TOKYO, 7 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Reed Exhibitions Japan Ltd. dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran PAMERAN EKSPORT "JAPAN'S FOOD" mulai 11-13 Oktober 2017 di Makuhari Messe, Jepun. Pameran ini mencakupi produk makanan/minuman Jepun untuk para pengimport dan pembeli antarabangsa.
Sokongan Khas daripada Kerajaan Jepun
Pameran ini mendapat sokongan padu Kerajaan Jepun, Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF), sebagai satu platform ideal untuk membeli makanan Jepun. Selain itu, pakar eksport produk Jepun ke luar negara, Japan External Trade Organization (JETRO) akan menjadi penganjur bersama pameran ini bagi menyokong perniagaan di tapak pameran itu antara pengunjung luar negara dan pempamer Jepun.
Kami menjangkakan pameran ini dapat mencapai nilai eksport produk pertanian, perhutanan dan perikanan sebanyak JPY 1 trilion menjelang tahun 2019, seperti yang ditetapkan oleh MAFF. Tad Ishizumi, Presiden Reed Exhibitions Japan Ltd. berkata, "apabila saya dimaklumkan tentang matlamatnya, saya memutuskan untuk membuat sedikit sumbangan bagi menyokong kerajaan. Kami membuat keputusan untuk melancarkan PAMERAN EKSPORT "JAPAN'S FOOD" memandangkan saya berpendapat ia boleh menjadi cara terbaik untuk berjaya. Dalam tempoh lima tahun, kami merancang untuk menghimpunkan 2,500 pempamer dan 30,000 pembeli, serta menjadikan pameran ini sebagai pameran eksport makanan terbesar di Asia."
Sediakan 20,000 Barangan Makanan Jepun
Sebanyak 300 pempamer, 20,000 barangan makanan Jepun dijangka mengambil bahagian dalam PAMERAN EKSPORT "JAPAN'S FOOD". Produk pameran merangkumi makanan pertanian/daging/makanan laut, manisan/snek, bahan perasa, minuman dan banyak lagi. Semasa pameran ini, kami menjangkakan 6,000 pembeli/pengimport antarabangsa dari 70 negara untuk meninjau jenama yang baharu dalam pasaran, mengimport produk makanan/minuman Jepun dan berunding tentang prosedur import/logistik.
Lebih 1,000 Pembeli dari Seluruh Dunia dalam Satu Acara
Kami mengadakan Program Pembeli Anjuran Khas dengan mengundang 1,000 pembeli dari serata dunia. Para pembeli ini kesemuanya adalah daripada kalangan pengimport utama, pasaraya, restoran, kedai serbaneka, dsb. Syarikat-syarikat berikut telahpun memutuskan untuk mengunjungi pameran ini (petikan):
- Do Foods |
- COFCO HAIYO (Beijing) |
- E-Mart |
- Comercial Toyo S.A.DE C.V. |
- UWAJIMAYA |
- Japan Centre Group |
- Strategia |
- CCW |
- Kari-Out |
- Mitsui Foods |
- Shenzhen Yifan Foods |
- Kaneyama USA |
- French Food Exports |
- Shanghai City Supermarket |
- Shin Kong Mitsukoshi |
Bagi memastikan pempamer dan pengunjung dapat mengikuti mesyuarat perniagaan dengan jayanya di pameran ini, para pempamer perlu mempunyai maklumat dalam bahasa Inggeris dan bahasa Jepun, jurubahasa di reruai dan set meja dan kerusi untuk mesyuarat perniagaan. Oleh yang demikian, pembeli antarabangsa bakal bermesyuarat dengan pempamer yang bersiap sedia untuk menjalankan rundingan perniagaan.
Mohon Tiket Jemputan PERCUMA >>> www.jpfood.jp/en/inv/
PAMERAN EKSPORT "JAPAN'S FOOD" Pertama
Tarikh |
11 (Rabu) -13 (Jumaat) Oktober 2017 |
Tempat |
Makuhari Messe, Jepun |
Laman Sesawang |
|
Penganjur |
Reed Exhibitions Japan Ltd. |
Penganjur Bersama |
Japan External Trade Organization (JETRO) |
Penyokong |
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan |
Hubungi:
Penganjur: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Show Management PAMERAN EKSPORT "JAPAN'S FOOD"
TEL: +81-3-3349-8511 jpfood-eng@reedexpo.co.jp
<Perkongsian Media>
Sekiranya anda menerbitkan bahan berita ini dalam majalah atau laman sesawang anda, Show Management akan menjemput anda ke pameran dengan sebahagian daripada yuran perjalanan. (Mungin berbeza-beza bergantung pada proses penyaringan). Sila hubungi kami melalui e-mel dengan salinan bahan berita dalam majalah/laman sesawang.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170706/1890580-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170706/1890580-1-b