omniture

Ferrero Umum Pembukaan Pusat Inovasi Singapura

Ferrero
2017-06-15 12:14 697

Pusat ini akan beroperasi sebagai hab inovasi Ferrero di Asia.

Giovanni Ferrero raikan pembukaannya.

SINGAPURA, 15 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Ferrero mengumumkan pembukaan rasmi Pusat Inovasi Ferrero di Singapura: pusat inovasi Asia pertama syarikat yang terletak di tengah-tengah salah satu ekosistem inovasi yang terkemuka di dunia.

En. Giovanni Ferrero, Ketua Pegawai Eksekutif, Ferrero International
En. Giovanni Ferrero, Ketua Pegawai Eksekutif, Ferrero International

 

En. Giovanni Ferrero, Ketua Pegawai Eksekutif, Ferrero International dan Eksekutif Ferrero
En. Giovanni Ferrero, Ketua Pegawai Eksekutif, Ferrero International dan Eksekutif Ferrero

Pusat baharu ini direka untuk mengukuhkan kedudukan Ferrero sebagai sebuah peneraju inovasi global, dan akan menempatkan beberapa fungsi inovasi strategik dalam bidang kesihatan dan pemakanan, bahan-bahan mentah baharu dan penyelidikan dan pembangunan produk, pandangan pengguna dan aktiviti pandangan jauh.

Di pusat inovasi Ferrero, yang disokong oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB), pasukan pakar-pakar pelbagai disiplin dalam bidang sains makanan, bioteknologi, pemakanan, pandangan pengguna, sains bahan dan rekaan akan melibatkan diri dengan ekosistem Singapura yang bersemangat dan bertenaga untuk menggalakkan proses inovasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Ferrero, Giovanni Ferrero, yang meraikan pembukaan pusat inovasi Ferrero baharu mengulas: "Inovasi sentiasa menjadi nilai teras Ferrero. Produk kami ialah hasil daripada semangat yang tinggi dalam kualiti dan penyelidikan. Pusat inovasi Singapura akan menyokong Ferrero dalam usaha mereka yang berterusan untuk mencari penyelesaian teknologi termaju bagi menawarkan pelanggan kami produk berkualiti terbaik yang menyediakan dimensi rasa yang baharu. "

Pengerusi Dewan Pembangunan Ekonomi Singapura, Dr Beh Swan Gin, berkata, "Keputusan Ferrero untuk menubuhkan pusat inovasi pertama Asia di Singapura mencerminkan kepentingan pasaran pengguna yang berkembang pesat di Asia, dan menekankan kedudukan Singapura sebagai peneraju hab makanan dan pemakanan di rantau ini. Kami berharap Ferrero terus bekerjasama dengan rakan-rakan di Singapura untuk mengembangkan lagi jenamanya di rantau ini."

Keputusan untuk menempatkan Pusat Inovasi Ferrero di Singapura didorong oleh lokasinya yang strategik di Asia dan peranan utamanya dalam komuniti penyelidikan saintifik global, yang termasuk antara lain, Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) dan universiti-universiti berkaitan.

Singapura mewakili persekitaran yang dinamik dan inovatif di mana bakat dan sumber saintifik bergabung dengan pelbagai demografi pengguna Asia. Ini menawarkan platform yang ideal untuk menjalankan eksperimen dengan teknologi baru dan bahan-bahan mentah dengan tujuan untuk membangunkan dan menguji produk baharu dalam pasaran yang berkepentingan strategik bagi Ferrero.

Ferrero memulakan kisahnya di sebuah pekan kecil Alba yang terletak di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Hari ini, dengan pusing ganti disatukan melebihi 10 bilion euro, Ferrero merupakan antara peneraju pasaran bagi sektor konfeksi dan merupakan Syarikat ketiga di dunia dalam pasaran konfeksi coklat.

Ferrero Group diwakili oleh lebih daripada 41,000 kakitangan merentasi 53 negara; ia mempunyai 22 kilang pengeluaran di seluruh dunia, di mana 3 daripadanya ialah sebahagian daripada Projek Keusahawanan Michele Ferrero di Afrika dan Asia. Selain itu, pada awal tahun 2015, Syarikat menubuhkan Ferrero Hazelnut Company (HCo) yang membabitkan 6 syarikat pertanian dan 8 kilang pembuatan. Produk-produk Ferrero seperti rangkaian Nutella, Ferrero Rocher, Raffaello, Tic Tac dan Kinder, boleh didapati dan dijual di lebih 170 negara; produk-produk ini telah menjadi sebahagian daripada memori bersama dan kebiasaan di banyak negara, di mana produk-produk ini benar-benar disukai oleh setiap generasi dan sering dianggap sebagai ikon budaya. 

Di samping itu, tanggungjawab sosial telah sebati dalam DNA Ferrero. Kesegaran dan kualiti tinggi produk, pemilihan bahan-bahan mentah terbaik secara teliti, amalan pertanian lestari dan penyelidikan dan inovasi yang berterusan merupakan beberapa elemen utama kejayaan Ferrero. Tambahan pula, Ferrero terus melabur dalam komuniti tempatan hasil sumbangan daripada Yayasan Ferrero, Projek Keusahawanan Michele Ferrero dan program Kinder+Sport.

Untuk maklumat lanjut layari: www.ferrero.com dan  www.ferrerocsr.com

Hubungan Media:

LEWIS
Matt Pearman
Tel: +65 6571 9140
Emel: ferrerosg@teamlewis.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170614/1873453-1-a  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170614/1873453-1-b

 

 

Source: Ferrero
Keywords: Biotechnology Food/Beverages Corporate Expansion