omniture

Jolywood Lancar Piawaian Pengujian Sel Dwimuka Bersama TUV NORD dan CPVT

Jolywood (TaiZhou) Solar Technology Co. Ltd.
2017-06-29 09:11 702

WUXI, China, 29 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Jolywood (Taizhou) Solar Technology Co. Ltd (Jolywood), peneraju bagi penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan pemasaran Produk Solar Dwimuka jenis-N telah berkolaborasi dengan TUV NORD dan Pusat Penyeliaan dan Pemeriksaan Kualiti Produk Fotovolta Solar Kebangsaan (CPVT) bagi mewujudkan piawaian pengujian awal untuk produk solar dwimuka.

Sel solar dwimuka jenis-N membawakan ciri tanpa LID, respons iluminasi lemah kuat, pekali suhu lebih rendah dan degradasi, dsb. Menerusi ciri-ciri semula jadi ini dan penjanaan kuasa tambahan dari sisi yangjarang digunakan, produk Dwimuka jenis-N Jolywood adalah lebih cekap secara keseluruhannya berbanding modul muka P-perc. Namun begitu, sebelum ini, belum ada piawaian pengujian yang seragam untuk produk ini.

Proses pengujian berdepan dengan masalah dan perlu ditangani dengan kadar segera, bukan hanya kerana terdapat perbezaan ketara antara pembeli dan penjual dalam menentukan kalibrasi kuasa, yang menyekat pengkomersialan produk dengan serius, tetapi juga disebabkan nilai nominal muktamad kuasa modul dwimuka akan memberikan kesan langsung kepada reka bentuk sistem pada stesen kuasa terminal.

Jolywood, TUV NORD dan CPVT mengadakan "Seminar tentang Kaedah Pengujian Modul Sel Solar Dwimuka" di Wuxi, China bagi menangani masalah ini. Berdasarkan pengujian luar jangka panjang, pengesahan penyelidikan makmal dan pengumpulan data, kaedah pengujian I-V pada awalnya disahkan selepas perbincangan tentang modul sel solar dwimuka, termasuk keadaan ujian, kaedah dan proses ujian, keperluan nominal untuk papan nama modul, laporan ujian dan elemen berkaitan yang lain. Dalam masa yang sama, nilai disyorkan bagi piawaian sepadan telah dicadangkan mengikut tapak pemasangan berbeza.

Liu Yong, Ketua Pegawai Eksekutif Jolywood Solar Technology berkata: "Ini merupakan langkah ke hadapan yang penting untuk Jolywood. Kami menjangkakan ia dapat membawa kejayaan komersial. Jolywood komited dalam menggalakkan pengurangan kos selanjutnya untuk teknologi terkini dan aplikasi berskala besarnya bagi memberikan momentum baharu dalam industri."

Latar Belakang Jolywood (TaiZhou) Solar Technology Co. Ltd.

Jolywood (Taizhou) Solar Technology Co Ltd dikhususkan terhadap pembangunan dan pembuatan berskala besar sel solar dwi-muka monohabluran jenis-N. Ia telah membangunkan rangkaian pengeluaran untuk sel solar dwimuka monohabluran jenis-N 2.1GW terbesar di dunia dan pusat penyelidikan dan pembangunan sel solar berkeluasan 5,600 meter persegi. Syarikat induknya, Jolywood (Suzhou) Sunwatt Co ltd (SZ300393), ditubuhkan pada tahun 2008, berjaya tersenarai dalam pasaran perusahaan pertumbuhan pada tahun 2014 sebagai pengeluar profesional panel belakang fotovolta yang terbesar di dunia.

Latar Belakang TUV NORD 

TUV NORD Group ialah penyedia teknologi global utama dalam menilai tahap keselamatan, prestasi dan kualiti produk fotovolta di 16 negara sekitar Asia, Eropah, Afrika, Oceania, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Latar Belakang CPVT

CPVT ialah institusi pemeriksaan produk fotovolta berkanun peringkat kebangsaan pertama China yang diluluskan oleh AQSIQ. Makmal Pusat ini diiktiraf oleh makmal CB bagi Penilaian Penyesuaian IEC untuk Peralatan dan Komponen Elektroteknikal serta CNAS makmal kebangsaan.

Source: Jolywood (TaiZhou) Solar Technology Co. Ltd.
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Electronic Components Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services