omniture

JA Solar Tubuh Subsidiari Baharu di Brazil

- Terus Perluas Kehadiran di Amerika Latin
JA Solar Holdings Co., Ltd.
2017-06-13 10:19 594

BEIJING, 13 Jun 2017 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "Syarikat"), salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan ia telah mengukuhkan kedudukan di Brazil menerusi pelancaran subsidiarinya JA Solar Brazil Ltda ("JA Solar Brazil").

JA Solar telah beroperasi di Brazil sejak tahun 2015 dan menyaksikan pertumbuhan penting dalam pasaran Penjanaan Teragih (DG), yang memerlukan sokongan tempatan bagi tujuan perancangan, logistik dan operasi perdagangan antarabangsa pelanggan. Menerusi penubuhan JA Solar Brazil, Syarikat dapat menyediakan pelanggan dengan sokongan logistik yang tepat pada masanya dan juga perkhidmatan tersuai, dan terus memperoleh peluang-peluang perniagaan tambahan di rantau tersebut. Selain itu, cawangan Brazil akan menumpu terhadap usaha pengukuhan kerjasama bersama syarikat-syarikat tenaga tempatan dan antarabangsa, termasuk Engie, Multi Aquecimento, Faro Energy dan Enel. Pejabat baharu akan memberi sokongan terhadap aktiviti-aktiviti pemasaran, mempromosikan teknologi terkini JA Solar dan membangunkan serta mengurus aktiviti-aktiviti jualan di rantau berkenaan. Pejabat JA Solar Brazil dijangka mula beroperasi pada awal Julai ini.

Pasaran Amerika Latin ialah pasaran baru muncul yang mempunyai potensi pertumbuhan mantap dalam beberapa tahun akan datang, dan JA Solar bergiat aktif untuk memperluas kehadirannya di rantau tersebut. Pada Mac 2017, Syarikat menubuhkan subsidiari JA Solar Mexico SA de CV ("JA Solar Mexico"), memulakan usaha perluasan lokasinya menembusi Amerika Latin. Sejak itu, Syarikat telah mengusahakan sejumlah projek berskala utiliti dan berkolaborasi dengan para pengedar tempatan di Mexico.

En. Baofang Jin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar mengulas, "Pelancaran JA Solar Brazil akan meningkatkan keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kami, mengukuhkan perkongsian strategik di rantau itu dan terus meningkatkan kesedaran jenama di Brazil serta dalam pasaran Amerika Latin. Modul-modul solar kami yang berprestasi tinggi sememangnya diiktiraf dalam industri. Kami berharap dapat memanfaatkan reputasi kukuh kami bagi memperkenalkan lebih banyak produk berkualiti tinggi kepada pelanggan Amerika Latin kami, yang akan membantu mereka mengoptimumkan pulangan pelaburan mereka."

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion New products/services