omniture

Khidmat M2M IP Thuraya Dilancar Hubungkan Internet Komunikasi Benda Jarak Jauh

Perkhidmatan baharu mendayakan aplikasi dalam sektor utiliti, logistik, minyak dan gas serta tenaga boleh diperbaharui
Thuraya Satellite Telecommunications Company
2017-06-21 16:23 604

DUBAI, UAE, 21 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Thuraya Telecommunications Company hari ini mengumumkan pelancaran Perkhidmatan M2M IP Thuraya untuk menyokong aplikasi mesin-ke-mesin (M2M) dengan jumlah dan daya pemprosesan yang tinggi. Perkhidmatan ini dikuasakan oleh rangkaian IP dua hala dan masa sebenar Thuraya dengan tahap kelajuan sehingga 444 Kbps, platform Pengurusan Terminal Jarak Jauh (RTM) terkini dan juga terminal IP+ Thuraya.

generated by system

Perkhidmatan baharu ini melanjutkan keupayaan terminal IP+ Thuraya yang berjaya bagi menyokong pelbagai aplikasi M2M yang lebih luas. Ia dibangunkan demi memastikan komunikasi yang cekap antara peranti dan untuk kawalan serta penyatuan data daripada peralatan berjarak jauh. Perkhidmatan ini menyasarkan beberapa sektor termasuk minyak dan gas, utiliti, tenaga boleh diperbaharui, perbankan dan juga kerajaan.

Platform RTM menyediakan himpunan ciri pengurusan ketersambungan beraneka termasuk pemantauan penggunaan, kawalan sambungan, pengurusan sesi tidak normal, pembatasan wilayah (geo-fencing), pengurusan tembok api, graf serta carta trafik penggunaan. Ciri-ciri pengurusan perantinya membolehkan pengguna melihat kedudukan terminal terhubung, kekuatan isyarat dan status semasa. Pengguna juga boleh membut semula dan mengkonfigurasi terminal secara jarak jauh.

Pemangku Ketua Pegawai Komersial Thuraya, Rashid Baba berkata: "Peningkatan aplikasi IoT dan penggunaan M2M telah mencetuskan peningkatan permintaan dalam beberapa sektor terhadap aplikasi dengan daya pemprosesan lebih tinggi yang diatur melalui satelit. Antara penyelesaian ini termasuk penangkapan video dan imej bagi tujuan pengawasan dan keselamatan; aplikasi masa sebenar minyak dan gas; sambungan penutup auto Unit Terminal Jarak Jauh (RTU) grid pintar, dan pengawasan ladang angin serta solar. Perkhidmatan M2M IP Thuraya dapat memenuhi keperluan ini sambil membawa kecekapan operasi ke tahap serba baharu untuk pelanggan kami dengan mengurangkan jumlah kos milikan serta operasi bagi aplikasi dan perkhidmatan IoT mereka."

Perkhidmatan M2M IP Thuraya meningkatkan rangkaian produk M2M Thuraya dengan memenuhi keperluan pasaran terhadap aplikasi M2M yang amat memerlukan jalur lebar. Ia membolehkan pengguna menghantar sejumlah data yang banyak setiap bulan, menawarkan penyelesaian boleh diskala untuk ketersambungan SCADA berjumlah tinggi, kawalan aset jarak jauh serta keperluan telemetri yang lain.

Rashid Baba menambah: "Pengumuman kami untuk menyertai LoRa Alliance meningkatkan momentum selanjutnya kepada aspirasi M2M Thuraya. Kami sedang memperluas perkhidmatan dan penyelesaian kami untuk segmen-segmen seperti ketersambungan IoT dan M2M luar bandar, kargo dan perkapalan, pertanian pintar dan pemeteran pintar. Perkhidmatan M2M IP Thuraya ialah salah satu komponen penting dalam rancangan keupayaan FUTURA kami yang menarik, selain meletakkan kami dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan pasaran dengan berkesan."

Source: Thuraya Satellite Telecommunications Company
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Oil/Energy Utilities New products/services