SHANGHAI dan MUMBAI, 5 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Tata Consultancy Services (TCS), (BSE: 532540, NSE: TCS), sebuah organisasi perkhidmatan IT, perundingan dan penyelesaian perniagaan hari ini mengumumkan aplikasi telefon pintar Singapore Marathon TCS dipilih sebagai Aplikasi Mudah Alih Terbaik untuk Media, Hiburan & Media Sosial menerusi Anugerah Mudah Alih Asia GSMA 2017 yang diadakan pada 28 Jun 2017 sempena Kongres Dunia Mudah Alih Shanghai.
Anugerah Mudah Alih Asia (Anugerah AMO) mengiktiraf pencapaian, kecemerlangan dan inovasi dalam komunikasi mudah alih di seluruh rantau Asia Pasifik. Para pemenang dipilih daripada 165 penyertaan dan pencalonan mencakupi lima kategori dan dihakimi oleh lebih 50 pakar yang tersohor di dunia, penganalisis, wartawan, ilmuwan dan wakil pengendali mudah alih. Maklumat lengkap tentang Anugerah AMO disediakan di www.asiamobileawards.com.
"Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan calon-calon Anugerah Mudah Alih Asia di Kongres Dunia Mudah Alih Shanghai ini," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran, GSMA. "Anugerah AMO bukan sahaja mengiktiraf teknologi mudah alih, produk dan perkhidmatan paling inovatif, malah mereka turut memberi keutamaan terhadap impak transformatif komunikasi mudah alih kepada orang ramai, syarikat dan masyarakat merentasi rantau yang amat pelbagai dan dinamik ini."
"Ini merupakan satu pengiktirafan hebat kerana dapat meraih Anugerah Mudah Alih Asia untuk aplikasi mudah alih Standard Chartered Singapore Marathon," kata Sean Davidson, Ketua Bahagian Pemasaran & Komunikasi, TCS Asia Pasifik. "Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, TCS komited untuk melaksanakan penyelesaian digital yang terkemuka dalam industri terhadap platform perlumbaan di Singapura, demi memanfaatkan teknologi yang dibangunkan untuk TCS NYC Marathon dan perlumbaan berprofil tinggi yang lain; ia benar-benar suatu pencapaian yang hebat untuk TCS, rakan kongsi kami Ironman dan juga Singapore Marathon kerana diiktiraf menerusi Anugerah AMO yang menjadi penanda aras industri ini."
"Bagi pihak Ironman Asia, kami berbesar hati apabila rakan teknologi kami Tata Consultancy Services berjaya meraih Anugerah Mudah Alih Asia untuk aplikasi Standard Chartered Singapore Marathon," kata Geoff Meyer, Pengarah Urusan, Ironman Asia. "Aplikasi ini ialah elemen penting bagi pengalaman acara untuk peserta dan penyokong demi membawakan mereka lebih dekat kepada perlumbaan menerusi komunikasi yang lebih baik, capaian maklumat yang mudah, latihan, keputusan secara langsung dan banyak lagi."
Aplikasi Singapore Marathon "Dikuasakan oleh Tata Consultancy Services" telah menjadi tulang belakang penting untuk perlumbaan, memberikan butiran seperti pengesanan pelari secara langsung, maklumat pada hari perlumbaan, butiran pendaftaran, rancangan latihan, penyepaduan media sosial dan banyak lagi. Ia merupakan sebahagian daripada program perkongsian teknologi global TCS bagi menyediakan teknologi digital canggih untuk acara-acara larian berjarak yang terunggul di dunia. TCS ialah penaja gelaran dan/atau rakan teknologi untuk TCS NYC Marathon, TCS Amsterdam Marathon, TCS World 10K Bangalore, TCS Lidingoloppet (Sweden), TCS Clark Animo (Filipina), Standard Chartered Marathon Mumbai, Standard Chartered Singapore Marathon, Bank of America Chicago Marathon, United Airlines NYC Half dan pelbagai perlumbaan lain. Maklumat lanjut tentang program larian TCS boleh didapati di: http://www.tcs.com/about/corp_facts/sponsorships
Selain Anugerah AMO yang diraih pada 28 Jun lalu, sejak lapan bulan lalu, aplikasi Singapore Marathon TCS turut diiktiraf sebagai "Platform Digital Terbaik Tahunan" menerusi Anugerah Industri Sukan Asia 2016 SPIA dan "Kempen Terbaik – Mudah Alih untuk Acara" sempena Anugerah Mob-Ex 2017.
Latar Belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia, menyatukan hampir 800 pengendali bersama lebih 300 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk telefon bimbit dan pembuat peranti, syarikat-syarikat perisian, para penyedia peralatan dan syarikat-syarikat internet selain organisasi-organisasi dalam sektor-sektor industri berkaitan. GSMA turut menganjurkan acara-acara yang terkemuka dalam industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih, Kongres Dunia Mudah Alih Shanghai, Kongres Dunia Mudah Alih Benua Amerika dan Siri persidangan Mobile 360.
Latar Belakang Tata Consultancy Services Ltd (TCS):
Tata Consultancy Services ialah sebuah organisasi perkhidmatan IT, perundingan dan penyelesaian perniagaan yang memberikan hasil sebenar untuk perniagaan global yang menjamin tahap keyakinan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana firma lain. TCS menawarkan portfolio bersepadu yang mengutamakan rundingan menerusi perkhidmatan IT, BPS, infrastruktur, kejuruteraan dan khidmat jaminan. Ini disediakan menerusi Global Network Delivery Model™ yang unik, diiktiraf sebagai penanda aras kecemerlangan dalam pembangunan perisian. Sebagai sebahagian daripada Tata group, konglomerat perindustrian terbesar India, TCS mempunyai lebih 387,000 perunding yang menerima latihan terbaik dunia di 45 negara. Syarikat menjana hasil yang disatukan sebanyak U.S. $17.6 bilion bagi tahun berakhir pada 31 Mac 2017 dan turut tersenarai dalam BSE Limited dan National Stock Exchange of India Limited. Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di www.tcs.com.