omniture

Ramadan Pertama yang Sangat Berjaya di Hilton Makkah Convention Hotel

Hilton Makkah Convention Hotel
2017-06-21 13:15 454

MEKAH, Arab Saudi, 21 Jun 2017 /PRNewswire/ --

Warga Saudi dan Golongan Wanita menjadi Tumpuan Projek Rintis

Hotel pertama seumpamanya di Mekah yang menggabungkan kemudahan untuk tetamu dan perniagaan, Hilton Makkah Convention Hotel, menganjurkan musim Ramadan pertama yang amat berjaya berikutan pelancarannya di Kota Suci ini pada April 2017, dengan lebih dua juta jemaah dari seluruh dunia dijangka mengunjungi Masjidil Haram tahun ini, dengan warga Indonesia, Pakistan dan India menjadi pengunjung antarabangsa terbesar.

generated by system

Menawarkan pemandangan menakjubkan Masjidil Haram Mekah yang mengelilingi Kaabah, hotel ini menyediakan pusat konvensyen dibina khas yang dapat menempatkan lebih 1,600 orang pada satu-satu masa, sesuatu yang unik di rantau ini, menjadikannya destinasi utama untuk para tetamu mengunjungi kota suci hasil keunikan dan pelbagai kemudahan yang ditawarkan.

Pengurus Besar hotel Hilton lima bintang ini, Mark Allaf, mengulas tentang cabaran mengendalikan kemudahan unik sedemikian di Kota Suci Mekah, dengan berkata, "Ini sememangnya satu pelancaran rintis untuk Arab Saudi dan Timur Tengah umumnya.

"Tahun ini, bulan Ramadan dan musim Haji adalah penting buat kami, dan suatu cabaran yang amat kami nantikan menjelangnya ketibaan Bulan Suci. Berikutan pelancaran hotel kami pada bulan April, bulan Ramadan memberikan peluang penting untuk menggabungkan perjalanan keagamaan dengan perniagaan."

"Semua pihak yang terlibat, termasuk Hilton dan pihak kerajaan, berkongsi matlamat keseluruhan dalam usaha membantu mengubah perspektif Mekah untuk merangkumkan segmen perniagaan."

Menjelang tahun 2025, lebih 30 juta jemaah antarabangsa dijangka mengunjungi Mekah semasa Bulan Suci, meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan outlet hospitaliti seperti Hilton Makkah Convention Centre. Menyediakan 764 bilik dan suit, hotel ini turut menyediakan pelbagai portfolio outlet makanan & minuman (F&B) demi memenuhi kehendak tetamu dan pengunjung Mekah yang lain, di samping mengekalkan piawaian kelas pertama.

Selain itu, proses perekrutan dijalankan secara intensif beberapa bulan kebelakangan ini, dengan matlamat untuk menggaji sekurang-kurangnya 40% ahli kakitangan negara Arab Saudi. En. Allaf turut mendedahkan bahawa sekitar 25% tenaga kerja di hotel ini ialah wanita.

Beliau menambah, "Peluang-peluang positif untuk golongan wanita muda berbakat di Arab Saudi berubah dengan begitu pantas dan kami menjadi sebahagian daripadanya."

"Kami ingin menggalakkan individu-individu berbakat ini untuk menjadi pemimpin masa depan, dan setakat ini, kami mendapat reaksi luar biasa daripada mereka demi membantu menjadikan projek rintis ini suatu kejayaan."

Maklumat Perhubungan Akhbar:
Maysan Abdulmajeed
Emel: maysanabdulmajeed@sevenmedia.ae
No. Telefon: +971-50-274-9353

Source: Hilton Makkah Convention Hotel
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services Women-related news