omniture

Harbour City Hong Kong Undang Penggaya Asia Terkenal Master Xiao P Terokai "Wilayah Kecantikan", Catat Rekod Strim Langsung Sina Hong Kong Baharu dengan lebih 28.2 Juta Tontonan

Harbour City
2017-06-15 08:41 495

HONG KONG, 15 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Harbour City merupakan pusat membeli belah terbesar Hong Kong dan terkenal sebagai 'wilayah kecantikan' yang menghimpunkan lebih 300 jenama kecantikan global di bawah satu bumbung. Bulan lalu, Harbour City mengundang Master Xiao P, Perry, 'Ahli Silap Mata Kecantikan' untuk mengunjungi Hong Kong bagi berkongsi jenama-jenama dan produk-produk kecantikan terkini. Perry amat terkenal dalam media sosial dan mengungguli kedudukan 1 Teratas dalam kalangan Pemimpin Pendapat Utama (KOLs) Kecantikan Sina Microblog pada tahun 2016, Kedudukan 1 Teratas bagi KOLs Kecantikan NewRank pada tahun 2016* dan kedudukan 4 Teratas dalam kalangan KOLs Cina dengan Nilai Perniagaan Tertinggi pada tahun 2016.

Perry amat popular dalam media sosial
Perry amat popular dalam media sosial

Pada 25 Mei, Perry menyiarkan strim langsung video "Master Xiao P Laoshi Membawa Anda ke Harbour City Hong Kong" yang ditonton sebanyak 28.2 juta kali dan mencatat rekod baharu bagi bilangan tertinggi tontonan strim langsung melalui Sina Microblog di Hong Kong.

Iklan Penarik Perhatian Penonton

Pada hari menjelang acara tersebut, Perry menyiarkan foto dan kapsyen tujuh perkataan dalam Sina Microblog beliau tentang cicipan pencuci mulut di Harbour City sebagai penarik. Ia menarik perhatian penonton kepada lawatan beliau ke Hong Kong dan mencetuskan keterujaan bagi aktiviti-aktiviti susulan.

Foto hidangan pencuci mulut Perry di Harbour City, Sina Microblog Perry
Foto hidangan pencuci mulut Perry di Harbour City, Sina Microblog Perry

Produk Dipilih Teliti dalam Strim Langsung

Pada 25 Mei, Perry menyiarkan strim langsung video "Master Xiao P Laoshi Membawa Anda ke Harbour City Hong Kong" melalui Yizhibo. Dalam siaran strim langsung selama 90 minit itu, Perry membawa peminat beliau dari pintu masuk Ocean Terminal di Harbour City ke Lane Crawford, FACESSS dan kedai-kedai di tingkat tiga, serta ke kedai-kedai jenama kecantikan lain. Siaran strim langsung itu bermula pada jam 7:30 malam, sewaktu pengguna internet Tanah Besar China memuncak selepas malam makan.

Perry memberikan pengesyoran khusus terhadap enam jenama dan produk kecantikan di Harbour City. Beliau memulakan dengan La Mer, iaitu jenama yang sudah sinonim dalam kalangan peminat di Tanah Besar China. Selanjutnya, beliau memperkenalkan Chantecaille dari Perancis. Beliau mendemonstrasikan jenama baharu dari Amerika Syarikat, Hourglass, jenama yang baru dilancarkan di Hong Kong, yang mana produk-produk jenama ini digunakan oleh penyanyi Madonna untuk konsert beliau.

Perry turut memberikan julat harga produk yang berbeza demi memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Sebagai contoh, beliau mengetengahkan jenama Amerika Lipstick Queen, yang eksklusif untuk Harbour City. Akhir sekali, beliau memperkenalkan jenama penjagaan kesihatan kulit SkinCeuticals serta jenama Israel Sabon, yang belum lagi dijual di Tanah Besar China.

Perry berjaya menarik perhatian peminat dengan menunjukkan kepada mereka 'pengalaman membeli belah sebenar' dalam memilih produk kecantikan dan menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh penonton semasa siaran strim langsung itu.

Tangkapan skrin daripada Strim Langsung Harbour City Perry melalui Yizhibo
Tangkapan skrin daripada Strim Langsung Harbour City Perry melalui Yizhibo

Strim langsung "Master Xiao P Laoshi Membawa Anda ke Harbour City Hong Kong"

(Pautan)

Promosi Rentas Platform

Hasil populariti penstriman langsung Perry, strim langsung beliau muncul dalam senarai cadangan strim langsung teratas menerusi Yizhibo pada hari berkenaan. Pencapaian ini, berserta promosi Sina Microblog dan Harbour City, membawa kepada peningkatan populariti video tersebut.

Cadangan daripada platform Yizhibo, Promosi melalui platform Sina Microblog dan Harbour City
Cadangan daripada platform Yizhibo, Promosi melalui platform Sina Microblog dan Harbour City

Interaksi Berterusan dengan Peminat selepas Kunjungan

Selepas kunjungan tersebut, Perry melancarkan satu aktiviti dengan insentif yang mana beliau menggalakkan peminat beliau untuk memainkan semula strim langsung tersebut dan menjawab soalan-soalan untuk berpeluang memenangi hadiah. Tindakan susulan ini mencetuskan satu lagi gelombang interaksi. Tontonan video yang dikumpul, selepas aktiviti dipacu insentif itu, melonjak daripada angka asal 25 juta menjadi 28.2 juta.

Sina Microblog Perry
Sina Microblog Perry

Selain itu, Perry memanfaatkan potensi pengaruh rentas platform untuk mendorong pembelian. Beliau menyiarkan dua catatan pada akaun WeChat beliau bagi berkongsi jenama-jenama dan produk-produk yang disyorkan oleh beliau semasa kunjungan beliau ke Hong Kong. Dua catatan tersebut mendapat hampir 200,000 tontonan dan dikongsi oleh banyak akaun lain agar tersebar dengan lebih meluas.

Akaun WeChat Perry dan platform Star Show
Akaun WeChat Perry dan platform Star Show

Akaun WeChat Perry (Catatan Pertama)

(Pautan)

Akaun WeChat Perry (Catatan Kedua)

(Pautan)

Perkongsian dengan Wakil Media, Jenama Kecantikan dan Fesyen

Perry turut mengadakan satu seminar perkongsian bersama ratusan wakil daripada media, jenama kecantikan dan juga jenama fesyen. Dalam seminar tersebut beliau mendedahkan proses menjadi seorang penggaya kecantikan, memberi demonstrasi dalam seminar tersebut berkenaan kemahiran urutan wajah dan panduan kecantikan, serta memperkenalkan autobiografi pertama beliau berjudul "The Way of Achieving Your Dreams is Incomparable" ("Cara Mencapai Impian Anda Tiada Bandingannya"). Seminar perkongsian tersebut membantu hadirin memahami lebih lanjut tentang usaha beliau dalam bidang kecantikan dan falsafah hidup beliau.

Perry mengadakan seminar perkongsian bersama ratusan wakil daripada media, jenama kecantikan dan jenama fesyen.
Perry mengadakan seminar perkongsian bersama ratusan wakil daripada media, jenama kecantikan dan jenama fesyen.

Profil Perry

Perry terkenal dalam rangkaian media sebagai 'Ahli Silap Mata Kecantikan' – bermula dengan bekerja di belakang tabir sehingga menjadi 'individu berpengaruh bidang fesyen', beliau merupakan penggaya selebriti paling hangat di Asia. Beliau merupakan penggaya eksklusif untuk para selebriti Dee Hsu (Little S), Barbie Hsu (Da S), Vivian Hsu serta artis-artis terkenal lain. Beliau banyak kali terlibat dalam penggayaan untuk Anugerah Golden Bell Taiwan, Anugerah Golden Horse dan anugerah-anugerah penting lain.

Beliau mempunyai 36 juta peminat Sina Microblog; perhatian umum WeChat beliau melangkaui 2 juta; dan tontonan tertinggi bagi strim langsung beliau memecah rekod 28.2 juta. Beliau merupakan seorang usahawan industri fesyen, menubuhkan P.StylE (salon gaya profesional), Bright Eyelashes (jenama bulu mata dan kuku), Hulls (pusat pengurusan kulit) dan Park Space (kafé). Beliau mewujudkan program mingguan kecantikan fesyen dalam talian pertama China #Magical Class#, yang diperkenalkan 7 tahun lalu dengan ribuan program video, dan telah ditonton oleh lebih 2 bilion tontonan. Beliau juga merupakan seorang penulis paling laris. Beliau telah menulis 8 buah buku sejak beberapa tahun lalu dan terbitan terkini pada April 2017 ialah autobiografi pertama beliau berjudul "The Way of Achieving Your Dreams is Incomparable" ("Cara Mencapai Impian Anda Tiada Bandingannya") yang mempunyai jualan dalam talian melebihi 50,000 buah buku pada bulan pertama.

Latar Belakang Harbour City

Terletak di tengah-tengah bandar Hong Kong, bersebelahan Pelabuhan Victoria, Harbour City merupakan syurga beli belah terbesar Hong Kong, yang menghimpunkan lebih 300 jenama kecantikan global, termasuk banyak jenama eksklusif. Ia merupakan 'wilayah kecantikan' terbesar Hong Kong. Selain kedai-kedai utama fesyen antarabangsa yang terkemuka, Harbour City turut menghimpunkan lebih 450 kedai, 50 outlet makanan dan minuman serta tiga hotel. Bersama Star Ferry Pier, ia juga menjadi tempat kapal persiaran berlabuh, sejarah maritim kami dan pemandangan pelabuhan yang mengagumkan – kesemua ini dapat dialami secara dekat.

Laman sesawang: www.harbourcity.com.hk 
Sina Weibo: @ Hong Kong Harbour City
ID Micro letter: hkharbourcity
Muat turun semua foto: https://www.dropbox.com/sh/b9lrjzno5kqdwcn/AACvBt5zscr5-v_xkdttZLk1a?dl=0

Source: Harbour City
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Social Media Travel