omniture

Asia Plantation Capital Bangga Sokong Acara Pengurusan Kekayaan Filipina Hubbis

Asia Plantation Capital
2017-06-22 16:07 812

MANILA, Filipina, 22 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Asia Plantation Capital berbangga menjadi penaja bagi acara Pengurusan Kekayaan Filipina Hubbis yang berlangsung di Shangri-La Hotel, terletak di daerah kewangan Makati, Manila pada 25 Mei 2017.

Hubbis ialah sebuah syarikat yang mengkhusus dalam menyediakan institusi-institusi pengurusan kekayaan dengan kandungan dalam talian serta latihan berkualiti. Acara-acara yang dijalankan oleh Hubbis berjaya menarik para penasihat kekayaan paling berpengalaman di rantau ini merentasi spektrum pelabur dan pakar industri yang luas – bermula daripada institusi, keluarga dan pejabat pelaburan persendirian, kepada individu-individu dengan nilai bersih ultra tinggi.

Asia Plantation Capital ialah syarikat Pelaburan perhutanan tani pertama yang dijemput oleh Hubbis untuk turut serta dalam salah satu acaranya, dan bukan suatu yang menghairankan apabila kehadirannya telah mencetuskan rasa ingin tahu dan minat yang tinggi. Hampir 300 delegasi bersemangat untuk mengetahui tentang syarikat pengurusan ladang yang memenangi anugerah ini dan mempelajari dorongan serta proses di sebalik model perniagaan bersepadu secara menegak yang utama dalam industri ini. Ramai berasa tertarik untuk mengetahui apa sebenarnya yang dilakukan oleh APC dan bagaimana syarikat gergasi industri yang telah bertapak kukuh ini mencapai tahap kejayaan begitu tinggi.

Asia Plantation Capital diwakili oleh Pengarah Pembangunan Perniagaan, Asia Pasifik, En. John Berry, yang menjelaskan kepada para delegasi tentang keperluan yang semakin meningkat terhadap kepelbagaian portfolio, dan betapa pentingnya menyertakan aset perhutanan dalam portfolio sedemikian pada detik pelaburan bersejarah ini. En. Berry menjelaskan mengenai rekod prestasi cemerlang bagi sektor pelaburan perhutanan, yang mempunyai perkaitan risiko/ganjaran yang amat positif selama bertahun-tahun, serta lindung nilai yang sangat baik berbanding profil pelaburan berasaskan aset yang lebih bersifat tradisional.

Beliau turut berbangga kerana berpeluang memperincikan etos dan nilai syarikat – iaitu kelestarian, tanggungjawab sosial korporat dan sifat menghormati alam sekitar. Asia Plantation Capital memberi kesan positif terhadap semua masyarakat yang berada di dalam dan sekeliling operasi ladangnya, dengan menunjukkan rasa hormat terhadap tradisi tempatan, selain memastikan pekerja dan ahli-ahli keluarga mereka terdidik dari segi hal-hal perniagaan yang bertanggungjawab, di samping turut memikul peranan sebagai penjaga alam sekitar. Bukan sahaja Asia Plantation Capital menggaji para pekerjanya dengan murah hati, bahkan ia turut mengajar mereka tentang teknik-teknik pertanian moden dan perladangan termasuk proses-proses penanaman selang dan penanaman selingan yang membolehkan mereka terus menambah sumber pendapatan mereka.

Setelah kolaborasi pertama yang berjaya ini, Asia Plantation Capital dan Hubbis berharap dapat berganding bahu sekali lagi pada masa depan untuk menganjurkan lebih banyak acara, dan acara seterusnya dijadual berlangsung pada 13 Julai 2017 di Hilton Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Nota Untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
Emel:
zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +6012 203 5344

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Group ialah pengendali dan syarikat pengurusan ladang lestari yang merangkul pelbagai anugerah; menjalankan projek di empat benua serta mempunyai tenaga kerja global melebihi 2,000 kakitangan. Sebagai peneraju pasaran dalam industri ini, Lembaga Penasihat Saintifiknya terdiri daripada ahli akademik terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu) yang bersama-sama membangunkan dan mempatenkan teknologi serta sistem yang terunggul dalam industri ini.

Dengan fokus terhadap projek-projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu secara vertikal yang menawarkan gabungan faedah antara komersial, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital telah membangunkan sebuah syarikat 'tiga dimensi penilaian keuntungan' yang berjaya serta dinamik.

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Paper/Forest Products/Containers