omniture

Mia Oenoto teroka sains alam sekitar di XJTLU

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2017-06-22 14:44 699

JAKARTA, Indonesia, 22 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Mia Oenoto dari Jakarta, Indonesia kini belajar Sarjana Muda Sains Alam Sekitar di Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool di Suzhou, China.

Ibu Mia mengilhami beliau untuk memberi tumpuan kepada isu alam sekitar
Ibu Mia mengilhami beliau untuk memberi tumpuan kepada isu alam sekitar

"Ia adalah subjek antara disiplin," kata beliau, "Saya perlu tahu tentang undang-undang, hubungan antarabangsa, dan sains. Ada ketikanya ia mencabar, tetapi saya betul-betul sukakannya."

Mia mendapat pendidikan sekolah menengah di Jakarta, ibu negara Indonesia dan sebuah bandaraya yang berpenduduk padat. Pada awalnya, dia merancang untuk belajar undang-undang atau perubatan di universiti, tetapi tertarik kepada bidang sains alam sekitar melalui pengaruh ibunya.

"Saya belajar kewangan dan perakaunan semasa di peringkat siswazah," kata Mia, "Saya rasa sekiranya sains alam sekitar ada ditawarkan sebagai mata pelajaran utama semasa dia mengambil ijazah sarjana, beliau tentu akan mengambilnya."

Ibu Mia bekerja sebagai akauntan. Belia berkongsi cintanya terhadap alam bebas dan kebimbangannya terhadap isu alam sekitar bersama Mia, memberikan Mia buku-buku tentang perubahan cuaca yang ditulis oleh Al Gore semasa beliau masih remaja.

"Beliau menyuruh saya membaca buku-buku tersebut untuk memperbaiki Bahasa Inggeris saya," kata beliau. "Saya rasa sebab sebenar ialah untuk meningkatkan kesedaran saya terhadap pemanasan global. Ibu menggalakkan saya untuk berfikir tentang masa hadapan dan bagaimana saya boleh menyumbang kepada masa depan, dan bukan sekadar untuk mencari pekerjaan dan mendapat wang."

Pada tahun 2015, Mia mewakili XJTLU di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Paris, Perancis, di mana para perwakilan dari lebih 190 buah negara berbincang tentang pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang mencemar udara dan menyumbang kepada pemanasan global. Dia juga menyampaikan Pengisytiharan Iklim Belia kepada Persidangan Belia Antarabangsa yang berlangsung sebelum persidangan utama bermula.

Ibu Mia lah yang memberi risalah pertama dari XJTLU di mana beliau membaca tentang modul-modul yang kemudiannya beliau pelajari sebagai sebahagian daripada BSc Environmental Science (Sarjana Muda Sains Alam Sekitar).

"Kami bukan hanya membaca artikel jurnal," kata Mia, "Kami membaca dokumen sebenar yang menjadi asas sesebuah perjanjian antara negara-negara tentang bagaimana untuk menghalang perubahan iklim."

"Jabatan ini menggabungkan beberapa perspektif berbeza dan bekerjasama dengan jabatan-jabatan lain termasuk Sains Biologi dan Fakulti Perniagaan," beliau menyambung, "Kami telah mengadakan kuliah tetamu oleh akademik dari Perancangan Bandar dan Reka Bentuk dan Seni Bina."

Ditubuhkan dalam tahun 2006, Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool ialah sebuah universiti kerjasama antarabangsa terbesar di China, sebuah perkongsian antara Universiti Xi'an Jiaotong dan University of Liverpool.

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20170621/1881345-1

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Education Higher Education Environmental Issues