omniture

Fragrance Du Bois Lebarkan Sayapnya Bawakan Minyak Oud 100% Asli ke Dunia Penjagaan Kulit

Fragrance Du Bois
2017-07-07 10:59 754

PARIS, 7 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Syarikat minyak wangi mewah Perancis Fragrance Du Bois mengumumkan peringkat pembangunan seterusnya sebagai jenama bertaraf dunia, dengan memeterai perjanjian pembekalan dengan sebuah syarikat penjagaan kulit dan aksesori baharu, Oud Essentials™.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, Fragrance Du Bois akan membekalkan minyak Oud asli terkenal miliknya yang bernilai US$50 juta ke rantau tersebut, berserta produk-produk antipenuaan dan kesihatannya, untuk satu lagi jenama unik dan inovatif yang bermatlamat untuk 'mengubah dunia penjagaan kulit'.

Minyak Oud dan serpai kayu 100% asli, semula jadi dan lestari Fragrance Du Bois.
Minyak Oud dan serpai kayu 100% asli, semula jadi dan lestari Fragrance Du Bois.

Fragrance Du Bois dan Oud Essentials memeterai perjanjian pembekalan dan pembuatan selama 15 tahun, yang beroperasi berterusan dan bersifat eksklusif yang dapat meningkatkan lagi etos penyepaduan vertikal yang menjadi komponen amat penting dalam model perniagaan utama dalam industri.

Meskipun agak baru dalam dunia pembuatan minyak wangi antarabangsa yang bernilai berbilion-bilion dolar, Fragrance Du Bois telah mengumpulkan sejumlah besar peminat tegar dalam tempoh masa yang amat singkat, dan kini meminjamkan kepakarannya yang tinggi kepada jenama asli dan unik yang lain yang membawa ciri yang sama: keinginan untuk mencipta produk inovatif untuk pengguna arif dan peka.

Menerusi pengeluaran peringkat awal produk-produknya yang unik dan inovatif di Switzerland, UK, Singapura dan Malaysia, Oud Essentials akan mula menghantar barangan bernilai US$8 juta pada bulan Julai 2017.

Hasil buah fikiran ahli farmasi galenik, Jean-Marc Dufat, Oud Essentials™ kini mengeluarkan pelbagai produk penjagaan kulit dan aksesori yang buat pertama kalinya dalam sejarah mengandungi 100% minyak Oud asli, organik, diperoleh secara lestari dan dihasilkan secara beretika – bahan ajaib dan mistik yang menjadi elemen utama hasil ciptaan terkenal Fragrance Du Bois.

Oud telah dikagumi oleh budaya, tamadun dan agama yang tidak terhitung banyaknya selama beribu-ribu tahun, dan sejak lima tahun lalu, Lembaga Penasihat Saintifik Fragrance Du Bois telah mengkaji pelbagai kegunaan dan keberkesanannya. Pada tahun 2015, apabila Jean-Marc Dufat mencadangkan kolaborasi yang akan membolehkan minyak Oud dimanfaatkan dalam dunia penjagaan kulit buat julung kalinya, Fragrance Du Bois berbesar hati untuk menggunakan sumber-sumber penyelidikan dan pembangunannya di UK, Singapura, Perancis dan Switzerland dengan bersungguh-sungguh demi memajukan jenama baharu ini.

Rangkaian produk Oud Essentials
Rangkaian produk Oud Essentials

Diperoleh daripada rantaian bekalan lestari yang sama seperti Fragrance Du Bois mendapatkan minyak Oudnya yang berkualiti hebat, Oud Essentials™ -- 'Syarikat Oud Sebenar' -  akan menggunakan mantra sama yang menepati citarasa pengguna dan penggemar minyak Oud di serata dunia: 'Kemewahan yang Murni'.

Rangkaian produk Oud Essentials akan menyediakan serum dan krim yang sesuai untuk semua jenis kulit dan semua peringkat usia, serta Minyak Dwifasa revolusioner yang menggabungkan rumusan air dan berasaskan minyak terbaik bagi memberikan hasil yang luar biasa. Minyak Oud itu sendiri terbukti kaya dengan antioksidan yang membantu dalam proses antipenuaan, dan dengan gabungan bahan-bahan berkualiti tinggi yang lain, hasilnya memberikan pelbagai produk yang akan merancakkan dunia penjagaan kulit.

Dengan asal usul yang diketahui dan kelestarian menjadi nilai teras yang tidak dapat disingkirkan bagi kedua-dua Fragrance Du Bois dan Oud Essentials, perjanjian pembekalan selama 15 tahun antara kedua-dua syarikat ini memberikan petanda baik untuk kelompok pengguna yang semakin bertambah yang menghargai produk-produk berkualiti hebat sama seperti mereka menghargai asal usul produk tersebut, selain pengeluar dan cara ia dihasilkan.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Marine Adenin
Pengurus Negara, Eropah
Tel: +41 228 199 427
Emel:marine.adenin@fragrancedubois.com

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois ialah sebuah syarikat minyak wangi khas yang mewah, dihasilkan daripada sari pati alam semula jadi yang terkaya, dibuat oleh pakar minyak wangi generasi kelima daripada tradisi Grasse, Perancis pada abad ke-17. Bahan utama di sebalik ciptaan kesemua produk Fragrance Du Bois ialah minyak Oud yang istimewa, yang memancarkan aroma kemewahan sebenar yang tersendiri dan unik. Kesemua minyak Oud yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dihasilkan sendiri di ladang yang diurus secara lestari dengan jaminan perolehan bahan secara beretika dan lestari.

Latar Belakang Oud Essentials

Jenama baharu, wajah baharu dan nama baharu dalam industri penjagaan kulit global, Oud Essentials meningkatkan ciri-ciri dan kualiti luar biasa gaharu dan minyak Oud menerusi rangkaian produk yang dihasilkan untuk menjadi sebahagian daripada regimen penjagaan kulit dan satu pendekatan terhadap gaya hidup sihat yang menghayati sebuah kisah pembuatannya selama ribuan tahun.

Kesemua minyak Oud yang digunakan dalam rangkaian produk Oud Essentials diperoleh secara lestari, dihasilkan secara beretika dan mendapat kelulusan penuh serta pensijilan daripada CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170705/1890489-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170705/1890489-1-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Expansion Licensing/marketing agreements