PETALING JAYA, Malaysia, 4 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Dalam satu kenyataan hari ini, Pacific Mutual Fund Bhd, sebuah syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group, dengan sumber dalaman untuk mengurus kedua-dua pelaburan tempatan dan global untuk para pelanggannya, telah mengulas bahawa separuh kedua tahun 2017 (2H2017) akan terus positif, namun penilaian saham semakin mahal.
Mengulas tentang prospek untuk separuh kedua tahun 2017, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Pacific Mutual, Teh Chi-cheun, berkata, "Pada separuh pertama tahun 2017, kenaikan pasaran telah didorong oleh "Trumpflation" dan penerusan pemulihan ekonomi global. Separuh kedua tahun ini akan terus positif - data ekonomi terus mantap dan pemulihan dalam pendapatan korporat masih utuh. Walau bagaimanapun, penilaian – iaitu harga saham – semakin tinggi."
Teh terus menambah, "Pasaran dijangka akan turun naik tetapi masih pada haluan menaik. Pada masa yang sama, kami akan terus menghadapi risiko dasar, di mana Amerika Syarikat adalah pemain utama yang harus diawasi. Perjalanan Amerika Syarikat untuk "meraih kembali kegemilangannya" telah disekat oleh penangguhan dalam pembaharuan penjagaan kesihatan, yang menjejas peningkatan rangsangan fiskal Trump dan rangsangan yang dijangkakan untuk KDNK Amerika Syarikat. Tambahan pula, adalah dijangka bahawa kemungkinan besar United Kingdom akan mendapat Perdana Menteri baru, dan di negara China, National Congress akan diadakan. "
"Sepanjang enam bulan yang lalu. kami telah menyaksi peningkatan risiko politik dan risiko dasar tetapi pasaran telah menyerap kesemuanya dengan sangat baik dan telah mencapai prestasi yang luar biasa. Ini dijangka akan berterusan sepanjang tahun tetapi jangan mengharapkan prestasi cemerlang seperti yang telah dicapai pada separuh pertama tahun 2017," jelas Teh.
Untuk mengakhiri separuh pertama tahun 2017, Pacific Mutual mengumumkan pengagihan pendapatan berjumlah RM7.8 juta untuk pelabur lapan buah dananya. Syarikat ini mengisytiharkan pengagihan pendapatan tahunan sebanyak 2 sen seunit untuk Pacific Millennium Fund; 3.5 sen seunit untuk Pacific Recovery Fund; 3 sen seunit untuk Pacific SELECT Balance Fund; dan 2 sen seunit untuk Pacific Real Opportunities Absolute Return (ROAR) Fund.
Pacific Mutual juga mengumumkan pengagihan suku tahunan sebanyak 0.4 sen seunit untuk Pacific Cash Fund dan 1.05 sen seunit untuk Pacific Emerging Market Bond Fund. Di samping itu, pengagihan bulanan adalah seperti berikut: 0.2 sen seunit untuk Pacific Islamic Cash Fund; dan 0.3 sen seunit untuk Pacific Cash Deposit Fund.
PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada akhir bulan Jun 2017, Pacific Mutual mengurus RM1.6 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pacificmutual.com.my
HUBUNGAN MEDIA:
Cindy Leong | cindy@pacificmutual.com.my | 03 – 7725 9877 sambungan 173
Cindy Thean | cthean@pacificmutual.com.my | 03 – 7725 9877 sambungan 148