omniture

Ascensia Diabetes Care dan Voluntis Umum Perkongsian Teknologi Bantu Optimumkan Pengurusan Insulin Pesakit Diabetes Jenis 2

Ascensia Diabetes Care and Voluntis
2017-06-12 09:25 621

BASEL, Switzerland dan PARIS 12 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Ascensia Diabetes Care dan Voluntis hari ini mengumumkan satu perkongsian teknologi global yang dimeterai bagi membantu meningkatkan kehidupan pesakit yang menghidap diabetes Jenis 2 dengan mengoptimumkan pengurusan insulin. Kolaborasi ini akan menghubungkan penyelesaian pengurusan insulin asas Voluntis untuk pesakit diabetes Jenis 2, Rakan Pengurusan Diabetes Insulia®, dengan sistem pemantauan glukosa darah (BGMS) CONTOUR®NEXT ONE dan CONTOUR®PLUS ONE daripada Ascensia.

Di bawah syarat-syarat perjanjian, meter CONTOUR®NEXT ONE dan CONTOUR®PLUS ONE akan dihubungkan melalui Bluetooth kepada Insulia® manakala bacaan glukosa darah akan digunakan untuk menghitung dos insulin asas untuk pesakit diabetes Jenis 2. Dengan menghubungkan data glukosa darah yang amat tepat dengan pengurus insulin asas ini, kedua-dua syarikat ini berharap dapat memperkasa pengurusan kendiri buat pesakit dan membantu mengoptimumkan pengurusan insulin dalam dunia sebenar demi meningkatkan hasilnya. Penyepaduan antara kedua-dua penyelesaian ini dijangka disediakan buat pesakit yang menghidap diabetes Jenis 2 dan golongan profesional penjagaan kesihatan pada Suku Keempat 2017.

"Diabetes Jenis 2 ialah suatu keadaan yang rumit, khususnya buat mereka yang menggunakan terapi insulin sebagai sebahagian daripada pengurusan diabetes mereka. Kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan Voluntis untuk memperkasa pesakit diabetes Jenis 2 dengan membantu mereka mengurus rawatan insulin dengan lebih baik. Perkongsian ini membantu kami selangkah lebih hampir ke arah cita-cita kami untuk menyediakan pengurusan diabetes bersepadu, yang dilihat sebagai suatu kaedah masa depan. Ini merupakan perkongsian pertama kami dalam bidang pengurusan ubat-ubatan, yang merupakan komponen penting dalam pengurusan diabetes bersepadu, dan kami melihat Voluntis sebagai rakan kongsi penting dalam usaha membantu mencapai matlamat ini," jelas Michael Kloss, Ketua Pegawai Eksekutif Ascensia Diabetes Care.

"Kami berbesar hati dapat memulakan kolaborasi ini dengan Ascensia demi menyediakan kombinasi lancar antara sistem pemantauan glukosa darah didayakan Bluetooth dengan pengoptimuman terapi insulin digital," kata Pierre Leurent, Ketua Pegawai Eksekutif Voluntis. "Gandingan kerjasama ini akan membantu kami memudahkan cara pesakit mengurus gula dalam darah mereka secara menyeluruh agar mereka benar-benar dapat meningkatkan kualiti hidup mereka," tambah beliau.

Michael menambah, "Keringkasan dan keberkesanan penyelesaian Insulia® digabungkan dengan ketepatan luar biasa sistem pemantauan glukosa darah CONTOUR®NEXT ONE dan CONTOUR®PLUS ONE, mempunyai kebolehan untuk memberi impak bermakna terhadap kehidupan pesakit yang menghidap diabetes, dan hasilnya, membawa kepada keputusan yang lebih baik."

Rakan Pengurusan Diabetes Insulia® ialah alat bantuan perubatan berdasarkan preskripsi sahaja yang memberikan pesakit diabetes Jenis 2 dengan pengesyoran dos insulin dan maklumat bimbingan berpendidikan, melalui aplikasi telefon pintar, mengikut nilai glukosa darah dan data berkaitan diabetes yang lain. Insulia® menyokong pelbagai konfigurasi rancangan rawatan dan peraturan pelarasan insulin berasaskan bukti yang digunakan dalam amalan klinikal rutin. Rancangan rawatan peribadi ini pada asalnya diwujudkan oleh golongan profesional penjagaan kesihatan, mengikut profil individu, preskripsi insulin dan sasaran glukosa darah. Algoritma pelarasan dos dibenamkan dalam aplikasi yang tidak memerlukan sebarang pengesahan lanjut daripada golongan profesional penjagaan kesihatan selepas persediaan permulaan sistem tersebut. Data pesakit kemudiannya dapat dikongsi secara automatik dengan pasukan penjagaan kesihatan yang boleh memantau tahap kemajuan pesakit mereka secara jarak jauh demi mencapai sasaran mereka hasil fungsi pemberitahuan tersuai. Penyelesaian ini menerima kelulusan 510(k) FDA daripada FDA AS dan kebenaran Tanda CE di Eropah pada November 2016.

