omniture

Cox & Kings Menang Besar di World Travel Awards Tahunan ke-24

Cox & Kings Ltd.
2017-06-12 08:50 642

MUMBAI, 12 Jun 2017/PRNewswire-FirstCall/ --

Cox & Kings Ltd. sekali lagi muncul juara menerusi World Travel Awards Tahunan kali ke-24. Syarikat ini dianugerahkan dengan tiga gelaran rebutan – Pengendali Lawatan Mewah Utama Asia, Pengendali Lawatan Utama India dan Agensi Pelancongan Utama India dalam kerancakan sorakan acara tahunan paling terkenal dalam industri pengembaraan ini. Majlis permaidani merah yang bergemerlapan diadakan di Grand Kempinski Hotel, Shanghai, dengan para hadirin disajikan dengan tradisi terbaik China dan barisan persembahan yang memukau.

generated by system

En. Peter Kerkar, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat, Cox & Kings berkata, "Anugerah-anugerah ini merupakan pengesahan terhadap pengalaman pengembaraan yang inovatif dan unik yang kami tawarkan. Kami begitu bersemangat sama seperti pelanggan arif kami dalam meneroka dan mencipta perjalanan yang paling indah. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana sokongan mereka memainkan peranan penting kepada kami dalam merangkul anugerah-anugerah ini."

Cox & Kings telah menjadi pemenang yang tekal bagi World Travel Awards selama ini. Gelaran Pengendali Lawatan Mewah Utama Asia dirangkul buat kali ke-3 berturut-turut tahun ini. Ia turut meraih gelaran Pengendali Lawatan Utama India buat kali ke-4 berturut-turut serta Agensi Pelancongan Utama India buat kali ke-5 berturut-turut.

World Travel Awards (WTA) diwujudkan bagi mencari dan mengganjari organisasi-organisasi pengembaraan terbaik di dunia - jenama-jenama yang melangkaui sempadan kecemerlangan dan melaksanakan idea-idea inovatif. Anugerah ini dianggap sebagai Anugerah Oscar untuk Industri Pengembaraan. Setiap Majlis Gala World Travel Awards menyediakan peluang jalinan kerjasama yang tiada tandingan untuk individu-individu dalam industri pengembaraan dan pelancongan.

Latar Belakang Cox & Kings Ltd: (BSE: 533144 | NSE: COX&KINGS)  

Cox & Kings Ltd. ('C&K') ialah syarikat pengembaraan santai dan pendidikan utama yang beroperasi di 22 negara merentasi empat benua. Ia merupakan salah sebuah syarikat pengembaraan paling berpengalaman di dunia, dan telah beroperasi sejak tahun 1758. Beribu pejabat di India, sejak lebih tiga dekad lalu, C&K telah mengubah syarikatnya menjadi konglomerat yang pelbagai dan multinasional dengan memberi tumpuan terhadap pengguna global era baharu.
C&K beroperasi dalam tiga vertikal utama; Santai, Pendidikan dan Hotel Hibrid.

Untuk butiran media selanjutnya, hubungi:
Thomas C. Thottathil
Cox & Kings Ltd.
Ketua - Komunikasi Korporat
T: +91-22-22709100
E: thomasct@coxandkings.com

Sumber: Cox & Kings Ltd.

Source: Cox & Kings Ltd.
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel Awards