omniture

Rheinkomet Bersinar untuk Grand Départ Düsseldorf 2017

City of Duesseldorf
2017-06-19 09:00 555

DUESSELDORF, 19 Jun 2017 /PRNewswire/ --

Acara kemuncak sempena permulaan Tour de France di ibu negeri

Berikutan kejayaan hebat pemasangan seni cahaya "Rheinkomet" ® di Menara Rhine Düsseldorf sempena Hari NRW pada bulan Ogos 2016 bagi menyambut ulang tahun ke-70 negeri North Rhine-Westphalia dan ibu negeri Düsseldorf, arca cahaya akan bersinar mulai 26 Jun hingga 2 Julai 2017 sempena bermulanya Tour de France di ibu negeri.

generated by system

Datuk Bandar Thomas Geisel: "Rheinkomet sememangnya menjadi kemuncak bagi permulaan Tour de France. Pemasangan cahaya yang mengagumkan oleh artis Klaus H.R. Gendrung dan DUS-Illuminated telahpun menggamit perhatian pengunjung pada Hari NRW – dan berkemungkinan merupakan motif foto paling popular untuk musim panas ini."

Ciri istimewa: Rheinkomet® ialah arca seni bina cahaya yang bergerak dalam ruang tiga dimensi. Turutan pergerakan bermula dengan pancaran cahaya terfokus dan pancaran cahaya seakan kipas kepada lingkaran heliks berputar serta pemecahan berhablur. Bagi tujuan ini, 54 lampu sorot Falcon Beam 2 dipasang pada platform menara televisyen teratas pada ketinggian 194 meter.

Pemprograman Movinglights dibuat menggunakan cahaya GrandMA 2 – ini membolehkan koreografi-koreografi berbeza disimpan terlebih dahulu dan dimainkan sebagaimana diperlukan. Sempena Tour de France, selain Rheinkomet klasik berwarna putih, kombinasi warna yang berikut akan turut dipaparkan:

• Warna-warna bandar Düsseldorf

• Warna-warna kebangsaan Perancis

• Warna-warna negeri North Rhine-Westphalia

• Warna-warna jersi Tour de France (kuning, hijau dan bintik polka putih-merah)

• Warna-warna Eropah (bintik-bintik biru-kuning)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Landeshauptstadt Düsseldorf  
Amt für Kommunikation  
Kerstin Jäckel-Engstfeld  
No. Telefon: +49211-8993131  
E-Mel: presse@duesseldorf.de  
http://www.duesseldorf.de

Source: City of Duesseldorf
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel