omniture

LKKER China Cipta Ekosistem Baharu melalui "Perkongsian Reka Bentuk"

LKKER
2017-07-01 09:00 334

BEIJING1 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Persidangan LKKER 2017 & Persidangan Reka Bentuk Inovasi Global berlangsung di Ningbo, China pada 30 Jun. Ia dimulakan dan dianjurkan oleh LKKER, platform berasaskan internet pertama China untuk "Perkongsian Reka Bentuk". Pakar-pakar teknologi dan ketua-ketua eksekutif daripada syarikat-syarikat gergasi IT termasuk Tencent, Microsoft dan Airbnb, selain pereka terkemuka Masayuki Kurokawa berhimpun di Ningbo, bagi membincangkan model perniagaan baharu iaitu "perkongsian reka bentuk" dalam era perkongsian ekonomi. Persidangan ini menghubungkan perusahaan, pereka dan pengguna akhir. Ia mengumpulkan sumber inovasi global, mmenerobos sempadan antara reka bentuk inovatif dan pembuatan tradisional, selain memaksimumkan nilai yang dipacu oleh kuasa imaginasi.

Hasil kebangkitan perkongsian ekonomi, LKKER memperkenalkan konsep "Perkongsian Reka Bentuk" dalam industri reka bentuk. Pada dasarnya, perkongsian reka bentuk dipacu oleh reka bentuk, yang menghubungkan keperluan, orang ramai dan objek tanpa had. Dengan berkongsi kuasa imaginasi, ia meliputi semua bidang bermula daripada rangka kerja asas "Pelanggan kepada Perniagaan kepada Pereka" (CBD). Akhirnya, ekosistem reka bentuk baharu diwujudkan menerusi keperluan tersuai.

Apabila teknologi dan pengurusan menjadi kemahiran dikonfigurasi-standard pada robot pintar, ia menandakan bermulanya Era Imaginasi. Namun begitu, walau betapa unggulnya era ini, kepintaran buatan tidak akan dapat memenuhi citarasa manusia, dan tidak akan mampu melangkaui imaginasi manusia mahupun kreativiti proaktif mereka. Orang ramai begitu terhubung dalam aktiviti inovasi yang mana setiap pengguna memberikan daya kreativiti dan nilai mereka sendiri, yang mencetuskan sesuatu yang digelar sebagai "Ekonomi Imaginasi". Melalui reka bentuk inovatif, ekonomi imaginasi menawarkan nilai dan kemungkinan baharu kepada kehidupan kita. Peningkatan penggunaan ialah suatu peningkatan terhadap imaginasi individu dan IoE (Internet Komunikasi Semua Benda) memberikan imaginasi kepada produk, membolehkan kesemua produk terhubung antara satu sama lain tanpa had, yang kesemuanya membawa kepada revolusi saluran, dan akhirnya saluran imaginasi. Menurut LKKER, masa depan Era Internet Industri akan menjadi suatu era apabila imaginasi dikekalkan.

Misi LKKER adalah untuk membolehkan setiap orang menikmati nilai daripada Perkongsian Reka Bentuk. Sebagai platform untuk daya kreativiti produk, model baharu ini menghimpunkan pereka yang hebat dan sejumlah besar pengguna, dibuka sebagai ruang pencipta yang membolehkan perusahaan dan pencipta mendapat manfaat daripada reka bentuk produk dan ekosistem baharu yang mana produk direka dan dicipta dengan lebih cemerlang, lebih cekap dan lebih terbuka.

Source: LKKER
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Trade show news