omniture

Pengaturan luar negara dan menjadi peneraju, LONGi berjaya terpilih dalam pusingan pertama "Pengendali Utama Global China bagi Tenaga Boleh Diperbaharui"

LONGi Solar
2017-06-13 01:54 264

SHANGHAI, 13 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Pada 6 Jun 2017, Ekspo Tenaga Baharu Antarabangsa China ke-9 & Forum Sidang Kemuncak Simpanan Tenaga dan Kesalinglengkapan Pelbagai Tenaga (CNEE) membuka tirainya di Pusat Pameran Antarabangsa China, Beijing. LONGi Green Energy Technology Co., Ltd. (selanjutnya dirujuk sebagai "LONGi") menonjol berbanding banyak pesaing untuk merangkul anugerah "Pembekal Global Utama China bagi Tenaga Boleh Diperbaharui 2017" dan berjaya memasuki senarai "Pengendali Utama Global China bagi Tenaga Boleh Diperbaharui 2017", menjadi salah satu pengendali utama antarabangsa pertama dalam kategorinya.

Dengan kehadiran mantap dalam pasaran luar negara yang diraih menerusi "perdagangan+pelaburan", sejumlah teknologi teras bertaraf dunia dan kelebihan lain, LONGi ialah pengendali utama dalam pasaran mono global yang mendapat pengiktirafan tinggi daripada panel pakar dan terpilih dalam senarai pertama "Pengendali Utama Global China bagi Tenaga Boleh Diperbaharui" dengan cemerlang.

"Berasal dari China, berkhidmat kepada dunia" sentiasa menjadi strategi LONGi. Menerusi inisiatif "Jalur dan Jalan", LONGi memberi laluan untuk lebih banyak peluang antarabangsa. Dalam usahanya berkembang ke luar negara, LONGi mencari peluang kerjasama antarabangsa bagi kapasiti, penyelidikan dan pembangunan serta asek-aspek lain, di samping berusaha menggalakkan pengeluaran serta penyetempatan bakat.  Ia turut memberi fokus terhadap projek kerjasama perancangan tenaga solar di negara-negara utama rantau Asia Pasifik bagi menggalakkan pembangunan pasaran tenaga solar baharu dan mencapai globalisasi pasaran.

Dalam pasaran antarabangsa, LONGi telah menunjukkan usaha bersungguh-sungguh bagi menubuhkan cawangan di banyak negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Ireland dan Jerman selain melabur dalam negara-negara sepanjang "Jalur dan Jalan" termasuk India dan juga Malaysia. Demi meningkatkan kapasiti luar negara dengan pantas, projek Malaysia telah memulakan proses pengeluaran secara berperingkat-peringkat. Projek sel dan modul 500MW juga berjalan lancar di India, memastikan bekalan produk mono syarikat yang stabil dan berkesan dalam pasaran luar negara.

Setakat ini, LONGi komited terhadap pengeluaran wafer c-Si mono, sel c-Si mono dan pengeluaran modul dan juga penyelesaian stesen janakuasa fotovolta bagi memaksimumkan nilai produk mono, merendahkan LCOE dan mempercepatkan kemajuan ke arah kesetaraan grid di peringkat global.

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Semiconductors Utilities Awards Trade show news