omniture

Deer Jet: Di mana Destinasi 787 Dream Jet Seterusnya?

Deer Jet
2017-06-26 08:26 859

BEIJING, 26 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Pada September 2016, 787 Dream Jet pertama dunia membuat penerbangan pertamanya ke Hong Kong dan menjadi sebahagian daripada kumpulan kapal penerbangan yang diuruskan oleh Deer Jet. Sebaik sahaja berada di bawah pengurusan Deer Jet, hasil karya agung kejuruteraan dan reka bentuk manusia ini bertukar menjadi sebuah objek seni. Siri Pameran "Dream Bertemu Dunia" telah mempamerkan kehalusan hasil pertukangan yang digunakan untuk mencipta Dream Jet, yang mendapat pujian daripada pengembara kelas perniagaan premium global. Dengan menggunakan 787 Dream Jet sebagai sebuah platform, Deer Jet telah bekerjasama dengan jenama hospitaliti mewah terpilih seperti Waldorf Astoria dan St. Regis, melancarkan pengalaman pengembaraan tempahan khas untuk para pelanggan di seluruh dunia.

787 Dream Jet didaftarkan sebagai 2-DEER
787 Dream Jet didaftarkan sebagai 2-DEER

Dreams Berkembang Mekar Seluruh Dunia

Sejak tahun 2016 sehingga kini, 787 Dream Jet telah meninggalkan jejaknya di serata dunia.

Baccarat di dalam kabin 787 dream jet
Baccarat di dalam kabin 787 dream jet

Pada bulan November 2016, 787 Dream Jet telah bertukar menjadi istana budaya dan seni yang mempamerkan lambang ketamadunan Cina dan warisan dunia di Shanghai yang ikonik.

Pada bulan Mei 2017, 787 Dream Jet terbang ke Seattle, tempat kelahirannya, untuk menandakan satu detik bersejarah dalam perniagaan penerbangan sewaktu pameran di Muzium Penerbangan.

Kabin di Marrakech
Kabin di Marrakech

Pada bulan Mei 2017, 787 Dream Jet mendarat di "Bandar Merah", Marrakech untuk mempamerkan dunia kehalusan seni pertukangan Morocco.

Dari London, Dublin ke Doha, 787 Dream Jet mempamerkan falsafah Deer Jet "Menjadikan Pengembaraan Sebuah Seni" menerusi perkhidmatan yang terbaik dalam kelasnya yang bukan sekadar sebuah slogan tetapi sebuah janji untuk memberikan pengalaman yang menakjubkan kepada para pelanggan.

Temui Dreams di Hentian Seterusnya, Paris

Antara 28-30 Jun, Deer Jet akan mempamerkan "Art the vivre" Paris dengan kolaborasi jenama mewah warisan Perancis.  Kabin 787 Dream Jet bakal bertukar menjadi galeri seni, rekaan dan seni pertukangan yang dihiasi dengan kristal Saint-Louis, arca Dumonteil, porselin Sevres dan barangan perak Puiforcat.

Di Paris, dreams bakal bertemu fesyen dan seni. Nantikan pameran yang tidak tandingan

Di pameran Paris, para tetamu akan mendapat peluang untuk menikmati sendiri rekaan dalaman 787 Dream Jet, dan Deer Jet akan memberikan siaran langsung pameran di platform media untuk tontonan seluruh dunia bagi menyaksikan pengalaman sekali seumur hidup yang menjadikan impian lebih dekat kepada semua orang di seluruh dunia untuk dinikmati.

Tafsiran baharu impian bakal diumumkan.  Sertai kami!

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170623/1883563-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170623/1883563-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170623/1883563-1-c

Source: Deer Jet
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Transportation Travel