omniture

Modul PV Trina Solar Beroperasi dalam Projek Solar 455 MW DC dibangunkan oleh SB Energy (Softbank Group)

Trina Solar Limited
2017-06-13 03:22 676

CHANGZHOU, China, 13 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Modul-modul PV Trina Solar memulakan operasi di loji kuasa solar 455MW DC di Andhra Pradesh yang dibangunkan oleh SB Energy, satu usaha sama antara SoftBank Group, Bharti Enterprises dan Foxconn Technology Group. Ia merupakan pesanan tunggal terbesar yang dimeterai oleh Trina Solar di India.

Modul-modul PV yang dibekalkan untuk projek ini ialah panel polihabluran 72-sel TALLMAX. Modul-modul TALLMAX diiktiraf oleh golongan profesional industri atas prestasi terdahulu yang terbukti di lapangan dan piawaian kualiti yang tinggi. Ia merupakan salah satu produk paling dipercayai dalam industri untuk projek solar besar-besaran.

Loji tersebut, mula digunakan pada 29 Mac 2017, direka dan dibangunkan oleh SB Energy menggunakan teknologi terkini bagi pembersihan modul, penyelenggaraan loji dan keselamatan daripada amalan terbaik global. Ia mempunyai kapasiti untuk menghasilkan bekalan elektrik bersih untuk lebih 700,000 isi rumah India.

En. Jifan Gao, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Trina Solar berkata: "Kami berbangga dapat menjadi rakan kongsi dipercayai SB Energy untuk projek solar besar-besarannya yang pertama di Andhra Pradesh. Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyumbang terhadap sasaran 100GW kapasiti penjanaan solar negara India menjelang tahun 2022. Kami komited untuk bekerjasama dengan SB Energy dalam memenuhi permintaan tenaga negara melalui sumber yang bersih serta mewujudkan persekitaran yang hijau dan lestari."

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar Limited ialah peneraju global bagi modul, penyelesaian dan perkhidmatan fotovolta. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai penyepadu sistem PV, Trina Solar kini memacu tenaga pintar bersama-sama pemasang, pengedar, utiliti dan pembangun seluruh dunia. Kedudukan utama syarikat dalam industri adalah berdasarkan kecemerlangan inovasi, kualiti produk terunggul, keupayaan bersepadu secara vertikal dan pengawasan terhadap alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Limited
Related Stocks:
NYSE:TSL
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Joint ventures