Kedua-dua sistem CONTOUR®NEXT ONE dan CONTOUR®PLUS ONE menyediakan meter pintar glukosa darah yang amat tepat dan mudah digunakan yang dapat dihubungkan kepada peranti mudah alih melalui sambungan Bluetooth®. Meter ini dihubungkan kepada aplikasi CONTOUR™ DIABETES, aplikasi mudah alih yang mengumpul, menyimpan dan menganalisis ukuran glukosa darah pesakit yang dihantarkan oleh meter. BGMS CONTOUR®NEXT ONE dan CONTOUR®PLUS ONE menerima kebenaran Tanda CE di Eropah pada April 2016, manakala BGMS CONTOUR®NEXT ONE menerima kelulusan 510(k) daripada FDA pada November 2016. Aplikasi CONTOUR™ DIABETES akan tersedia dimuat turun daripada Apple App Store (iOS) dan Google Play (Android).

Latar Belakang Ascensia Diabetes Care 

Ascensia Diabetes Care ialah syarikat pakar penjagaan diabetes global, khusus dalam membantu mereka yang menghidap penyakit diabetes. Misi kami adalah untuk memperkasakan mereka yang menghidap penyakit diabetes menerusi penyelesaian inovatif yang memudahkan dan meningkatkan kehidupan mereka. Kami memanfaatkan inovasi dan kepakaran khusus kami dalam diabetes untuk membangunkan penyelesaian dan alatan berkualiti tinggi yang dapat membawa perubahan harian yang positif kepada mereka yang menghidap penyakit diabetes.

Sebagai syarikat yang memiliki portfolio sistem pemantauan glukosa darah CONTOUR™ yang terkemuka di dunia, produk-produk kami menggabungkan teknologi canggih dengan fungsi mesra pengguna yang membantu penghidap diabetes mengurus keadaan mereka. Kami komited terhadap kajian, inovasi dan pembangunan berterusan untuk produk dan penyelesaian baharu. Sebagai rakan kongsi dipercayai dalam komuniti diabetes, kami bekerjasama erat dengan golongan profesional penjagaan kesihatan dan rakan kongsi lain demi memastikan produk kami menepati piawaian tertinggi melibatkan kejituan, ketepatan dan keandalan, dan kami menjalankan perniagaan kami dengan patuh dan penuh integriti.

Ascensia Diabetes Care ditubuhkan pada tahun 2016 menerusi penjualan Bayer Diabetes Care kepada Panasonic Healthcare Holdings Co., Ltd. Produk-produk Ascensia Diabetes Care dijual di lebih 125 negara. Ascensia Diabetes Care menggaji kira-kira 1,700 kakitangan dan beroperasi di 38 negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Ascensia Diabetes Care di: http://www.ascensia.com.

Latar Belakang Voluntis  

Perisian rakan terapeutik rintis, Voluntis menginovasi segmen penjagaan kesihatan dengan membenamkan fungsi ketersambungan untuk terapeutik dan kepintaran perubatan dalam perisian. Dikhususkan untuk mengurus keadaan kronik, perisian rakan Voluntis bertujuan untuk mendayakan ciri pemperibadian rawatan, menyokong koordinasi pasukan penjagaan dan meningkatkan hasil dalam dunia sebenar. Dengan memanfaatkan teknologi proprietari, Voluntis membangunkan penyelesaian digital untuk rawatan diabetes, kanser, antikoagulasi dan juga hemofilia. Ibu pejabat Voluntis terletak di Paris, Perancis dan mempunyai pejabat-pejabat di Cambridge, Massachusetts. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.voluntis.com.    

Insulia® disokong oleh platform teknologi proprietari Voluntis, Theraxium® yang menjamin privasi dan keselamatan data, memproses aliran kerja dan analitik serta mendayakan kesalingfungsian dengan platform dan juga peranti IT yang lain.

Ascensia Diabetes Care. Ascensia dan Contour ialah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar Ascensia Diabetes Care.

Insulia® ialah tanda dagangan berdaftar Voluntis Inc.

Tanda kata dan logo Bluetooth ialah tanda dagangan berdaftar milik Bluetooth SIG, Inc., dan sebarang penggunaan tanda sedemikian dalam hebahan ini adalah dengan lesen.

Apple dan logo Apple ialah tanda dagangan Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. App Store ialah tanda perkhidmatan Apple Inc. Google Play ialah tanda dagangan Google Inc.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Joseph Delahunty, Naib Presiden, Ketua Bahagian Komunikasi Global    
Ascensia Diabetes Care
E-mel: joseph.delahunty@ascensia.com  
No. Telefon: +41-79-422-9286

Amelie Janson, Ketua Bahagian Komunikasi
Voluntis
E-mel: amelie.janson@voluntis.com   
No. Telefon: +33-6-03-29-06-45

Source: Ascensia Diabetes Care and Voluntis
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements