omniture

Sidang Kemuncak G20 Bakal Bermula Minggu Depan: Hamburg sebagai Tempat Pertemuan untuk Dunia Saling Terhubung

Hamburg Marketing GmbH
2017-06-30 01:22 752

HAMBURG, Jerman, 30 Jun 2017 /PRNewswire/ --

Kosmopolitan, antarabangsa, moden dan saling terhubung, sarat tradisi dan berpengalaman: Canselor Persekutuan Jerman Angela Merkel dan Datuk Bandar Pertama Hamburg Olaf Scholz percaya bandar pelabuhan utara Jerman di Hamburg ditakdirkan untuk menjadi tuan rumah dan tempat pertemuan sidang kemuncak G20 pada minggu depan. Dengan itu, ketua-ketua negara dan kerajaan melibatkan 20 negara ekonomi perindustrian utama dan baru muncul di dunia serta para delegasi mereka akan berhimpun di Hamburg pada 7 dan 8 Julai sempena sidang kemuncak G20.

generated by system

generated by system

Sebagai sebuah bandar kosmopolitan dan liberal yang mengekalkan hubungan perdagangan dengan sebahagian besar dunia berabad-abad lamanya, Hamburg ialah lokasi yang bagus untuk mengadakan pertemuan ini. "Hamburg ialah lokasi pertemuan, disebabkan oleh pelabuhannya, yang dianggap sebagai tumpuan utama perdagangan bebas selama berabad-abad," kata Canselor Persekutuan Jerman Angela Merkel yang membuat keputusan untuk mengadakan acara tahap tinggi ini di Hamburg. "Oleh yang demikian, Hamburg seolah-olah ditakdirkan untuk menjadi tuan rumah sidang kemuncak ini."

Selama beberapa hari pada awal Julai, Hamburg akan menjadi tumpuan dunia politik. "Selain ketua-ketua negara dan kerajaan serta para delegasi mereka, terdapat beberapa ribu wartawan dari seluruh dunia berhimpun di Hamburg, dan mereka akan mengenali bandar kami dan memberikan liputan tentang Hamburg," kata Datuk Bandar Pertama Hamburg, Olaf Scholz. Dianggarkan kira-kira 10,000 peserta akan menghadiri acara ini, termasuk lebih 4,800 wakil media bertauliah dari 65 negara. "Sebagai bandar yang optimis, kosmopolitan dan mesra, Hamburg komited untuk menjadi tuan rumah yang baik sempena sidang kemuncak G20. Oleh itu, acara ini turut dianggap sebagai satu peluang untuk Hamburg."

Proses persediaan untuk sidang kemuncak G20 telah giat dijalankan selama beberapa bulan, dan kini kiraan detik pun bermula: hanya dalam tempoh beberapa hari, para pemimpin politik dari 20 negara ekonomi perindustrian utama dan baru muncul di dunia serta para perwakilannya akan tiba di Hamburg. Tempat pameran Hamburg Messe di tengah-tengah bandar akan bertindak sebagai lokasi utama sidang kemuncak, dengan persiapan khas langkah-langkah keselamatan. Hamburg, "pintu masuk dunia" dengan sebuah pelabuhan yang terhubung dengan 950 pelabuhan hampir di 180 negara seluruh dunia, akan menjadi bandar Jerman pertama yang menjadi tuan rumah sidang kemuncak G20.

Sebagai sebahagian daripada tempoh menjadi presiden G20, Jerman akan membangkitkan isu-isu tradisional G20 berkaitan ekonomi global, perdagangan, peraturan pasaran kewangan dan dasar fiskal, yang dirangkumkan dalam agenda sejak bermulanya krisis kewangan 2008/2009. Selain itu, Jerman bermatlamat untuk menarik perhatian golongan awam terhadap cabaran global masa kini, seperti memerangi pandemik, keselamatan kerja, promosi terhadap wanita, cara menangani sesaran dan perpindahan, prospek untuk negara-negara ekonomi Afrika, selain langkah-langkah dasar dalam segmen perlindungan iklim, tenaga dan pembangunan mampan. Dalam sejarah Hamburg, kesemua topik ini adalah relevan.

Negara-negara G20 mencakupi kira-kira 80% daripada output ekonomi global dan dua pertiga daripada populasi dunia mungkin mampu menjadi contoh globalisasi aktif. Sebagai sebuah bandar pelabuhan, Hamburg sentiasa bersifat antarabangsa, dan sejumlah pengusaha global yang semakin meningkat memilih Hamburg sebagai pasaran ujian penting sebelum berkembang menembusi Eropah.

Pada malam 7 Julai, para peserta G20 dan rakan-rakan kongsi mereka diundang menghadiri sebuah konsert di Elbphilharmonie Hamburg - mercu tanda baharu Hamburg yang telah menggamit perhatian antarabangsa yang besar menerusi acara pembukaannya yang mengagumkan pada Januari 2017. Bukan ini sahaja: menerusi pembukaan dewan konsert baharu yang menarik ini, Hamburg kini meletakkan kedudukannya di peringkat global sebagai salah satu tempat yang mesti dikunjungi pada tahun 2017.

Untuk maklumat lanjut tentang Hamburg: http://www.hamburg.com dan http://www.hamburg-travel.com.

Hubungi:
Hamburg Marketing GmbH
Guido Neumann
T: +49(40)300-51-580
guido.neumann@marketing.hamburg.de 

Source: Hamburg Marketing GmbH
Keywords: Banking/Financial Service Travel