omniture

LKK Health Products Group Sumbang kepada Masyarakat

LKK Health Products Group
2017-06-16 13:41 766

HONG KONG, 16 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Tanggal 5 Jun lalu, Bumi menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia kali ke-46. Sebagai anggota perkampungan global ini, LKK Health Products Group (LKKHPG) dengan penuh bersemangat menyahut seruan ini dan membuat sumbangannya terhadap alam sekitar.

Kanak-kanak bermain “muzik bahtera” bersama para sukarelawan LKK Health Product Group.
Kanak-kanak bermain “muzik bahtera” bersama para sukarelawan LKK Health Product Group.

Didik kanak-kanak lindungi alam sekitar

Pada 10 Jun, pasukan sukarelawan LKKHPG menganjurkan satu acara, Green Transformer (Pengubah Hijau) demi meningkatkan kesedaran terhadap perlindungan alam sekitar, bertempat di Noah's Ark, Pulau Ma Wan di Hong Kong. Kira-kira 30 sukarelawan membawa 60 kanak-kanak daripada masyarakat setempat untuk mengikuti aktiviti jelajah "hijau" yang menghiburkan dan bermakna.

Mereka mengunjungi Taman Alam Semula Jadi dan Taman Bahtera yang menggabungkan elemen alam semula jadi, pendidikan dan kesenian bagi meneroka fakta-fakta menarik tentang alam semula jadi. "Selain membersihkan udara, tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai makanan, ubat-ubatan dan perhiasan. Buah-buahannya juga boleh dijadikan alat seperti loceng tangan," kanak-kanak menjelaskan dengan gembira sambil menghayun loceng tangan tersebut. Para sukarelawan juga menjadi pakar pemakanan dan pakar tentang air dengan menyajikan snek berkhasiat dan menjalankan ujikaji "air" ajaib bersama kanak-kanak, sebagai cara untuk mendidik mereka agar menghargai sumber alam semula jadi dan menjalani kehidupan yang sihat.

Infinitus Plaza Hong Kong menganjurkan acara peningkatan kesedaran kanak-kanak tahun ke-5 berturut-turut bersama World Vision Hong Kong.
Infinitus Plaza Hong Kong menganjurkan acara peningkatan kesedaran kanak-kanak tahun ke-5 berturut-turut bersama World Vision Hong Kong.

Alami dunia mereka yang kurang bernasib baik dan ubah masa depan

Kebanyakan kita menjalani kehidupan yang kaya dengan harta benda, namun hanya segelintir menyedari bahawa kemiskinan amat dekat dengan kita. Selama enam hari bermula pada 22 hingga 27 Mei, LKKHPG menganjurkan tiga permainan berasaskan pengalaman yang unik dan tampak hidup di Infinitus Plaza, Hong Kong. Ia bertujuan untuk membolehkan warga Hong Kong yang sibuk mengalami kesengsaraan buta huruf, pencemaran air dan buruh kanak-kanak. Acara ini turut mengadakan permainan mini "Value of HKD 9", yang mengajar para peserta untuk menyedari bahawa walau hanya dengan mengorbankan snek, kita dapat mengubah kehidupan mereka yang mengalami kemiskinan.

Ini merupakan tahun ke-5 Infinitus Plaza berganding bahu dengan World Vision Hong Kong, sebuah pertubuhan amal antarabangsa, bagi menganjurkan acara penjagaan dan perlindungan alam sekitar kanak-kanak. Tahun ini, kedua-dua pihak memperluas usaha daripada penajaan tempat kepada penganjuran acara pengalaman yang menggalakkan penglibatan lebih tinggi daripada para hadirin. Lebih 400 orang mengambil bahagian dalam permainan ini dan hasilnya, berpuluh-puluh kanak-kanak kurang bernasib baik mendapat tajaan.

Selepas acara tersebut, World Vision Hong Kong menyampaikan sijil penghargaan kepada Infinitus Plaza, sebagai pengiktirafan sumbangannya kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, keluarga mereka serta masyarakat.

Jadilah pembersih jalan dan sampaikan hidangan penuh kasih sayang

Orang ramai sudah biasa dengan pembersih jalan dan pekerja sanitasi, namun hanya segelintir yang pernah merasai sendiri pekerjaan mereka. Pada akhir Mei lalu, lebih 50 sukarelawan daripada Infinitus (China) Company Ltd., anggota LKKHPG menjadi pembersih jalan selama satu hari. Mereka memungut sampah, membersihkan jalan dan mengutip sampah di Jalan Linhe, Daerah Tianhe, Guangzhou.

Menerusi usaha sama dengan para sukarelawan dan pembersih jalan, lebih 50 tong sampah dikumpul dan lebih 100 poster yang tidak mempunyai kebenaran telah ditanggalkan. Pada penghujung acara, para sukarelawan menghidangkan santapan dan menyampaikan hadiah untuk para pembersih jalan sebagai penghargaan terhadap kerja keras mereka. Sebuah "stesen khidmat masyarakat persatuan sukarelawan Infinitus" turut diwujudkan dan bertujuan untuk terus memberi penjagaan kepada masyarakat.

LKKHPG berdedikasi untuk menjadikan kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia. Penjagaan masyarakat ialah salah satu tanggungjawab sosial yang sentiasa digalas oleh kumpulan ini. Muhammad Yunus, pemenang Hadiah Nobel Keamanan, mengungkapkan kata yang tepat apabila beliau berkata: "Menjana wang ialah kebahagiaan. Membuat orang lain berasa gembira ialah kebahagiaan terulung." Selagi mana setiap anggota masyarakat menyebarkan lebih tenaga positif dalam kehidupan harian, perkampungan global kita akan menjadi jauh lebih indah.

Latar Belakang LKK Health Products Group: http://www.lkkhpg.com/
Ikuti kami melalui Facebook:
https://www.facebook.com/lkkhpg

Foto -  https://photos.prnasia.com/prnh/20170614/1875804-1-a
Foto - 
https://photos.prnasia.com/prnh/20170614/1875804-1-b

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility