omniture

Asia Tenggara Bawakan Peluang Baharu daripada Inisiatif Jalur dan Jalan, Pameran Canton Sediakan Asas Kukuh untuk Negara-negara yang Terlibat

Pameran Canton
2017-06-16 12:46 578

GUANGZHOU,China, 16 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Pengaruh Inisiatif Jalur dan Jalan (B&R) China, iaitu strategi pembangunan kerajaan bagi merangsang perkembangan ekonomi sepanjang Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21, dirasai di Pameran Canton kali ke-121 yang dihadiri oleh hampir 90,000 pengunjung dari negara-negara dalam B&R, yang menyumbang hampir separuh daripada keseluruhan jumlah pengunjung acara tersebut.

Asia Tenggara Bawakan Peluang Baharu daripada Inisiatif Jalur dan Jalan, Pameran Canton Sediakan Asas Kukuh untuk Negara-negara yang Terlibat
Asia Tenggara Bawakan Peluang Baharu daripada Inisiatif Jalur dan Jalan, Pameran Canton Sediakan Asas Kukuh untuk Negara-negara yang Terlibat

Bilangan pembeli dari negara-negara ini menyaksikan pertumbuhan sebanyak 8.55 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan nilai pusing ganti mencecah $9 bilion, meningkat 4.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.  

Jalur dan Jalan tawar peluang baharu untuk syarikat-syarikat global

Singapura, Myanmar dan Malaysia merupakan 3 negara dari Asia Tenggara dalam kalangan 11 negara yang telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan China berhubung B&R. Antara negara-negara ini, Malaysia menyaksikan kemajuan yang kukuh dari segi jalinan kerjasamanya dengan China.

Bilangan pembeli Malaysia yang mengambil bahagian dalam Pameran Canton meningkat sebanyak 5.6 peratus sejak tiga tahun lalu, manakala bilangan pembeli dari Myanmar dan Singapura masing-masing meningkat sebanyak 30.8 peratus dan 8.2 peratus.

Sejak B&R dilancarkan pada tahun 2015, syarikat-syarikat perusahaan swasta dari kedua-dua negara tersebut telah menandatangani 15 memorandum dalam segmen pelaburan, infrastruktur, pembinaan, kewangan, E-dagang, pengeluaran panel solar, pembinaan pelabuhan, saluran paip gas asli dan juga penyahgaraman.

Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia dan presiden Persatuan Cina Malaysia, baru-baru ini memberitahu China News Service bahawa B&R akan mengukuhkan daya saing Malaysia dalam pasaran global, yang mana ia akan meningkatkan potensi Malaysia dari segi pembangunan ekonomi.

Para peniaga dari negara-negara Asia Tenggara dalam B&R termasuk Vietnam, Singapura, Myanmar, Thailand dan Malaysia semakin mengambil kedudukan di tempat tumpuan di Pameran Canton. Semasa fasa pertama dan ketiga Pameran Canton ke-121, astaka antarabangsa mengalu-alukan sejumlah 620 pempamer dari 42 negara, dengan 364 syarikat adalah dari negara-negara B&R.

Peningkatan jumlah peserta dari negara-negara B&R di Pameran Canton

Di Pameran Canton ke-121, syarikat-syarikat Malaysia mendemonstrasikan produk-produk terkenal yang mempunyai ciri-ciri tempatan yang tersendiri, bermula daripada makanan hinggalah peralatan kecil, termasuk pembersih hampagas, kopi putih, teh tarik dan juga kek durian.

Hu Henry, seorang wakil pempamer Malaysia, berkata bahawa B&R membawakan peluang perniagaan baharu dan pertumbuhan jualan untuk negara-negara yang mengambil bahagian dan ia turut menggalakkan jalinan kerjasama perdagangan antara negara-negara jiran.

Dato' Chong Chong Tik, pengarah urusan Malaysia ES Event Management, berkata bahawa Pameran Canton dapat membantu para peniaga Malaysia meninjau pasaran Cina dan produk-produk Malaysia dapat diperkenal di seluruh dunia.

Pameran Canton, acara perdagangan terbesar di China dan salah satu pameran utama yang meramalkan dinamik industri perdagangan antarabangsa, telah mengikuti Inisiatif tersebut dan menggiatkan usaha promosinya di negara-negara B&R, memainkan peranan penting dalam mempromosikan perdagangan dan menggalakkan pertukaran antara negara-negara ini. Pada masa kini, 45 dewan perniagaan dan persatuan perniagaan dari 32 negara B&R bekerjasama dengan Pameran Canton.

Maggie Pu, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Pameran Canton, menyatakan bahawa mereka telah menghantar lebih 100 pasukan ke lebih 50 negara B&R sejak kunjungan pertamanya ke Malaysia dan Kuwait yang dibuat pada tahun 1996.

"Kami akan terus mengusahakan faedah bersama menerusi prinsip pencapaian pertumbuhan bersama melalui perbincangan dan kolaborasi dengan syarikat-syarikat dari negara-negara B&R selain rakan-rakan niaga seluruh dunia demi menyumbang untuk 'Jalan Sutera' moden."

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Ditubuhkan pada tahun 1957, pameran ini kini merupakan pameran yang komprehensif dengan sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, dengan skala terbesar dan mempunyai jumlah produk terbanyak selain merupakan taburan tempat asal pembeli paling luas dan juga mencatat pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170615/1877034-1

Source: Pameran Canton
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Economic news, trends, analysis Trade show news