omniture

Litar Marina Yas dan FLASH Perkenal Bintang Handalan P!NK & DJ Antarabangsa Calvin Harris Bakal Muncul Sebagai Penghibur Konsert Pasca Perlumbaan Abu Dhabi Grand Prix 2017

Yas Marina Circuit
2017-07-05 00:32 885

ABU DHABI, UAE, 5 Julai 2017 /PRNewswire/ --

Pakej konsert NAIK TARAF 'Golden Circle' baharu diperkenal! Beli sekarang untuk mendapatkan diskaun 20 peratus sebelum Isnin, 31 Julai

Litar Marina Yas dan FLASH Entertainment hari ini memperkenalkan dua daripada empat artis utama antarabangsa untuk Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam tahun ini sempena FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2017.

generated by system

generated by system

Bermula selama empat hari keraian, pada hari Khamis 23 November DJ yang terkenal di peringkat antarabangsa Calvin Harris kembali ke Abu Dhabi untuk memeriahkan siri Konsert Pasca Perlumbaan 2017 Yasalam bersama bakat muzik yang penuh bersemangat dan bertaraf dunia itu.

Penerbit album yang pernah memenangi Anugerah Grammy, penulis lagu dan DJ, Calvin Harris merupakan tokoh muzik tari moden, yang pernah memecah rekod dunia dan mendominasi carta-carta muzik global.

Bagi melengkapi parti pada hari Ahad 26 November, P!NK, yang dianggap sebagai salah seorang ikon pop wanita dengan jualan terlaris turut serta bagi melabuhkan tirai hujung minggu perlumbaan tersebut.

Menakrifkan semula gelaran 'bintang rock', P!NK kekal menjadi nama yang tersohor dalam kalangan orang awam sebagai bintang pop yang menggegar pentas dan mempunyai lagu-lagu single yang menerajui carta, termasuk "Get the Party Started", "So What" dan "Try".

Pihak penganjur turut mengumumkan bahawa para peminat perlumbaan mempunyai pilihan baharu untuk merancakkan hujung minggu perlumbaan mereka dengan membeli pakej naik taraf 'Golden Circle' untuk Konsert Pasca Perlumbaan ini. Menawarkan akses terbaik untuk konsert yang dibarisi bintang-bintang ternama, pakej naik taraf untuk empat malam itu boleh mula dibeli sekarang daripada AED945.

Al Tareq Al Ameri, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Marina Yas berkata: "Kami berasa teruja dapat menonjolkan artis pertama kami untuk Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam tahun ini."

"Setiap tahun, kami menyasarkan untuk memberikan para pemegang tiket dengan nilai yang lebih besar dan lebih baik dengan memberikan hiburan baharu serta menarik di dalam dan luar litar perlumbaan. Kami berharap dapat membuat pengumuman lanjut berhubung barisan artis untuk Konsert Pasca Perlumbaan kami dalam masa terdekat. Dengan mengumumkan ketersediaan tiket-tiket Golden Circle yang boleh mula dibeli, akses terbaik akan menjadi milik peminat yang paling menghargainya."

Seperti biasa, satu-satunya cara untuk menikmati empat persembahan Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam adalah dengan membeli tiket Abu Dhabi Grand Prix.

Tiket-tiket boleh didapati secara dalam talian di http://www.yasmarinacircuit.com, melalui Pusat Panggilan Litar Marina Yas (800 927) atau +971 (0) 2 659 9800, dan melalui aplikasi telefon pintar YasHUB dan juga halaman beli belah Facebook: http://www.facebook.com/yasmarinacircuit

 

 

Source: Yas Marina Circuit
Keywords: Entertainment Music Awards