omniture

OTA Insight bakal Bawakan Perkongsian Perisikan Kadar Rintis untuk Carlson Rezidor Hotel Group

OTA Insight
2017-06-29 12:46 807

LONDON, 29 Jun 2017 /PRNewswire/ -- OTA Insight hari ini mengumumkan ia akan membekalkan alat-alat perisikan kadar industri terkemukanya kepada Carlson Rezidor Hotel Group, salah sebuah syarikat perhotelan terbesar dan paling dinamik di dunia. Alat-alat canggih OTA Insight bakal diperkenalkan dalam portfolio Syarikat merangkumi 1,400 hotel di 115 negara dan wilayah yang melibatkan jenama-jenama global berikut: Quorvus Collection, Radisson Blu®, Radisson®, Radisson RED, Park Plaza®, Park Inn® by Radisson dan Country Inns & Suites By CarlsonSM.

Adriaan Coppens, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas OTA Insight berkata: "Kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan Carlson Rezidor Hotel Group bagi membantu mendorong strategi harga dan pengedaran pintar dan menguntungkan menerusi rangkaian alat unik kami. Kami berbangga mengalu-alukan satu lagi jenama yang diiktiraf di seluruh dunia dalam sektor hospitaliti ke dalam portfolio kami yang terus berkembang dan berharap dapat menyokong Syarikat menerusi pengurusan hasil mereka."

Carlson Rezidor mencari penyelesaian global bagi menyokong hartanah domestik dan antarabangsanya bagi mencapai matlamat yang menguntungkan. Perkongsian ini bakal menyaksikan OTA Insight memperkenalkan teknologi papan pemuka yang terbaik dalam kategorinya bagi membantu memacu strategi pengurusan hasil Syarikat dan memberikan penanda aras pesaing yang bersifat inovatif.

Dengan mengambil pendekatan berpandangan jauh untuk menyokong pertumbuhan tempahan langsung yang mantap, OTA Insight akan turut membekalkan hotel-hotel serta pasukan korporat Carlson Rezidor dengan alat-alat pengurusan pariti kadar yang revolusioner demi membolehkan mereka memantau promosi OTA sasaran tempatan selain membantu memastikan kadar terbaik sentiasa tersedia dalam laman sesawang hotel tersebut.

Eric De Neef, Ketua Pegawai Penjenamaan dan Komersial Global, Carlson Rezidor Hotel Group, menambah: "OTA Insight adalah yang terbaik untuk strategi dan sistem pengurusan hasil Carlson Rezidor Hotel Group, oleh kerana ia membantu membuka trend pasaran penting dan memantau pergerakan masa sebenar melibatkan bekalan dan permintaan bilik-bilik hotel seluruh dunia. Kami berasa teruja dengan kolaborasi ini dan percaya alat-alat perisikan perniagaan progresif daripada OTA Insight akan menyediakan kami dengan maklumat yang diperlukan untuk meningkatkan penghunian dan perolehan kami, selain peluang untuk memberikan kadar (jaminan) terbaik untuk pelanggan kami, melalui laman sesawang jenama milik kami sendiri."

Untuk maklumat lanjut tentang OTA Insight layari http://www.otainsight.com.

Sumber: OTA Insight

Source: OTA Insight
Keywords: Computer/Electronics Hotels and Resorts Internet Technology Leisure/Travel/Hotels Travel Licensing/marketing agreements