omniture

Menghimpunkan syarikat-syarikat terkemuka peralatan runcit dan teknologi dunia, CHINASHOP 2017 bantu peruncit Asia ambil peluang industri

CHINASHOP
2017-06-22 09:00 590

CHONGQING, China, 22 Jun 2017 /PRNewswire/ -- CHINASHOP 2017 akan dibuka dari 2 hingga 4 November di Pusat Ekspo Antarabangsa Chongqing, serentak dengan Persidangan Runcit Kebangsaan China, persidangan terbesar dan paling berwibawa di China, di mana para peserta membincangkan pembangunan yang sedang dilaksanakan di seluruh industri runcit dan merangka tindakan untuk masa hadapan industri runcit bersama pengilang-pengilang peralatan dan penyedia teknologi terkemuka dunia.

A.T. Kearney yang berpangkalan di Amerika Syarikat menyenaraikan negara-negara sedang membangun bagi pelaburan runcit dalam senarai teratas Indeks Pembangunan Runcit Global 2017 (GRDI). China, India, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Vietnam dan Indonesia telah tersenarai dalam kedudukan 10 teratas pasaran runcit dunia, menunjukkan potensi besar dalam sektor peruncitan Asia.

Hari ini, para peruncit perlu mempertingkatkan operasi mereka di seluruh bidang supaya perubahan dan penambahbaikan jelas kelihatan kepada semua yang membeli di kedai. Bukan sekadar menjual produk berkualiti dengan harga berpatutan tetapi juga melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan kepada peralatan dan teknologi di dalam kedai.

Berbanding dengan rakan-rakan runcit di Asia, CHINASHOP adalah pameran runcit utama di wilayah ini dari segi saiz kawasan pameran, jumlah peserta pameran dan acara-acara di tapak pameran, dengan acara bagi 90,000 meter persegi yang dirancang bagi tahun 2017. Seramai 800 pengilang-pengilang utama dunia merangkumi semuanya bermula dengan peralatan runcit kepada teknologi, rekaan komersil, rangkaian logistik suhu rendah dan komoditi terpilih akan menghadiri pameran ini, termasuk Wanzl, IBM, Honeywell, Datalogic, Panasonic, Haeir, iBoxPay, Shanyuang, Yongguan dan Xiongdi. Para peserta pameran merancang untuk memaparkan beribu produk dan penyelesaian terbaik, termasuk rak penyimpanan, pedati tangan, bakul membeli-belah, peti sejuk, peranti POS, sistem pembayaran mudah alih, perisian pengurusan, juruwang layan diri, RFID, lampu dan dekor kedai. Mereka juga akan mencari rakan kongsi dari seluruh dunia di pameran ini, membantu peruncit-peruncit dari Asia meningkatkan pengurusan kedai untuk mengambil peluang sedia ada yang dibawakan oleh transformasi yang dilaksanakan di seluruh industri peruncitan dengan lebih berkesan.

CHINASHOP 2017 menjangkakan lebih daripada 50,000 pelawat profesional dari seluruh dunia, yang mana 40 peratus daripada mereka adalah dari operasi peruncitan dan hampir 60 peratus merupakan pihak pengurusan atau mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. CHINASHOP ialah platform terbaik untuk berhubung dengan peruncit-peruncit Cina, mencari rakan-rakan kongsi dan mengembangkan perniagaan di China. Jumpa anda di pameran ini nanti.

Pertanyaan mengenai pameran:

En. Jason Guo, +86-10-68014991, gh@ccfa.org.cn 
Cik Monica Zhao, +86-10-68394131, zyz@ccfa.org.cn

Source: CHINASHOP
Keywords: Retail New products/services Trade show news