omniture

Vivo Sertai MWC 2017, Pamer Pelbagai Teknologi Utama Industri

Vivo
2017-07-04 01:49 699

SHANGHAI, 4 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Pengeluar telefon pintar terkemuka, Vivo bakal memperkenalkan pelbagai teknologi dan fungsi inovatif sempena Kongres Dunia Mudah Alih Shanghai (MWC Shanghai), termasuk Penyelesaian Pengimbasan Cap Jari Paparan Bawah Vivo, Penyelesaian Fotografi Pemprosesan Isyarat Digital (DSP) yang menyasarkan fotografi cahaya belakang dan pemandangan waktu malam, selain penyelesaian Hi-Fi dengan cip penyahkodan DAC tersuai.

Bertemakan "Unsur Manusia", MWC Shanghai 2017 bakal diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai mulai 28 Jun hingga 1 Julai 2017. Persidangan ini dijangka menarik lebih 650 pengeluar daripada pelbagai bidang dalam industri mudah alih global.

Pelancaran Penyelesaian Pengimbasan Cap Jari Paparan Bawah Vivo: Paparan skrin penuh sebenar bakal muncul pada masa depan

Antara kesemua teknologi dan fungsi yang bakal dipamerkan oleh Vivo, produk yang paling penting ialah Penyelesaian Pengimbasan Cap Jari Paparan Bawah Vivo ("Paparan Bawah Vivo") yang mencapai fungsi pengimbasan cap jari bawah paparan. Meskipun berita baru-baru ini menyebutkan teknologi cap jari bawah paparan akan dilancarkan dalam masa terdekat, ini merupakan kali pertama ia bakal ditunjukkan oleh pengeluar telefon pintar.

Dalam rancangan penyelidikan & pembangunan (R&D) Vivo, fungsi pengimbasan cap jari tidak akan dijalankan oleh butang atau ruang bebas. Ia akan direalisasikan tanpa begitu jelas di bawah skrin, di belakang kelongsong logam mahupun di dalam bingkai.

Menurut jurutera Vivo yang bertanggungjawab terhadap teknologi baharu ini, Paparan Bawah Vivo ialah penyelesaian buka kunci cap jari baharu berasaskan Sensor Cap Jari Qualcomm®. Ultrabunyi daripada sensor boleh menembusi paparan OLED dengan ketebalan 1.2mm bagi mengesahkan cap jari pengguna. Berbeza dengan teknologi pengecaman cap jari kapasitif dan optik biasa yang digunakan secara meluas dalam industri, Paparan Bawah Vivo mempunyai banyak kelebihan dari segi ciri kalis air dan cahaya anti-ambien.

Memandangkan Paparan Bawah Vivo tidak memerlukan butang fizikal untuk sensor cap jari, ia memberikan paparan skrin penuh sebenar dan reka bentuk kalis air badan tunggal dan mekanikal yang disepadukan. Ini akan menggalakkan reka bentuk inovatif pada penampilan telefon pintar. Berdasarkan teknologi ultrasonik, teknologi pengecaman cap jari boleh terus ditingkatkan bagi merealisasikan interaksi pengguna, seperti pengecaman gerak isyarat, pengesahan keselamatan dan fungsi lain, yang meningkatkan pengalaman pengguna dengan baik sekali.

Penyelesaian Fotografi DSP Bebas: Tingkatkan cahaya belakang dan pemandangan waktu malam dengan sangat hebat

Bagi meningkatkan kualiti foto dalam keadaan cahaya yang rumit seperti persekitaran cahaya rendah dan cahaya belakang, Vivo memperkenalkan Penyelesaian Fotografi DSP bebasnya yang serba baharu.

Dalam fotografi telefon mudah alih saban hari, pengguna mungkin mengalami pelbagai keadaan cahaya yang rumit. Penyelesaian Fotografi DSP Vivo direka untuk membantu pengguna mengambil gambar dengan kualiti yang tinggi dan pendedahan yang tepat, selain melaraskan kecerahan imej untuk menjadikannya lebih sepadan dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh mata manusia. Kelajuan pemprosesan fotografi turut ditingkatkan dengan amat baik.

Secara teori, ia akan membolehkan telefon pintar mengambil berbilang gambar RAW dengan pantas apabila mengambilnya dalam keadaan cahaya yang rumit. Cip DSP akan memproses dan menghasilkan gambar RAW tunggal secara automatik, yang kemudiannya ditukar kepada format JPG oleh ISP.

Selain kelajuan pemprosesan yang lebih tinggi, Penyelesaian Fotografi DSP dapat mengurangkan sebahagian besar hingar tangkapan bagi fotografi pemandangan waktu malam dan turut meningkatkan kesan pengindahan dalam Mod Kecantikan Wajah Vivo.

Pencapaian baharu untuk audio Hi-Fi telefon pintar: cip penyahkod DAC tersuai baharu dan teknologi amplifier fon kepala

Hi-Fi merujuk kepada audio Fideliti-Tinggi dan produk-produk yang dilengkapi dengan teknologi ini dapat memberikan pengguna pengalaman muzik berkualiti tinggi.

Sebagai perintis Hi-Fi dalam telefon pintar, Vivo telah mengukuhkan kedudukannya dalam industri audio telefon mudah alih menerusi beberapa generasi produk dan turut menggalakkan kemajuan industri cip audio. Setelah membawakan audio Hi-Fi telefon pintar selangkah ke tahap baharu menerusi telefon bimbit Xplay6, Vivo melancarkan penyelesaian Hi-Fi baharu dengan prestasi audio yang dipertingkat daripada cip penyahkodan DAC tersuai.

Penyelesaian baharu ini fokus untuk menyempurnakan butiran melalui cip penyahkodan DAC tersuai berserta amplifier fon kepala tersuai, yang meningkatkan SNR, julat dinamik, herotan dan kuasa output. Ia melangkaui pengalaman audio Xplay6 yang berkualiti tinggi menerusi SNR dengan 122dB, julat dinamik sebanyak 120dB, herotan -111dB dan kuasa output 2.2VRms.

Penyelesaian ini mempunyai dua kali ganda amplitud output berbanding telefon biasa. Dalam penilaian akustik subjektif, ia menunjukkan resolusi dan tujahan lebih baik, butiran lebih beraneka dan persepsi ruang yang mantap. Selain itu, penguat fon kepala memanfaatkan teknologi pemprosesan baharu untuk meningkatkan kecekapan kuasa selain pengalaman audio keseluruhan.

"Jenama-jenama utama telah mula bertindak untuk mendapatkan kedudukan yang menguntungkan dalam pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bermula daripada inovasi proses untuk kelongsong telefon pintar kepada dwikanta untuk kamera depan dan belakang, dan akhirnya kejayaan reka bentuk dari segi penampilan, industri telefon pintar telah melangkah ke pusingan baharu dalam persaingan teknologi," kata Alex Feng, naib presiden kanan Vivo. "Kami bersiap sedia untuk meningkatkan keupayaan teknologi kami dan membawakan produk-produk yang lebih baik untuk pelanggan kami. Inilah caranya kami mengekalkan daya saing jenama kami untuk tempoh jangka masa panjang."

Source: Vivo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news