omniture

Tinjauan HomeAway dedahkan hadiah yang paling diingini oleh para bapa di Asia sempena Hari Bapa

HomeAway
2017-06-12 14:02 744

Lebih 900 responden ditinjau, dengan empat daripada lima responden menyatakan keinginan untuk lebih banyak melancong bersama keluarga

SINGAPURA, 12 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Adakah anda sedar bahawa Hari Bapa semakin hampir? Atau adakah anda masih memerah otak memikirkan hadiah Hari Bapa paling sempurna? Menurut tinjauan lima negara* yang dijalankan oleh HomeAway®, peneraju dunia bagi perkhidmatan sewaan percutian, anda mungkin tidak bersendirian. Apabila ditanya tentang hadiah yang diterima oleh mereka selama ini, separuh daripada bapa yang ditinjau memberikan jawapan yang mengejutkan bahawa mereka sering tidak menerima apa-apa sempena Hari Bapa. Hal ini bakal berubah tahun ini, apabila HomeAway menetapkan satu misi untuk meraikan golongan bapa, wira tidak didendang dalam keluarga dan sering dibayangi oleh ibu pada Hari Ibu.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.prnasia.com/mnr/homeaway_missionfathersday.shtml

Daripada kalangan responden yang ditinjau dari Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Taiwan, kebanyakan bapa berkata mereka ingin benar meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan insan tersayang, berbanding menerima hadiah berbentuk barangan seperti buku, tali pinggang, cawan dan tali leher. Empat daripada lima responden juga berhasrat untuk lebih banyak melancong bersama keluarga, walaupun lebih separuh daripada mereka telah melancong bersama keluarga tahun lalu.

 

HomeAway mempunyai Misi sempena Hari Bapa!

Setelah memahami bahawa golongan bapa di Asia mementingkan masa berkualiti serta melancong bersama seluruh keluarga adalah hasrat yang dikongsi oleh kebanyakan mereka, HomeAway memutuskan untuk membantu merealisasikan impian ini buat sebuah keluarga bertuah. Joy Toh dari Singapura berkongsi kisah peribadi beliau apabila beliau menyertai peraduan #EiffelTowerAllYours pada tahun 2016 dan HomeAway mengambil keputusan untuk menjadikan impian percutian untuk bapa beliau suatu kenyataan sempena Hari Bapa ini. Bagi membantu keluarga tersebut menyatakan penghargaan terhadap pengorbanan yang tidak berbelah bahagi terhadap keluarga selama ini, HomeAway menghantar Joy dan keluarga besar beliau ke Bali dalam misi untuk memberi kejutan kepada bapa beliau dengan hadiah percutian bersama seisi keluarga besar beliau! HomeAway menjadi tuan rumah kepada keluarga ini di vila 9 bilik tidur HomeAway yang dilengkapi kolam renang, kakitangan servis dan sarapan percuma.  Vila ini mengenakan bayaran kurang daripada S$120 satu malam setiap orang.

"Sebagai seorang bapa, saya gemar melancong bersama keluarga saya. Walau bagaimanapun, sudah bertahun lamanya sejak saya melancong bersama keluarga besar saya. Saya memahami cabaran yang perlu dihadapi untuk mengadakan lawatan bersama keluarga bagi memenuhi kehendak setiap individu, tetapi di sinilah HomeAway memainkan peranannya–kami menyediakan seleksi sewaan percutian yang luas pada nilai hebat buat keluarga dan kumpulan rakan bagi mencipta pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan bersama-sama. Kami berharap setiap orang akan mendapat inspirasi daripada kisah Joy yang mengharukan ini dan mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada bapa atau datuk mereka sempena Hari Bapa yang bakal tiba ini," kata Prashant Kirtane, Naib Presiden--Asia, HomeAway.

Ambillah masa untuk menyatakan penghargaan anda kepada bapa pada hari Ahad ini. Buatlah kad, sampaikan ucapan atau lebih baik lagi, bawalah bapa dan seluruh keluarga bercuti dengan HomeAway! 

RINGKASAN DAPATAN UTAMA DI SELURUH RANTAU

Bapa memberi… Tetapi adakah mereka menerima? 

  • Separuh daripada bapa yang ditinjau biasanya tidak menerima apa-apa semasa Hari Bapa

Bapa tidak menunjukkannya, namun mereka pasti menginginkan penghargaan

  • Apabila ditanya tentang hadiah yang mereka inginkan, kebanyakan bapa di seluruh rantau itu ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga pada Hari Bapa ini, diikuti dengan makan malam serta alat teknologi

Buatlah tempahan makan malam sekarang! 

