omniture

UST Global Raih Anugerah Golden Globe Tigers 2017 bagi 'Kecemerlangan dan Kepimpinan dalam Tanggungjawab Sosial Korporat'

UST Global
2017-06-22 22:23 599

ALISO VIEJO, California, 22 Jun 2017 /PRNewswire/ --

UST Global, sebuah syarikat perkhidmatan teknologi digital terkemuka yang berpangkalan di AS, hari ini mengumumkan ia merupakan pemenang yang membanggakan bagi Anugerah Golden Globe Tigers, 2017, buat tahun ketiga berturut-turut bagi kategori 'Kecemerlangan dan Kepimpinan dalam Tanggungjawab Sosial Korporat'. Anugerah ini juga mengiktiraf penyelesaian pintar UST Global dalam usaha mengubah kehidupan menerusi teknologi. Anugerah ini disampaikan baru-baru ini dalam sebuah majlis yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.

generated by system

UST Global komited untuk menghidupkan moto utamanya iaitu 'Mengubah Kehidupan' menerusi pelbagai inisiatif sosial pilihannya. Melangkaui pendekatan sekadar 'penulisan cek', agenda sosial syarikat menggalakkan penglibatan aktif para kakitangannya dalam menyumbang kepada aktiviti amal. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, syarikat menumpu pada empat segmen utama, iaitu pemerkasaan kanak-kanak melalui pendidikan; pembangunan masyarakat melalui penjagaan kesihatan dan inisiatif hijau & bersih; pemerkasaan golongan wanita; dan juga pemerkasaan individu kelainan upaya terhadap kebolehgajian.

Mengulas tentang kemenangan ini, Alexander Varghese, Ketua Pegawai Pentadbiran dan Ketua Negara, UST Global, berkata, "Sememangnya ia merupakan detik membanggakan buat UST Global untuk meraih Anugerah Golden Globe Tigers, 2017, buat tahun ketiga berturut-turut bagi mengiktiraf Kecemerlangan dan Kepimpinan kami dalam Tanggungjawab Sosial Korporat. Visi kami dalam melaksanakan inisiatif mampan ini adalah untuk mengubah kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dan individu-individu yang memerlukan dalam masyarakat, dan kami berharap dapat terus melaksanakan inisiatif ini. Kepercayaan kami dalam mewujudkan era baharu bagi modal sosial, peluang pekerjaan dan terlibat dalam suatu aktiviti yang lebih tinggi nilainya berbanding kami sentiasa menjadi panduan kejayaan kami."

Terdahulu, pasukan HR UST Global pernah meraih Anugerah Golden Globe Tigers bagi Kecemerlangan Sumber Manusia dalam Kepelbagaian dan Pengukuran Impak pada tahun 2015 dan Amalan Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik pada tahun 2016. Anugerah Golden Globe Tigers menyediakan satu platform bertaraf antarabangsa bagi mengiktiraf organisasi dan pemimpin industri di seluruh Asia atas komitmen mereka terhadap kecemerlangan dalam segmen Pemasaran, Kualiti, Penjenamaan, CSR & Inovasi Sosial, Pendidikan & Akademik.

Latar Belakang UST Global 

UST Global ialah sebuah syarikat perkhidmatan teknologi digital utama yang menyediakan penyelesaian hebat kepada syarikat-syarikat Global 1000. Misi UST Global adalah untuk membimbing syarikat-syarikat melalui transformasi digital yang kritikal untuk memacu nilai perniagaan yang lebih tinggi. UST Global mengkhusus dalam perkhidmatan digital enam generasi akan datang - reka bentuk, keselamatan siber, mudah alih, sosial, analitik dan awan. Dikuasakan oleh mantera 'sedikit pelanggan, lebih perhatian', UST Global berusaha mencapai kecemerlangan bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan komitmen terhadap kejayaan jangka panjang. Beribu pejabat di Aliso Viejo, California, UST Global mempunyai lebih 17,000 syarikat bersekutu; beroperasi di 25 negara merentasi empat benua.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ust-global.com 


Maklumat Perhubungan Media:
Manoj M Mani
Manoj.Mattamana@ust-global.com
+91-9632000553

Bahagian Perhubungan Media
Media.Relations@ust-global.com

Source: UST Global
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Awards Corporate Social Responsibility