omniture

Syarikat pembayaran digital rentas sempadan InstaReM terima pelaburan US$13J

InstaReM
2017-07-05 01:11 642

Pusingan pelaburan terkini membawa jumlah keseluruhan yang meningkat lebih daripada US$18 juta daripada konsortium beberapa dana terbesar di rantau ini.

SINGAPURA, 5 Julai 2017 /PRNewswire/ -- InstaReM, salah sebuah syarikat pembayaran rentas sempadan digital yang terkemuka, telah menerima pelaburan US$13 juta yang diterajui oleh GSR Ventures, dan disertai oleh SBI-FMO Emerging Asia Financial Sector Fund (SBI-FMO Fund), Vertex Ventures, Fullerton Financial Holdings (FFH), dan Global Founders Capital (GFC). Sehingga kini, InstaReM telah mengumpulkan lebih US$18 juta dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

InstaReM akan menggunakan pelaburan ini untuk membina infrastruktur pembayaran global, yang telah berkembang lapan kali ganda daripada jumlah asal sejak pendanaan Mac 2016. Dana ini juga akan digunakan untuk membangunkan produk baharu dan perlesenan aktiviti di pasaran baharu.

Pada penutupan pendanaan Siri B, Prajit Nanu, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif InstaReM, berkata, "Ini merupakan pelaburan penting bagi syarikat untuk mendorong pertumbuhan dan pengembangan kami ke fasa seterusnya. Dengan rangkaian GSR Venture yang kuat di China dan AS, ditambah dengan tapak SBI-FMO Fund yang kukuh di Jepun dan di pasaran yang sedang berkembang, kami percaya kami telah menemukan rakan kongsi terbaik bagi fasa perjalanan kami ini."

"Kami berhasrat untuk membuat pembayaran rentas sempadan sama rata untuk semua operator dalam ekosistem. Oleh itu, tidak kira sama ada pelanggan kami ialah bank, syarikat telekomunikasi, dompet mudah alih atau pengendali pemindahan wang (MTO) - dengan mengakses infrastruktur pembayaran kami, mereka boleh membuat pembayaran ke lebih 50 pasaran dengan ketelusan penuh terhadap jumlah kos dan destinasi, membolehkan mereka bersaing dengan pemain global," tambah Prajit.

InstaReM memenuhi keperluan urusan pemindahan wang perniagaan dan individu dan telah disenaraikan oleh Bank Dunia sebagai syarikat yang paling menjimatkan kos di beberapa koridor.

Rancangan Pengembangan Global

Menjelang Suku Ke-4 2017, InstaReM akan berkembang ke semua pasaran di Eropah dan Amerika Syarikat.

Seiring dengan perkembangan ke Eropah, syarikat ini akan melaksanakan sistem pembayaran baharu untuk mempercepatkan pemindahan pembayaran Euro daripada 24 jam kepada kurang daripada 10 saat di 34 negara anggota.

Jefferson Chen, Rakan kongsi di GSR Ventures, berkata, "Infrastruktur pembayaran global yang dibina oleh InstaReM unik dalam industri ini dan GSR Ventures teruja untuk menyertai perjalanan ini."

Suramya Gupta, Pengurus Dana di SBI-FMO Fund, berkata, "Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan pasukan InstaReM untuk bersama-sama membina platform pembayaran digital rentas sempadan serantau yang terkemuka. Kami berharap dapat memasang InstaReM ke dalam ekosistem global Fintech dan syarikat perkhidmatan kewangan."

Latar Belakang InstaReM

InstaReM ialah syarikat pembayaran rentas sempadan yang beribu pejabat di Singapura. Ditubuhkan pada tahun 2014, InstaReM dilesenkan sebagai Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB) di Singapura, Hong Kong, Australia dan Kanada. Ia menyalurkan pembayaran tempatan kepada lebih 50 buah negara di seluruh dunia. InstaReM telah mewujudkan jaringan pembayaran unik di Asia, yang dimanfaatkan oleh institusi kewangan, PKS dan individu untuk membuat pembayaran rentas sempadan kos rendah yang pantas.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Jacintha Ng
The Hoffman Agency Singapore
InstaRemSG@hoffman.com  
+65-6361-0250

Fiona Kwen
Pengurus Pemasaran
fkwen@instarem.com
+65-9423-1933

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170703/1889756-1

Source: InstaReM
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Corporate Expansion