omniture

Forum Kanak-kanak Antarabangsa Football for Friendship Gazprom 2017 Satukan Kanak-kanak Dari 64 Negara

Global Press Center of the Gazprom International Children’s FOOTBALL FOR FRIENDS
2017-07-05 00:34 744

ST. PETERSBURG, Rusia, 5 Julai 2017 /PRNewswire/ --

FORUM KANAK-KANAK ANTARABANGSA FOOTBALL FOR FRIENDSHIP GAZPROM 2017 yang dilaksanakan oleh Rakan Rasmi FIFA Gazprom dan FIFA World Cup™ 2018 telah diadakan di St. Petersburg. Acara ini dihadiri oleh lebih 1,000 tetamu dari 64 negara seluruh dunia. Para peserta muda dengan jantina, keturunan etnik dan keupayaan fizikal berbeza, wartawan yang mewakili media massa antarabangsa terkemuka, bintang bola sepak, Juara Olimpik dan Paralimpik, Legenda FIFA, pihak pengurusan tertinggi FIFA, Jawatankuasa Olimpik Rusia serta dana kebajikan kanak-kanak antarabangsa, dan juga ketua persekutuan bola sepak turut mengambil bahagian. Nilai-nilai program utama yang disokong semua tetamu ialah keamanan, kesamarataan dan gaya hidup sihat.

generated by system

Musim kelima FOOTBALL FOR FRIENDSHIP diadakan dalam format baharu dan menyatukan para peserta dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Utara. Menurut PEMILIHAN TERBUKA (OPEN DRAW) yang dibuat pada permulaan musim kelima itu, duta-duta muda digabungkan dalam lapan PASUKAN PERSAHABATAN antarabangsa dan bertemu di St. Petersburg semasa KEJOHANAN ANTARABANGSA F4F 2017 GAZPROM.

Tahun 2017 merupakan kali pertama pertandingan Persahabatan Berganti-ganti dianjurkan. Ia merupakan fasa kelayakan kebangsaan untuk para pemain bola sepak muda dan wartawan muda yang diadakan di semua negara yang mengambil bahagian. Keputusan dan nama-nama peserta diumumkan pada 25 April, semasa Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa, sewaktu ribuan kanak-kanak dan golongan dewasa menyertai acara tersebut untuk memakai Gelang Persahabatan - simbol rasmi program ini.

Sewaktu musim kelima program FOOTBALL FOR FRIENDSHIP, Gazprom mengadakan FORUM KANAK-KANAK ANTARABANGSA dengan wartawan muda membuat liputan tentang acara-acara program ini di negara-negara mereka dengan menyediakan berita dan bahan untuk media massa sukan antarabangsa terkemuka. Kanak-kanak mengambil bahagian dalam menyediakan bahan-bahan untuk saluran TV antarabangsa FOOTBALL FOR FRIENDSHIP, akhbar kanak-kanak antarabangsa, stesen radio rasmi dan catatan untuk rangkaian sosial. Bahan-bahan disediakan dalam 43 bahasa. Acara akhir MUSIM KELIMA PROGRAM SOSIAL KANAK-KANAK ANTARABANGSA FOOTBALL FOR FRIENDSHIP GAZPROM mendapat liputan 2,000 wartawan dari seluruh dunia.

Pada peringat awal acara akhir F4F, kanak-kanak dan golongan dewasa dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam kem persahabatan selama tiga hari termasuk sesi latihan bola sepak bersama jurulatih muda, kelas utama oleh pemain bola sepak terkenal, tugasan permainan oleh Sekolah 9 Nilai dan pengajaran Olimpik yang melibatkan ucapan oleh ketua-ketua dan duta-duta daripada Jawatankuasa Olimpik Rusia.

Secara tradisi, kesemua peserta muda daripada PROGRAM FOOTBALL FOR FRIENDSHIP akan pergi bersama-sama rakan-rakan baharu mereka ke perlawanan bola sepak. Tahun ini, mereka berpeluang menyokong pasukan kebangsaan Chile dan Jerman sempena Piala Konfederasi FIFA Akhir yang diadakan di Stadium Saint Petersburg baharu.

