omniture

Aplikasi Android WiFi Master Key capai 100 juta pemasangan di Google Play

LinkSure China Holding Pte. Limited
2017-07-05 17:00 780

SINGAPURA, 5 Julai 2017 /PRNewswire/ -- LinkSure menyambut ulang tahun kedua, dan pencapaian jumlah pengguna yang penting bagi operasi globalnya pada Mei ini.

Produk utamanya, WiFi Master Key (goo.gl/zfHy7g), aplikasi alat perkongsian WiFi pertama dan terbesar di dunia, telah mendapat pencapaian 100 juta pemasangan di Google Play Store Mei ini, dua kali ganda berbanding Februari lalu.

Aplikasi lain yang berada di julat 100-500 juta pemasangan di Google Play Store selain WiFi Master Key termasuk Facebook Lite, Uber, eBay, Amazon, Spotify, Pinterest, dan WeChat antara lainnya.

Dalam jangka masa dua tahun sejak pelancaran globalnya pada tahun 2015, WiFi Master Key telah menyaksikan peningkatan populariti terutama di Asia Tenggara kerana ia membantu komuniti yang semakin membesar untuk berada dalam talian, dan mengakses ekonomi digital. Tersedia dalam 19 bahasa di 223 negara dan rantau, WiFi Master Key mendahului Carta Google Play sebagai aplikasi alat #1 di hampir 50 negara. Khususnya, selain China, WiFi Master Key mempunyai kedudukan yang kukuh dalam salah satu ekonomi digital yang paling pesat berkembang di dunia - Vietnam, di mana ia mendahului sebagai aplikasi alat #1 dan aplikasi percuma #5.

Walaupun gergasi teknologi seperti Facebook, Google dan Microsoft sedang berusaha membina rancangan ketersambungan bercita-cita tinggi dalam ruang Internet untuk menjadikan dunia kita lebih terhubung, LinkSure mengambil pendekatan dari akar umbi untuk merapatkan jurang digital dengan memberikan dunia akses Internet percuma melalui aplikasi WiFi Master Key.

Sebagai satu-satunya aplikasi perkongsian WiFi pertama seumpamanya di dunia, pertumbuhan pantas WiFi Master Key menunjukkan bahawa pengguna Internet di seluruh dunia semakin menerima konsep WiFi yang dikongsi melalui "perkongsian ekonomi".

Memandang ke depan, LinkSure akan terus meningkatkan kecekapan teras WiFi Master Key untuk memberikan penyelesaian yang mudah digunakan yang membantu orang ramai berada dalam talian, mencari peluang, dan mengubah takdir mereka.

LATAR BELAKANG WIFI MASTER KEY ( en.wifi.com | facebook.com/wifimasterkey )

WiFi Master Key ialah aplikasi mudah alih percuma yang dibangunkan oleh LinkSure untuk membolehkan akses Internet tanpa kata laluan. Aplikasi ini juga mempunyai Peta WiFi yang menunjukkan hotspot berdekatan. Sehingga Jun 2016, aplikasi ini mempunyai 900 juta pengguna dan 520 juta pengguna aktif bulanan (MAU) menjadikannya aplikasi perkongsian WiFi terbesar di dunia. Syarikat ini memegang rekod sebagai salah satu syarikat Internet mudah alih unikorn yang paling pesat berkembang di China yang mencapai nilai sebilion dolar pada tahun 2015, setelah penutupan pembiayaan Siri A bernilai $52 juta.

Hubungi:
Lydia Chow 
lydia.chow@wifi.com 
+65-6715-6081

Source: LinkSure China Holding Pte. Limited
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Wireless Communications