omniture

Usain Bolt dan Kevin Hart Beradu Akal Dalam Cabaran #GameOn PokerStars

PokerStars.com
2017-07-03 10:19 882

ONCHAN, Isle of Man, 3 Julai 2017 /PRNewswire/ --

Pantas lawan lucu dalam pertempuran media sosial

Lelaki terpantas di dunia, Usain Bolt, dan lelaki paling lucu di dunia, Kevin Hart, akan bertemu satu sama lain untuk melihat siapa yang mempunyai minda yang paling licik, dalam cabaran yang diperkenalkan oleh PokerStars, jenama Amaya Inc. (Nasdaq: AYA; TSX: AYA). Pasangan ini menumpukan untuk mengalahkan satu sama lain dalam pertempuran media sosial terbesar tahun ini, bermula hari ini di bawah hashtag #GameOn.

generated by system

#GameOn memperlihat bintang-bintang handalan ini beradu akal dengan menggunakan metrik saluran media sosial mereka sebagai kad skor, yang membolehkan peminat menentukan siapa yang memenangi setiap pertempuran. Persaingan mereka akan berakhir dalam pertempuran bersemuka secara langsung di meja poker pada Januari 2018 semasa PokerStars Championship Bahamas. #GameOn akan merangkumi kualiti dan kemahiran teras poker dengan cabaran termasuk membaca gerak-geri orang, memperdaya dan mengurus risiko.

Persaingan antara pemecah rekod dunia dan salah seorang bintang Hollywood terbesar ini pertama kalinya bermula empat tahun lalu ketika mereka berlumba-lumba antara satu sama lain di gelanggang bola keranjang di NBA All-Star Celebrity Game – dan Kevin berjaya mengalahkan Usain.

Mereka akan beradu akal sekali lagi, kali ini di media sosial dan seterusnya dari kejayaan global #raiseit, kempen PokerStars yang menampilkan pemain bola sepak sensasi Neymar Jr, Ronaldo Luis Nazario dan Cristiano Ronaldo, serta bintang bola keranjang Dwyane Wade. Wira-wira sukan ini mempamerkan kemahiran sukan mereka yang mengagumkan dalam usaha untuk mengungguli #raiseit ke peringkat seterusnya dan mengalahkan satu sama lain.

"Usain dan Kevin mewakili dua personaliti paling popular di media sosial, masing-masing dengan ciri unik dan peminat setia di seluruh dunia," kata Pengarah Pemasaran Pakau di PokerStars Vadim Soloveychik. "Si pantas lawan si lucu. Cabaran telah dilemparkan dan pertempuran akan bermula. Hanya ada satu juara dan ia akan memerlukan minda yang pintar, cerdik, licik untuk memenangi pertempuran ini."

Kempen ini dihasilkan oleh agensi kreatif yang berpusat di London, Gravity Road.

Rakan Pengasas Gravity Road, Mark Boyd, menambah: "Media sosial suka pertempuran antara selebriti kegemaran mereka. #GameOn dibina berdasarkan tingkah laku sosial ini, dengan idea yang dirancang untuk bekerja bersama. Banyak jenama hanya menganggap media sosial sebagai koleksi pengguna dan bukan audiens. Pemahaman tentang bagaimana orang ramai mahu menghabiskan masa mereka terbina ke dalam idea #GameOn. Usain dan Kevin ialah pesaing semulajadi dan mereka sudah teruja tentang pertempuran ini. Jadi tiada sesiapa yang tahu bagaimana ia akan berakhir."

Untuk menonton video perhatikan saluran media sosial Bolt dan Hart.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: press@pokerstars.com

Latar Belakang PokerStars 

PokerStars mengendalikan laman pakau dalam talian yang paling popular di dunia, memberikan perkhidmatan kepada komuniti pakau global. Sejak dilancarkan pada tahun 2001, PokerStars telah menjadi pilihan pertama pemain di seluruh dunia, dengan lebih banyak kejohanan harian berbanding tempat lain dan dengan keselamatan dalam talian yang terbaik. Lebih daripada 165 bilion set tangan pakau telah diparih di PokerStars, lebih banyak berbanding mana-mana laman sesawang lain.

PokerStars ialah jenama utama Rational Group, yang pada dasarnya dimiliki oleh Amaya Inc. (Nasdaq: AYA; TSX: AYA) dan memiliki permainan dan perniagaan dan jenama yang berkaitan termasuk, PokerStars, PokerStars Casino, BetStars, Full Tilt, StarsDraft, dan PokerStars Championship dan PokerStars Festival jenama pelancongan pakau secara langsung (menggabungkan European Poker Tour, PokerStars Caribbean Adventure, Latin American Poker Tour dan Asia Pacific Poker Tour). PokerStars ialah jenama permainan dalam talian yang mempunyai lesen paling banyak di dunia, memegang lesen atau kelulusan operasi berkaitan dalam 17 bidang kuasa. PokerStars.com dan PokerStars.eu beroperasi secara global masing-masing di bawah lesen daripada kerajaan Isle of Man dan Malta.

Mainlah secara bertanggungjawab! Untuk maklumat lanjut mengenai permainan secara bertanggungjawab, sila layari laman sesawang kami di http://www.pokerstars.com/about/responsible-gaming/

Sumber: PokerStars.com

Source: PokerStars.com
Related Stocks:
NASDAQ:AYA Toronto:AYA
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Social Media