"Kami melancarkan projek yang mana para pemain bola sepak muda menjadi tokoh utama dan inisiatif ini disokong oleh ramai ahli sukan, rakan media dan pertubuhan masyarakat awam. Tahun ini, kami menyaksikan bilangan yang memecah rekod iaitu sebanyak 64 negara mengambil bahagian. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak dari seluruh dunia untuk memperlihatkan komitmen mereka terhadap idea kesamarataan dan keamanan serta menjadi Duta sebenar FOOTBALL FOR FRIENDSHIP" - kata Victor Zubkov, Pengerusi Lembaga Pengarah Gazprom.

"Kami berbangga dapat menyokong inisiatif ini daripada rakan FIFA kami, Gazprom. Forum ini ialah contoh terbaik bagaimana bola sepak dapat dimanfaatkan untuk memberi ruang kepada kanak-kanak perempuan dan lelaki dari semua latar belakang, misi yang disokong oleh FIFA secara aktif" – ulas Fatma Samoura, Setiausaha Agung FIFA.

Latar Belakang 

Projek sosial kanak-kanak antarabangsa Football for Friendship (F4F) dilaksanakan oleh Gazprom sejak tahun 2013. Projek ini bertujuan untuk memajukan sukan bola sepak belia dan memupuk toleransi serta sifat saling hormat menghormati terhadap budaya dan etnik berbeza dalam kalangan kanak-kanak dari seluruh dunia. Nilai-nilai utama yang disokong dan digalakkan oleh para peserta projek termasuk persahabatan, kesamarataan, keadilan, kesihatan, keamanan, ketaatan, kemenangan, tradisi dan juga kehormatan.

Forum Kanak-kanak Antarabangsa Football for Friendship tahunan ialah acara paling penting bagi projek ini, yang menghimpunkan para pemain bola sepak muda dari negara-negara berbeza yang membincangkan galakan seluruh dunia terhadap nilai-nilai utama bersama golongan profesional media dan juga para pemain bola sepak tersohor. 

Projek F4F memberikan hadiah istimewa: Piala Sembilan Nilai ialah trofi unik yang dianugerahkan setiap tahun kepada kelab bola sepak profesional atas pelaksanaan inisiatif sosial berasaskan nilai-nilai projek tersebut. Pemenang dipilih oleh duta-duta muda F4F melalui undian yang dibuat di semua negara yang mengambil bahagian dalam projek ini.  

Ribuan peserta menyertai F4F saban tahun. Sejak mula diperkenalkan, skop geografi projek ini berkembang begitu meluas dari 8 negara pada tahun 2013 kepada 64 negara pada tahun 2017. Ratusan atlet muda menjadi duta gerakan F4F dan nilai-nilainya di negara masing-masing. Gelang Persahabatan, iaitu simbol rasmi F4F, dipakai oleh lebih 400,000 kanak-kanak dan orang dewasa di serata dunia, termasuk kanak-kanak, orang dewasa, atlet dan wartawan tersohor, penghibur, tokoh politik dan ketua negara.  

Pada tahun 2017, negara-negara yang mengambil bahagian dalam projek ini ialah seperti berikut: Algeria, Argentina, Armenia, Austria, Azerbaijan, Bangladesh, Belarus, Belgium, Bolivia, Brazil, Bulgaria, China, Croatia, Republik Czech, Denmark, Mesir, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Ghana, Greece, Hungary, Iceland, India, Iran, Iraq, Itali, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Libya, Lithuania, Macedonia, Mexico, Mozambique, Belanda, Norway, Pakistan, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Serbia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Switzerland, Syria, Tajikistan, Tanzania, Turki, Turkmenistan, Ukraine, Uruguay, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uzbekistan, Venezuela, dan Vietnam.

Musim kelima projek ini dijalankan dalam format baharu. Tidak lagi mewakili kelab-kelab bola sepak dari negara-negara berbeza, para pemain muda digabungkan dalam lapan Pasukan Persahabatan antarabangsa. Pasukan dengan lapan pemain diwujudkan yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 12 tahun, termasuk mereka yang kurang upaya. Jawatankuasa Penganjur Antarabangsa F4F berganding bahu dengan persekutuan bola sepak kebangsaan untuk memilih pemain (seorang wakil dari setiap negara).

 

 

Source: Global Press Center of the Gazprom International Children’s FOOTBALL FOR FRIENDS
Keywords: Sporting Events Sports Children-related news