BASINGSTOKE, England, 27 Jun 2017 /PRNewswire/ --
54% ingin guna realiti maya agar mereka dapat melihat rupa mereka ketika memakai pakaian
97% pengguna di China ingin menggunakan teknologi futuristik apabila mereka membeli belah di taman-taman tema, menurut kajian yang dijalankan oleh Omnico.
54% ingin menggunakan set kepala realiti maya (VR) agar mereka dapat melihat bagaimana rupa mereka apabila memakai pakaian dan aksesori lain, manakala 36% ingin menggunakan perisian realiti berperantara agar dapat menghidupkan produk melalui telefon pintar mereka. Angka-angka ini adalah sebahagian daripada Barometer Taman Tema Omnico kedua, yang meninjau harapan 200 pengguna dari China, Malaysia dan Jepun yang pernah mengunjungi taman tema dalam tempoh dua tahun lalu.
"Terdapat minat yang luar biasa di China terhadap teknologi untuk menjadikan kunjungan ke taman tema suatu yang lebih mudah dan menarik – khususnya apabila melibatkan beli belah," kata Mel Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif, Omnico. "Meskipun terdapat perbezaan antara negara-negara ini, wujud permintaan yang jelas terhadap pengalaman yang lebih terhubung dan bersepadu, yang perlu dilaksanakan oleh pihak pengendali taman tema."
Keputusan ini menunjukkan hanya 16% pengunjung Jepun dan 31% pengunjung Malaysia berminat menggunakan VR untuk melihat rupa mereka ketika memakai pakaian atau barangan. Angka-angka yang diperoleh juga lebih rendah bagi penggunaan realiti berperantara melalui telefon pintar. Hanya 13% pengunjung Jepun dan 16% pengunjung Malaysia menyatakan mereka ingin mencuba teknologi ini.
Teknologi peruncitan futuristik yang paling menarik untuk pengunjung Jepun ialah kios swaimbas (33%), manakala penunjuk digital merupakan teknologi paling popular dalam kalangan pengunjung Malaysia (38%).
Apabila ditanyakan perkara yang boleh menjadikan suatu kunjungan itu lebih mudah, 89% pengunjung Cina, 75% pengunjung Jepun dan 61% pengunjung Malaysia berkata jadual perjalanan aplikasi telefon pintar yang diperibadikan adalah jawapannya, manakala bagi 71% pengunjung Cina, 62% pengunjung Jepun dan 55% pengunjung Malaysia, kebolehan membuat prabayar makanan adalah jawapannya.
Beratur untuk permainan tunggangan muncul sebagai kebimbangan terbesar bagi ketiga-tiga penduduk negara ini (purata 54%). Apabila mereka ditanya bagaimana untuk mereka menerima maklumat terkini pada masa sebenar dan membuat tempahan untuk permainan tunggangan (atau restoran), 70% responden Jepun, 66% responden Cina dan 58% responden Malaysia berkata mereka ingin menggunakan aplikasi pada telefon atau tablet mereka sendiri, memperlihatkan keinginan untuk menggunakan teknologi bagi mengelakkan daripada beratur.
Latar Belakang Omnico:
Teknologi berasaskan Awan daripada Omnico memberi kuasa kepada POS dan penyelesaian penglibatan pelanggan dalam sektor-sektor peruncitan, destinasi dan juga hospitaliti.
Laporan penuh - http://www.omnicogroup.com/insights