omniture

Kajian Saintifik Tangani Ketepatan BGMS dan CGM Dibentang di Sesi Saintifik ke-77 Persatuan Diabetes Amerika

Ascensia Diabetes Care
2017-06-12 12:37 513

SAN DIEGO, 12 Jun 2017/PRNewswire/--

Minggu ini di Sesi Saintifik ke-77 Persatuan Diabetes Amerika, data daripada tiga kajian yang menilai ketepatan dan  prestasi analisis sistem pemantauan glukosa darah (BGMS) dan sistem pemantauan glukosa berterusan (CGM) telah dibentang. Poster daripada dua penyelidik yang memulakan kajian telah membentangkan ketepatan data daripada pelbagai BGMS, sementara satu poster lain, yang dibentangkan oleh Ascensia, menerangkan satu kaedah baharu untuk menilai prestasi analisis sistem CGM. Sesi Saintifik ke-77 Persatuan Diabetes Amerika kini berlangsung di San Diego, California dari 9 – 13 Jun 2017.

Ketua penyelidik bagi kajian yang disebutkan di atas yang dimulakan penyelidik ini, Dr. Guido Freckman (Institut für Diabetes-Technologie Forschungs- und Entwicklungsgesellschaft mbH), telah membentangkan dua poster (117-LB dan 915-P). Salah satu daripada poster tersebut telah membentangkan penilaian ke atas lima BGMS, termasuk sistem CONTOUR®NEXT ONE, dengan menggunakan kriteria ketepatan piawaian ISO 15197:2013 (95% atau lebih daripada keputusan ujian mesti berada dalam lingkungan +15 mg/dL atau +15% pada kepekatan glukosa <100 mg/dL atau > 100 mg/dL masing-masing, dan 99% atau lebih daripada keputusan kajian mesti berada dalam lingkungan Zon A dan B Grid Ralat Konsensi bagi diabetes Jenis 1).[1] Poster berikutnya membentangkan kajian bagi empat BGMS termasuk sistem CONTOUR®PLUS ONE, menggunakan kriteria ketepatan piawaian ISO 15197:2013.[2] Dalam kedua-dua kajian, data yang dikumpul daripada 100 pesakit diabetes yang belum menggunakan BGMS yang diberikan kepada mereka sebelum ini. Dalam kajian-kajian ini, subjek menggunakan ukuran masing-masing dan bacaan mereka dibandingkan dengan kaedah rujukan. Dalam kajian-kajian ini, kedua-dua sistem CONTOUR®NEXT ONE dan CONTOUR®PLUS ONE menunjukkan ketepatan yang tinggi apabila digunakan oleh pengguna biasa.

Dalam kajian yang melibatkan BGMS CONTOUR®NEXT ONE, empat daripada lima BGMS memenuhi kriteria prestasi pengguna piawaian ISO 15197:2013, tetapi perbezaan dapat dilihat dalam peratusan keputusan dalam lingkungan had ketepatan. 100% daripada keputusan BGMS CONTOUR®NEXT ONE yang digunakan oleh pengguna biasa berada dalam lingkungan kriteria ketepatan yang diterima oleh piawaian ISO 15197:2013. Peratusan keputusan kajian yang berada dalam lingkungan kriteria ketepatan bagi sistem-sistem lain dalam kajian ini adalah 96% bagi Accu-Chek® Aviva Connect, 95% bagi FreeStyle® Freedom Lite, 95% bagi GlucoMen® Areo dan 93% bagi OneTouch® Verio. Tiada satu pun daripada keputusan yang diberikan oleh setiap sistem menunjukkan ia tidak boleh diterima secara klinikal.

Dalam kajian yang melibatkan BGMS CONTOUR®PLUS ONE, tiga daripada empat BGMS memenuhi kriteria prestasi pengguna ISO 15197:2013. 100% daripada keputusan bagi BGMS CONTOUR®PLUS ONE yang digunakan oleh pengguna biasa berada dalam lingkungan kriteria ketepatan ISO 15197:2013 dan 99% berada dalam kriteria yang lebih ketat iaitu + 10 mg/dL dan + 10 mg bagi kepekatan glukosa <100 mg/dL dan ≥100 mg/dL, masing-masing. Peratusan keputusan ujian yang berada dalam lingkungan kriteria ketepatan ISO 15197:2013 bagi sistem-sistem lain dalam kajian adalah 96% bagi Accu-Chek® Performa Connect, 98% bagi FreeStyle® Optium Neo dan 92% OneTouch® Select Plus. Semua keputusan yang diberikan oleh semua sistem boleh diterima secara klinikal.

Dr. Freckman menyatakan bahawa "Ketepatan sistem pemantauan glukosa darah adalah penting bagi penghidap diabetes. Mereka mesti boleh mempercayai bacaan yang diterima untuk membolehkan mereka mengambil keputusan yang betul bagi pengurusan keadaan mereka. Untuk mencapai keputusan yang setanding bagi penghidap diabetes dan profesional dalam penjagaan kesihatan, sistem pemantauan glukosa darah mestilah mudah digunakan dan rintang ralat."

