omniture

Plateno Group buka lebih 1,300 hotel di rantau Jalur dan Jalan, tingkat keyakinan pelabur dengan kecekapan menyeluruh

Plateno International
2017-06-23 16:00 722

GUANGZHOU, China, 23 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Inisiatif Jalur dan Jalan telah merangsang pertumbuhan pasaran pelancongan luar dan dalam negara China. Menurut statistik, Plateno Group telah membuka lebih daripada 1,300 buah hotel di rantau Jalur dan Jalan, dengan kadar penginapan yang tinggi dan momentum yang kukuh.

7 Days Premium Kuta Bali, Indonesia
7 Days Premium Kuta Bali, Indonesia

Plateno Group mempunyai lebih 1,000 hotel yang sudah beroperasi atau masih dalam pembangunan di rantau Jalur dan Jalan.

Sebagaimana yang diketahui umum, Inisiatif Jalur dan Jalan ini adalah singkatan kepada Inisiatif Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Jalur Sutera Maritim Abad ke-21, merangkumi sejumlah 18 buah daerah, wilayah autonomi dan majlis perbandaran dikawal penuh di China. Sementara itu, China telah menyelesaikan beberapa perjanjian tanpa visa dengan 46 buah negara dan wilayah di sepanjang Jalur dan Jalan. Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan menghitung lebih daripada 25 juta pelancong yang menyertai pertukaran pelancongan antara China dan negara-negara di sepanjang "Jalan Sutera" dan ia menjangkakan 85 juta pelancong di sepanjang Jalan Sutera akan tertarik dengan China di sepanjang "Pelan Lima Tahun ke-13" dan kira-kira 110 bilion AS akan digunakan dalam pelancongan, dengan peluang pembangunan baharu bagi industri perhotelan.

Buat masa ini, jenama-jenama hotel di bawah kumpulan Plateno Group telah mula beroperasi terutamanya di rantau Jalur dan Jalan termasuk Portofino Hotels & Resorts, Xana Hotelle, James Joyce Coffetel, ZMAX Hotels, Lavande Hotels, Chonpines Hotel, Hampton by Hilton, 7 Days Inn, 7 Days Premium Hotel, IU Hotel and PAI Hotels, terletak di dalam dan di seluruh negara di sepanjang Jalur dan Jalan, seperti China, Indonesia, Thailand, Filipina, Malaysia, Kemboja dan Sri Lanka dengan jumlah hotel melebihi 1,300 buah. Hotel-hotel ini bukan hanya memacu pembangunan pelancongan tempatan dan industri perhotelan, malahan mereka juga memberikan pengalaman yang dipertingkatkan kepada pelancong-pelancong yang melancong di sekitar rantau Jalur dan Jalan. Menerusi hubungan hotel-hotel sekutu dengan Plateno, melalui khidmat yang diperibadikan daripada jenama, kemudahan perisian dan peralatan berbeza, hotel-hotel ini mewujudkan pengalaman melancong berkualiti tinggi kepada para pelanggan.

Selain daripada memberikan pengalaman yang lebih baik kepada para pelanggan, Plateno Group juga aktif dalam mengembangkan pasaran tempatan dan luar negara. Sejak tahun 2014, Plateno Group telah membuka sebuah pejabat Jakarta di Indonesia, pejabat Nairobi di Kenya secara berturutan, untuk menyediakan sokongan bagi perkembangan perniagaan di kawasan sepanjang laluan dari Asia Tenggara ke Afrika. Mereka juga telah menubuhkan pejabat Berlin di Jerman untuk menyokong pembangunan perniagaan di Eropah Tengah dan Timur.

7 Days Premium Vienna, Austria
7 Days Premium Vienna, Austria

Di Asia Tenggara, Plateno telah menandatangani lebih daripada 15 projek hotel di Indonesia, Thailand dan Kemboja pada awal tahun 2017. Di Eropah, Plateno telah menandatangani projek-projek hotel di Jerman, Austria dan Itali, dan juga mengadakan rundingan lanjutan untuk hotel-hotel baharu di Belarus, Poland, Republik Czech dan Hungary. Buat masa kini, Plateno Group mempunyai lebih 400 hotel sekutu yang sedang dibangunkan di rantau Jalur dan Jalan.

Kecekapan keseluruhan Plateno Group tingkat keyakinan penerima francais.

Disebabkan oleh peningkatan jumlah pelancong keluar dan masuk negara ini, penggunaan pelancongan di negara-negara dan bandar-bandar di rantau Jalur dan Jalan kini meningkat dengan ketara. Dengan memberikan peluang baik kepada industri pelancongan bagi pembangunan dan pelaburan hotel, Plateno meningkatkan keyakinan para pelaburnya dengan kecekapan menyeluruh dari segi skala, keanggotaan, rantaian bekalan, dan lain-lain.

Pada tahun 2015, Plateno bergabung dengan Ctrip dalam pelaburan strategik di eLong, menjadikannya salah satu rakan kongsi terdekat OTA dalam industri perhotelan China. Dalam tahun yang sama, dua syarikat gergasi Plateno Group dan Jinjiang International Group bergabung, menjadi sebuah kumpulan hotel Cina yang menduduki tangga ke-5 teratas di kalangan kumpulan-kumpulan hotel dunia. Pada bulan Januari 2017, penyepaduan pangkalan data ahli-ahli Plateno dan Jinjiang telah mencapai kemajuan, mewujudkan keanggotaan bersama melebihi 100 juta ahli. Ahli-ahli berhak untuk menikmati pengalaman di beberapa jenama hotel, dan pelaburan francais hotel-hotel sekutu Plateno, dan berhak untuk menggunakan platform keanggotaan sebagai saluran penting untuk sumber pelanggan. Dalam aspek rantaian bekalan, Plateno telah mewujudkan platform perolehan sehenti bekalan hotel dan berusaha untuk menonjolkan kelebihan perkhidmatan dalam produk, logistik, penghantaran, harga dan lain-lain dengan menyasarkan masalah para pelabur.

Plateno Group telah dianugerah sebagai salah sebuah Syarikat-Syarikat Membangun Global yang diiktiraf oleh Forum Musim Panas Davos 2014, dan tersenarai dalam "50 Syarikat Paling Inovatif di China" ("The 50 Most Innovative Companies in China") diiktiraf oleh Fast Company, sebuah majalah komersil Amerika, pada tahun 2014 dan 2015.

Dibandingkan dengan suku pertama tahun 2016, Plateno Group telah mencapai peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 79 juta USD dalam pendapatan, dan 12.1% peningkatan dalam RevPAR. Kadar penginapan hotel juga telah meningkat dengan ketara dalam suku pertama tahun 2017.

Hubungi Plateno Group
Talian Penting: +86 20 89115109
Emel: international@platenogroup.com
Lawan Sesawang: www.platenogroup.com

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20170621/1881511-1-a
Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20170621/1881511-1-b

Source: Plateno International
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Retail Travel Corporate Expansion