  • Bagi mereka yang merancang untuk memberikan sesuatu, makan malam ialah hadiah paling sesuai untuk bapa, dengan 23% responden merancang untuk membawa bapa mereka keluar menjamu selera tahun ini

Bawa seluruh ahli keluarga dan rancang percutian anda (sekali lagi)

  • Kebanyakan responden telahpun melancong bersama keluarga mereka tahun lalu, namun empat daripada lima responden masih ingin melancong lebih kerap bersama keluarga

RINGKASAN DAPATAN UTAMA DI HONG KONG

  • Lebih 30% responden akan membawa bapa mereka keluar makan malam tahun ini
  • Lebih 40% responden merasakan mereka lebih bersungguh-sungguh meraikan Hari Ibu berbanding Hari Bapa
  • Empat daripada lima responden dari Hong Kong ingin lebih banyak melancong bersama keluarga. Sama seperti responden dari Singapura, kesukaran menyelaraskan jadual dan tahap kemampuan ialah halangan utama yang menyukarkan keluarga melancong bersama-sama
  • Lebih 60% responden gemar melancong kerana ia dapat mengelakkan tekanan daripada kehidupan seharian

RINGKASAN DAPATAN UTAMA DI MALAYSIA

  • Lebih 20% mereka yang ditinjau tidak menyambut Hari Bapa
  • Lebih 30% mengakui mereka lebih bersungguh-sungguh menyambut Hari Ibu berbanding Hari Bapa
  • Responden gemar melancong kerana mereka berpeluang mengunjungi tempat baharu, mencipta kenangan baharu dan dalam masa yang sama dapat merehatkan diri daripada tekanan kehidupan seharian
  • Lebih 70% mereka yang ditinjau ingin lebih banyak melancong bersama keluarga 

RINGKASAN DAPATAN UTAMA DI SINGAPURA

  • Lebih 40% responden akan membawa bapa mereka keluar makan malam tahun ini
  • Satu dalam dua responden merasakan mereka lebih bersungguh-sungguh menyambut Hari Ibu berbanding Hari Bapa
  • Hampir 80% daripada mereka yang ditinjau berharap mereka mempunyai lebih banyak peluang melancong bersama keluarga, namun jadual yang padat menjadi penghalang utama. Kemampuan juga menjadi penghalang yang menyukarkan keluarga melancong bersama-sama  
  • Apabila ditanya tentang apa yang responden paling gemar tentang melancong, tiga faktor utama yang dinyatakan termasuk mencipta kenangan baharu, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan dapat lari dari tekanan kehidupan seharian

© 2017 HomeAway. Semua hak cipta terpelihara. HomeAway dan logo HomeAway ialah tanda dagangan HomeAway. Kesemua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

*Tinjauan dijalankan ke atas 930 responden dari Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Taiwan pada bulan Mei 2017

Latar Belakang HomeAway

HomeAway, berpangkalan di Austin, Texas, ialah peneraju dunia bagi perkhidmatan sewaan percutian yang mempunyai lokasi-lokasi mewakili lebih dua juta tempat di seluruh dunia, dan merupakan sebahagian daripada rangkaian jenama Expedia, Inc. Menerusi HomeAway, pemilik dan pengurus hartanah menawarkan pelbagai seleksi rumah percutian yang memberikan pengembara dengan pengalaman indah dan faedah, termasuk lebih banyak ruang untuk bersantai serta privasi tambahan, yang biasanya berharga lebih rendah berbanding kos penginapan hotel biasa. Syarikat turut memudahkan pemilik sewaan percutian dan pengurus hartanah mengiklankan hartanah mereka serta mengurus tempahan secara dalam talian. Portfolio HomeAway termasuk laman sesawang sewaan percutian utama HomeAway.comVRBO.com, dan VacationRentals.com di Amerika Syarikat; HomeAway.co.uk dan OwnersDirect.co.uk di United Kingdom; HomeAway.de di Jerman; Abritel.fr dan Homelidays.com di Perancis; HomeAway.es dan Toprural.es di Sepanyol; AlugueTemporada.com.br di Brazil; HomeAway.com.au dan Stayz.com.au di Australia; Bookabach.co.nz di New Zealand; dan di Asia, HomeAway.asia. Syarikat turut mengendalikan BedandBreakfast.com, laman sesawang global paling komprehensif bagi mencari tempat inap-sarapan, memberikan pelancong dengan satu lagi sumber alternatif penginapan unik berbanding rangkaian hotel. Untuk maklumat lanjut tentang HomeAway, sila layari http://www.homeaway.com/.

Hubungi:
Ketchum Singapore
homeaway@ketchum.com
+65-6220-2623

Misi Hari Bapa HomeAway – Berjaya!
Misi Hari Bapa HomeAway – Berjaya!

 

HomeAway mengucapkan kepada semua bapa Selamat Menyambut Hari Bapa
HomeAway mengucapkan kepada semua bapa Selamat Menyambut Hari Bapa

 

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa!
Selamat Hari Bapa kepada semua bapa!

 

Video- http://static.prnasia.com/pro/media/mnr/201706/homeaway/video.mp4
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170609/1870254-1-a
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170609/1870254-1-b
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170609/1870254-1-c 
Logo- https://photos.prnasia.com/prnh/20170607/1870254-1LOGO-a

Source: HomeAway
Keywords: Travel Survey, Polls & Research