Dana bagi kajian yang dimulakan oleh penyelidik ini dan sokongan untuk menulis dibiayai oleh Ascensia Diabetes Care Germany GmbH.

Bagi kajian metodologi yang dibentangkan oleh Pardo et al.[3], poster ini menunjukkan bahawa kebarangkalian ralat dalam pengiraan, yang dibantu oleh model pengagihan gamma, mungkin boleh digunakan sebagai tambahan kepada MARD untuk memberikan alatan yang lebih berinformasi bagi menilai ketepatan dan analisis prestasi sistem CGM.

Sistem CONTOUR® NEXT ONE boleh didapati di Amerika Syarikat dan beberapa buah negara di Eropah di mana ujian strip CONTOUR® NEXT boleh didapati. Sistem CONTOUR® PLUS ONE telah dilancarkan di negara-negara terpilih di mana ujian strip CONTOUR® PLUS ONE boleh didapati. Kedua-dua sistem direka untuk berhubung melalui teknologi Bluetooth® kepada aplikasi CONTOURTM DIABETES, yang tersedia untuk dimuat turun dari Apple App Store (iOS) dan Google Play (Android)).

Latar Belakang Ascensia Diabetes Care

Ascensia Diabetes Care ialah syarikat pakar penjagaan diabetes global, khusus dalam membantu mereka yang menghidap penyaakit diabetes. Misi kami adalah untuk memperkasakan pesakit diabetes melalui penyelesaian inovatif yang memudahkan dan meningkatkan kehidupan mereka. Kami memanfaatkan inovasi dan kepakaran khusus kami dalam diabetes untuk membangunkan penyelesaian dan alatan berkualiti tinggi yang dapat membawa perubahan harian yang positif untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes.

Sebagai syarikat yang memiliki portfolio sistem pemantauan glukosa darah CONTOUR® yang terkemuka di dunia, produk-produk kami menggabungkan teknologi canggih dengan fungsi mesra pengguna yang membantu penghidap diabetes mengurus keadaan mereka. Kami komited terhadap kajian, inovasi dan pembangunan berterusan untuk produk dan penyelesaian baharu. Sebagai rakan kongsi dipercayai dalam komuniti diabetes, kami bekerjasama erat dengan golongan profesion penjagaan kesihatan dan rakan kongsi lain demi memastikan produk kami menepati piawian tertinggi melibatkan kejituan, ketepatan dan keandalan , dan kami menjalankan perniagaan kami dengan patuh dan penuh integriti.

Ascensia Diabetes Care ditubuhkan pada tahun 2016 menerusi penjualan Bayer Diabetes Care kepada Panasonic Healthcare Holdings Co., Ltd. Produk-produk Ascensia Diabetes Care dijual di lebih 125 negara. Ascensia Diabetes Care menggaji kira-kira 1,700 kakitangan dan beroperasi di 33 negara.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Ascensia Diabetes Care di: http://www.ascensia.com.

© 2016 Ascensia Diabetes Care. Ascensia dan Contour adalah tanda perniagaan dan/atau tanda perniagaan berdaftar Ascensia Diabetes Care. Tanda perkataan dan logo Bluetooth adalah tanda perniagaan berdaftar dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc., dan mana-mana penggunaan tanda-tanda ini adalah di bawah lesen. Semua nama-nama produk dan tanda perniagaan adalah hakmilik setiap pemilik masing-masing.

1. Freckmann, G. et al. (Jun, 2017) Penilaian prestasi lima sistem pemantauan glukosa darah yang digunakan oleh pengguna biasa yang ditetapkan mengikut ISO 15197:2013. Poster telah dibentangkan di Sesi Saintifik ke-77 Persatuan Diabetes Amerika San Diego, California.

2. Freckmann, G. et al. (Jun, 2017) Penilaian prestasi empat sistem pemantauan glukosa darah yang digunakan oleh pengguna biasa yang ditetapkan mengikut ISO 15197:2013. Poster telah dibentangkan di Sesi Saintifik ke-77 Persatuan Diabetes Amerika San Diego, California.

3. Pardo S. et. al (Jun, 2017) Kaedah Baharu untuk Menilai Analisis Prestasi Alat Peranti CGM. Poster telah dibentangkan di Sesi Saintifik ke-77 Persatuan Diabetes Amerika San Diego, California.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Joseph Delahunty, Naib Presiden, Ketua Komunikasi Global
Ascensia Diabetes Care
Emel: joseph.delahunty@ascensia.com
Tel: +41-61-560-8760

Sumber: Ascensia Diabetes Care

Source: Ascensia Diabetes Care
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment