omniture

Telepizza Rai Pembukaan Kedai Pertama di Iran

Telepizza
2017-06-30 12:30 793

MADRID, 30 Jun 2017 /PRNewswire/ --

  • Syarikat ini merupakan jenama QSR antarabangsa pertama memasuki negara ini. Strategi Telepizza bagi Iran termasuk pembukaan 200 kedai dalam tempoh 10 tahun

Telepizza, syarikat penghantaran pizza terbesar dunia di luar A.S. berdasarkan jumlah kedai, hari ini mengumumkan pengembangan seterusnya, dengan pembukaan kedai pertama Iran di Marzdaran Boulevar, Teheran, dan 2 lagi kedai bakal dibuka menjelang hujung bulan ini. Telepizza telah menandatangani perjanjian francais induk dengan Momenin Investment Group tahun lepas; MIG akan melabur €100 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.

generated by system

generated by system

generated by system

Pembukaan kedai di Teheran menandakan permulaan fasa terbaru rancangan pengembangan global yang besar bagi Telepizza, menjadi jenama QSR Antarabangsa pertama memasuki pasaran Iran dan dengan 1,421 kedai di seluruh dunia. Telepizza merancang untuk membina 7 lagi kedai berikutan kejayaan pelancaran pertama yang bakal dibuka di Teheran menjelang hujung tahun 2017 dan 200 kedai di seluruh Iran dirancang dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Peluang besar diberikan oleh penduduk Iran yang besar dan muda (lebih daripada 80 juta orang di mana 65% adalah di bawah 36 tahun) dan persaingan yang berpecah, menjadikan negara itu pilihan yang jelas untuk pengembangan.

"Kami berbangga dengan pembukaan rasmi dua kedai Iran pertama kami. Ia merupakan tanggungjawab besar sebagai rantaian QSR pertama di negara ini," tegas Pablo Juantegui, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Telepizza Group. "Di Telepizza, kami gembira berkongsi asas utama jenama kami, menawarkan piza dengan rasa yang unik tak kira masa dan tempat bersama pelanggan Iran."

Presiden Antarabangsa Telepizza, Giorgio Minardi, mengulas: "Pelancaran kedai Iran pertama kami menandakan satu langkah penting bagi pengembangan antarabangsa kami yang terus memperoleh momentum. Iran dilihat sebagai pasaran penting bagi kami, dengan ruang pengembangan yang luas. Kami tahu inovasi rasa dan komitmen untuk menggunakan ramuan tempatan Iran yang berkualiti, diteguhkan dengan pemahaman kami terhadap perkhidmatan pelanggan dan nilai hebat akan menarik pelanggan Iran.'

Di pelancaran, Telepizza membawakan kepakaran dan rekod prestasi yang terbukti dalam pemasaran, teknologi penghantaran – termasuk perkhidmatan penuh laman sesawang dan aplikasi pesanan – pengurusan francais dan rantaian bekalan. Berbekalkan kekuatan operasi penerima francais dan hartanah serta kepakaran pengurusan tempatannya, Telepizza berada di kedudukan yang tepat untuk mengambil peluang yang diberikan oleh pasaran baru muncul Iran.

Selain piza klasik, menu Telepizza juga menampilkan piza istimewa Chef yang inovatif seperti piza Nachos, membawakan rasa baharu yang menarik untuk pasaran Iran dan memancing keinginan pelanggan untuk "mencuba sesuatu yang berbeza".

Nota kepada Editor

Telepizza Group

Kami merupakan syarikat penghantaran piza di luar A.S. yang berbesar di dunia berdasarkan bilangan kedai. Beribu pejabat di Madrid, Sepanyol, Telepizza beroperasi di lebih 20 negara menerusi rangkaian kedai sendiri, penerima francais dan francais induk, dengan 1,421 kedai di seluruh dunia, termasuk 478 kedai sendiri (34%) dan 943 kedai francais dan francais induk (66%) setakat 31 Mac 2017.

Termasuk pesaing kami yang berpangkalan di A.S., kami merupakan syarikat penghantaran piza keempat terbesar di dunia dari segi bilangan kedai. Kami merupakan peneraju pasaran dalam pasaran teras kami berdasarkan bilangan kedai (nombor satu di Sepanyol, Portugal, Chile dan Colombia dan nombor dua di Poland).

Jumlah jualan dalam rangkaian kami, termasuk kedai sendiri, penerima francais dan francais induk yang direkodkan sebagai jualan rangkaian, berjumlah €527 juta dalam tempoh dua belas bulan berakhir pada 31 Mac 2017.

Maklumat lanjut:

Ketchum - +91-788-32-00
Ana Moreno
prensa.telepizza@ketchum.es

Facebook: https://www.facebook.com/telepizza
Twitter: https://twitter.com/telepizza

http://www.telepizza.com

Source: Telepizza
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Transportation