omniture

Croma-Pharma Umum Dua Kejayaan Utama di China

Croma-Pharma GmbH
2017-06-15 02:20 439

HONG KONG, 15 Jun 2017 /PRNewswire/ --

  • Pengisi Intradermis Princess® VOLUME berjaya diluluskan di China oleh CFDA.
  • Croma-Pharma berpangkalan di Austria meterai Usaha Sama dengan Sihuan Pharmaceutical pasarkan Pengisi Intradermis di China, Hong Kong dan Macau

Pendaftaran Princess® VOLUME dan pemeteraian Usaha Sama membuka peluang pasaran yang paling pesat berkembang untuk perubatan estetik "Buatan Austria". Croma-Pharma ialah salah satu daripada hanya dua pengeluar Pengisi Intradermis Eropah yang diluluskan di China.

Asia umumnya dan China khususnya merupakan pasaran paling pesat berkembang untuk bidang perubatan estetik invasif minimum. Pasaran Cina menyaksikan persaingan yang sengit, sebahagian besarnya daripada pengeluar tempatan. Produk-produk barat berkualiti tinggi seperti Princess® VOLUME, amat jarang diperoleh. Setakat akhir Mei 2017, Sihuan Pharmaceutical Holdings Group Ltd. (melalui gabungannya SunMoral HK Limited) dan Croma-Pharma memeterai satu kerjasama yang meluas untuk jangka panjang. Perjanjian Pelesenan dan Pengedaran akan menggabungkan aset kedua-dua rakan kongsi untuk syarikat usaha sama yang baru ditubuhkan SunCro Aesthetics & Cosmetic International Co. Limited. Butiran kewangan tidak didedahkan oleh pihak-pihak berkenaan.

Croma-Pharma akan menyumbang produk, pengalaman dan hak harta intelek berkaitan, manakala Sihuan Pharma Ltd akan berkongsi pengetahuan tentang pengedaran berbilang saluran dan pemasaran di Tanah Besar China. Dalam beberapa minggu akan datang, satu lagi produk Croma - Princess® VOLUME Lidocaine - akan memohon pendaftaran oleh CFDA.

Usaha Sama ini bertujuan untuk memasarkan portfolio estetik invasif minimum yang lengkap. Jualan Princess® VOLUME akan bermula seawal Julai 2017, memandangkan biasanya bulan September ialah bulan dengan jualan paling mantap untuk produk-produk serupa di China. Toksin botulinum asli akan turut ditambah oleh Sihuan Pharma Ltd. ke dalam portfolio yang semakin berkembang merangkumi produk estetik premium hasil Usaha Sama itu menjelang tahun 2019.

Jalinan kerjasama antara Sihuan Pharmaceutical dan Croma-Pharma akan memberi kesan besar terhadap pasaran perubatan estetik di China, yang memiliki kadar pertumbuhan purata sebanyak lebih 20% setahun sejak beberapa tahun lalu. Ia mengakibatkan peningkatan permintaan terhadap produk pembedahan mikrokosmetik yang selamat, berkualiti tinggi dan berkesan seperti suntikan wajah asid hialuronik atau Botox. Pelancaran pengisi intradermis premium hasil Usaha Sama ini dijangka bakal mengubah pasaran Cina secara keseluruhannya dan akhirnya menyingkirkan produk berkualiti rendah daripada pasaran.

Dr. Guo Weicheng, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Sihuan Pharmaceutical, berkata: "Sihuan Pharmaceutical telah mengukuhkan saluran pemasaran yang luas dan memperlihatkan keupayaan jualan yang mantap sejak beberapa tahun ini. Hal ini, berserta kepakaran Croma-Pharma dalam bahan boleh suntik viskoelastik pra-isi untuk ortopedik dan indikasi estetik, akan mendorong perluasan pasaran yang pesat. Dengan pemeteraian Usaha Sama ini, Syarikat mengembangkan perniagaannya menembusi bidang perubatan estetik yang mempunyai potensi pertumbuhan yang amat besar di China."

Andreas Prinz, Ketua Pegawai Operasi dan Pemilik Bersama Croma Pharma: "Croma-Pharma menggabungkan pengalaman selama lebih 40 tahun dalam R&D untuk produk viskoelastik. Barisan pengeluaran kami yang automatik sepenuhnya di Austria dapat mengeluarkan enam juta bahan boleh suntik pra-isi setahun. Kami berhak dianggap sebagai pakar Eropah terkemuka untuk Asid Hialuronik. Dengan Sihuan, kami telah menemui rakan paling sempurna untuk menggabungkan kekuatan dan aset kami untuk menembusi pasaran Cina yang pesat berkembang dengan jayanya. Cita-cita dan saluran pengedaran Sihuan yang cemerlang akan membantu Croma Pharma untuk mencapai kejayaan secara berterusan di Asia."

Latar Belakang Croma-Pharma GmbH - pakar utama Asid Hialuronik
Croma-Pharma, syarikat farmaseutikal milik keluarga yang berpangkalan di Austria diiktiraf di seluruh dunia hasil kepakarannya dalam bahan boleh suntik viskoelastik pra-isi untuk oftalmologi, ortopedik dan indikasi estetik. Pengeluaran tahunan sebanyak 6 juta bahan boleh suntik menjadikan Croma sebagai salah satu pengeluar utama bahan boleh suntik berkualiti tinggi di seluruh dunia.

Croma-Pharma ialah salah satu daripada hanya dua syarikat Eropah yang memperoleh kelulusan pasaran untuk produknya oleh pihak berkuasa Cina CFDA. Kejayaan ini adalah berdasarkan penyelidikan dan pembangunan yang diusahakan di ibu pejabat syarikat di Austria. Para pemilik mengikuti visi yang jelas bagi teknologi berkualiti tinggi dan dengan berani merebut peluang pengambilalihan syarikat-syarikat atau teknologi-teknologi komplementari. Croma-Pharma kini menggaji seramai 320 kakitangan dan beroperasi melalui 12 subsidiari di Eropah, Amerika Utara, Brazil dan Australia. Melalui perkongsian pengedaran, produk-produknya dipasarkan di lebih 70 negara di seluruh dunia. Croma-Pharma ialah syarikat yang memenangi pelbagai anugerah dan menyambut ulang tahunnya yang ke-40 pada tahun 2016. http://www.croma.at

Latar Belakang Sihuan Pharmaceutical Holdings Group Ltd.

Ditubuhkan pada tahun 2001, Sihuan Pharmaceutical Holdings Group Ltd. ialah sebuah syarikat farmaseutikal Cina utama dan francais ubat vaskular kardio-serebrum terbesar dalam pasaran ubat preskripsi China mengikut bahagian pasaran. Syarikat juga merupakan syarikat farmaseutikal keempat terbesar dari segi belian hospital dalam pasaran hospital China setakat akhir tahun 2016. Kejayaan Syarikat ini adalah hasil model jualan dan pemasarannya yang berbeza dan terbukti, rangkaian pengedaran seluruh negara yang meluas, portfolio produk baharu yang pelbagai serta keupayaan R&D yang mantap. Produk-produk semasa Syarikat merangkumi lima bidang terapeutik perubatan utama di China: sistem vaskular kardio-serebrum, sistem saraf pusat, metabolisme, onkologi dan juga anti-infektif.

http://www.sihuanpharm.com/index.php?l=en

Muat Turun Croma: http://www.croma.at/en/metanavigation/news-2/press/downloads

Source: Croma-Pharma GmbH
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals FDA Approval Joint ventures