SHENZHEN, China, 30 Jun 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia utama bertaraf antarabangsa bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan ia berjaya menyiarkan VR secara langsung di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2017, menonjolkan kehebatan VR secara langsung bagi kegunaan komersial.
Sebagai peserta berpengaruh di ekspo industri mudah alih utama di dunia, ZTE memberi tumpuan terhadap inovasi 5G dan memperkenalkan penyelesaian terkininya seperti Video Besar dan suit komunikasi beraneka (RCS) untuk transformasi digital dan penyelesaian IoT. Semua perbincangan ini bermatlamat untuk menumpu pada evolusi teknologi teras yang relevan dan menghimpunkan seluruh rantaian industri bagi tujuan komunikasi dan kerjasama. ZTE, berdasarkan pengalamannya selama 20 tahun dalam bidang video dan penyelidikan berterusan terhadap teknologi baharu dalam Video Besar, menyiarkan VR secara langsung dewan pameran utama dan empat sidang kemuncak dari awal hingga akhir acara.
ZTE menggunakan penyelesaian langsung VR hujung-ke-hujung Video Besar proprietarinya bagi melaksanakan siaran VR langsung berasaskan Internet, yang melibatkan komponen utama penerima kandungan VR, sokongan rangkaian elastik, platform perkhidmatan Video Besar dan kit pembangunan perisian VR / terminal kotak atas set (SDK/STB). ZTE menggunakan penyelesaian langsung VR P30 2K berkependaman rendahnya berasaskan rangkaian tanpa wayar dan rangkaian berwayar untuk memberikan imej berpanorama 360° dewan pameran utama dan sidang kemuncak kepada tetamu yang berada di pameran dan semua pengguna Internet menerusi pelbagai kemasukan akses seperti helmet VR, aplikasi mudah alih VR dan akaun rasmi WeChat. Kependaman siaran langsung dikurangkan kepada dua saat, yang benar-benar merealisasikan VR langsung pada masa sebenar. EPG6.0 VR serba baharu memberikan pengguna dengan pengalaman interaktif yang terbaik manakala akses berbilang terminal membolehkan lebih ramai pengguna mendapat pengalaman MWC yang mengasyikkan walaupun mereka berada di rumah, di tempat kerja atau di mana-mana jua.
Penyelesaian secara langsung VR Internet hujung-ke-hujung daripada ZTE merangkumi teknologi dan penyelesaian inovatif. Multisiar VR berkependaman rendah mengurangkan tekanan pada rangkaian akses, mengurangkan CAPEX (perbelanjaan modal). Pembungkusan Tepat Pada Masanya (JITP) dan teknologi penukaran kod memastikan pengagihan kandungan berkecekapan tinggi dan keupayaan penyiaran VR secara langsung, manakala rangkaian pengagihan kandungan (CDN) dengan daya pemprosesan serentak ultra tinggi menjamin pengalaman VR secara langsung yang stabil. Perancangan dan pengaturan yang pantas dan anjal rangkaian mudah alih hujung-ke-hujung yang khusus, berkependaman rendah dan berjalur lebar tinggi memastikan kestabilan siaran VR secara langsung. Menerusi ciri-ciri ini, penyelesaian langsung VR ZTE telahpun digunakan secara komersial dalam pelbagai senario aplikasi, seperti siaran langsung hiburan, pendidikan VR, penjagaan perubatan VR, beli belah VR dan siaran langsung VR para selebriti Internet. Ia akan memberikan pengguna dengan pengalaman video yang luar biasa.
ZTE mengekalkan bahagian terbesar dalam pasaran Video Besar di dunia. Menjelang tahun 2016, ia telah menggunakan lebih 90 laman web komersial di seluruh dunia, dengan kapasiti sistem sebanyak 80 juta secara keseluruhannya, dan menggunakan lebih 100 pejabat rangkaian penyerahan kandungan (CDN), dengan daya pemprosesan serentak melebihi 100T. Tatkala teknologi VR berevolusi, ZTE akan meneruskan pembangunannya. Pada masa depan, ZTE akan membangunkan lebih banyak aplikasi dan model perniagaan dalam domain VR, mencipta nilai perniagaan tambahan serba baharu bagi Video Besar dan memberikan pengalaman visual yang lebih beraneka untuk para pengguna seluruh dunia.
Latar Belakang ZTE
ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.
Maklumat Perhubungan Media:
Margrete Ma |
Daniel Beattie |
ZTE Corporation |
AxiCom |
Tel: +86 755 26775207 |
Tel: +44 (0)20 8392 8071 |
Emel: ma.gaili@zte.com.cn |