omniture

Diageo Reserve Lantik Pembuat Minuman Koktel Global Pertama Industri

Diageo Reserve
2017-06-14 02:01 512

AMSTERDAM, 14 Jun 2017 /PRNewswire/ --

Diageo Reserve, portfolio mewah Diageo, mengumumkan pewujudan jawatan Pembuat Minuman Koktel Global baharu – yang pertama dalam kategorinya bagi industri ini – bagi memupuk hubungan lebih bermakna antara perniagaan Reserve dengan industri mewah yang lebih luas. Jawatan tersebut akan diisi oleh pakar pengadun Kanada yang pernah merangkul anugerah, pendidik dan juga penyokong industri, Lauren Mote.

generated by system

Ketika mengumumkan pelantikan tersebut, Cristina Diezhandino, Pengarah Urusan Diageo Reserve, berkata jawatan Pembuat Minuman Koktel Global merupakan pelantikan penting untuk perniagaan ini dan merupakan satu langkah ke hadapan dalam usaha meletakkan jenama-jenama Reserve dalam budaya serta gaya hidup menerusi ilmu pengetahuan, semangat dan penceritaan.

"Diageo Reserve ditubuhkan menurut wawasan baharu dan diiktiraf seluruh dunia sebagai penanda aras bagi industri mewah. Dengan itu, kami perlu menjadi peneraju bagi trend - merentasi kategori minuman untuk menggalakkan pembelajaran daripada kategori-kategori lain demi merealisasikan visi kami dalam usaha menjadikan pengalaman mewah mudah didapati, boleh diakses dan beraspirasi untuk semua," kata Diezhandino.

"Menerusi laporan World Class: Future of Cocktails [1] 2016 kami, kami sedia maklum bahawa orang ramai kini mementingkan pengalaman berbanding harta benda dan kami dapat menyaksikan peningkatan ekonomi beremosi yang mana orang ramai menginginkan hubungan lebih erat dengan jenama-jenama. Oleh itu, kami berasa amat teruja melantik Lauren – penyumbang yang amat disegani dalam industri minuman global dengan gabungan semangat, kemahiran dan pengalaman yang luar biasa – sebagai penglipur lara dan pemula trend yang akan membantu kami menghidupkan hubungan lebih erat ini."

"Sebagai pelayan bar yang memenangi anugerah, pemilik perniagaan dan pakar minuman, Lauren akan menjadi penyokong bersemangat bagi hasil seni halus mewah dan portfolio Reserve kami, bekerjasama dengan pihak berpengaruh serta rakan media, dan kepakaran beliau akan membantu menyokong pembangunan komersial serta usaha inovasi kami. Selain itu, beliau akan menjadi tokoh untuk program World Class kami yang terkemuka dalam industri, bekerjasama dengan Pelayan Bar Terbaik Tahunan World Class kami bagi mempromosikan kemahiran sebagai pelayan bar dan menginspirasi orang ramai di seluruh dunia untuk minum dengan lebih baik."

Mengulas tentang peranan baharu beliau, Lauren Mote berkata: "Setelah berjaya memenangi Pusingan Akhir Kebangsaan Pelayan Bar Terbaik Tahunan World Class 2015 di Kanada, saya amat berminat dengan peranan yang dimainkan oleh program ini dalam usaha mengangkat kemahiran sebagai pelayan bar dan menghidangkan minuman hebat - dengan itu, saya amat berharap dapat mengambil peranan sebagai penyokong yang lebih hebat. Namun begitu, yang lebih utama, saya benar-benar berharap dapat bekerjasama dengan komuniti Diageo Reserve dan perintis industri yang lain demi membantu mewujudkan pengalaman minuman mewah untuk pengguna."

1. World Class: Future of Cocktails 2016 dengan kerjasama The Future Laboratory

Diageo Reserve menumpu pada peluang mewah global dan menghimpunkan jenama-jenama yang dibangunkan menerusi legasi, mutu kemahiran dan ketulenan yang mantap. Portfolionya yang memenangi anugerah termasuk Johnnie Walker Blue Label, Cîroc, Don Julio, Bulleit, Tanqueray No. Ten, Ketel One, Zacapa dan koleksi hebat Malt Tunggal.

Source: Diageo Reserve
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages