikal, 95% keputusan glukosa darah yang diperoleh daripada BGMS CONTOUR®NEXT ONE adalah dalam lingkungan 8.4 mg/dL (0.5 mmol/L) atau 8.4% daripada hasil rujukan untuk ujian hujung jari subjek.1

Michael menambah, "Perkongsian ini ialah langkah seterusnya menuju matlamat kami untuk menyediakan penyelesaian bersepadu buat mereka yang menghidap diabetes. Kami percaya pengurusan diabetes secara bersepadu akan menjadi kaedah penting pada masa depan dan kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan rakan kongsi yang akan membantu kami mencapai matlamat ini bersama-sama. Satu aspek daripada pencapaian ini ialah terapi pam, yang membolehkan kami mengukuhkan kedudukan kami sebagai rakan pilihan untuk pemantauan glukosa darah dalam sektor pam. Kami turut berasa teruja Insulet mengiktiraf kualiti yang dapat dibawakan oleh BGMS CONTOUR®NEXT ONE kepada pengguna platform produk Omnipod."

Nota untuk Editor

Latar Belakang Ascensia Diabetes Care

Ascensia Diabetes Care ialah syarikat pakar penjagaan diabetes global, khusus dalam membantu mereka yang menghidap penyakit diabetes. Misi kami adalah untuk memperkasakan mereka yang menghidap penyakit diabetes menerusi penyelesaian inovatif yang memudahkan dan meningkatkan kehidupan mereka. Kami memanfaatkan inovasi dan kepakaran khusus kami dalam diabetes untuk membangunkan penyelesaian dan alatan berkualiti tinggi yang dapat membawa perubahan harian yang positif untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes.

Sebagai syarikat yang memiliki portfolio sistem pemantauan glukosa darah CONTOUR™ yang terkemuka di dunia, produk-produk kami menggabungkan teknologi canggih dengan fungsi mesra pengguna yang membantu penghidap diabetes mengurus keadaan mereka. Kami komited terhadap kajian, inovasi dan pembangunan berterusan untuk produk dan penyelesaian baharu. Sebagai rakan kongsi dipercayai dalam komuniti diabetes, kami bekerjasama erat dengan golongan profesional penjagaan kesihatan dan rakan kongsi lain demi memastikan produk kami menepati piawaian tertinggi melibatkan kejituan, ketepatan dan keandalan, dan kami menjalankan perniagaan kami dengan patuh dan penuh integriti.

Ascensia Diabetes Care ditubuhkan pada tahun 2016 menerusi penjualan Bayer Diabetes Care kepada Panasonic Healthcare Holdings Co., Ltd. Produk-produk Ascensia Diabetes Care dijual di lebih 125 negara. Ascensia Diabetes Care menggaji kira-kira 1,700 kakitangan dan beroperasi di 33 negara.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Ascensia Diabetes Care di: http://www.ascensia.com.

Latar Belakang Insulet Corporation

Insulet Corporation (NASDAQ: PODD) ialah sebuah syarikat peralatan perubatan inovatif yang khusus untuk menjadikan kehidupan mereka yang menghidap penyakit diabetes lebih mudah. Menerusi Sistem Pengurusan Insulin Omnipod miliknya, Insulet berusaha meluaskan penggunaan terapi pam insulin dalam kalangan pesakit diabetes yang bergantung pada insulin. Omnipod ialah pam insulin tanpa tiub yang revolusioner dan mudah digunakan yang memastikan penghantaran insulin tanpa henti selama tiga hari, tanpa perlu melihat atau menggunakan jarum. Segmen perniagaan Sistem Penghantaran Insulet turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi bertaraf global untuk mengadaptasi platform teknologi Omnipod demi penghantaran ubatan subkutaneus dalam pelbagai bidang terapeutik. Ditubuhkan pada tahun 2000, Insulet Corporation berpusat di Billerica, Massachusetts. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.myomnipod.com.

© 2017 Ascensia Diabetes Care. Ascensia dan Contour ialah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar Ascensia Diabetes Care. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing. Penggunaan tanda dagangan pihak ketiga tidak bermaksud pengendorsan atau menandakan hubungan atau perkaitan lain.

Rujukan

1. Christiansen et al. Poster dibentangkan di Mesyuarat Persatuan Teknologi Diabetes Tahunan kali ke-15, 22-24 Oktober 2015, Bethesda, Maryland.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Joseph Delahunty
Ascensia Diabetes Care
joseph.delahunty@ascensia.com
Tel: +41 61 560 8760

Source: Ascensia Diabetes Care
Related Stocks:
NASDAQ:PODD
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements