KUALA LUMPUR, Malaysia, July 7, 2017 /PRNewswire/ -- Salesforce, peneraju global bagi CRM, hari ini mendedahkan dapatan daripada Inovasi: Seluruh Tumpuan ke arah Asia (Innovation: All Eyes on Asia), satu laporan penyelidikan bagaimana syarikat-syarikat di Asia menanggapi inovasi. Kajian ini mengumpulkan respons daripada perniagaan utama dan pembuat keputusan IT merentasi lapan negara di Asia.
Dapatan penting:
Syarikat-syarikat Asia berkemungkinan melabur dalam inovasi tingkatkan pengekalan pelanggan
Di Asia, inovasi dilihat sebagai proses mencipta penyelesaian baharu dan terkini bagi memenuhi keperluan pelanggan yang belum dipenuhi. Perniagaan-perniagaan Asia mengutamakan inovasi yang memperkasa mereka untuk mengekalkan pelanggan mereka (70%) dan lebih separuh (53%) berkemungkinan mengguna pakai inovasi yang dapat mencapai matlamat ini. Syarikat-syarikat di India (93%), Singapura (88%), Filipina (88%) dan Malaysia (82%) paling berkemungkinan melabur dalam teknologi demi menggalakkan pengekalan pelanggan. Teknologi dilihat sebagai wadah berharga dalam meningkatkan produktiviti (62%) dan menyediakan sokongan pelanggan yang lebih baik (38%). Dapatan ini menekankan tumpuan terhadap keutamaan pelanggan yang memacu trajektori terhadap inovasi di Asia.
Syarikat-syarikat Asia senaraikan Aplikasi Perusahaan, CRM, Pengkomputeran Awan dan Kepintaran Buatan sebagai keutamaan tertinggi inovasi
Aplikasi Perusahaan (83%), Pengkomputeran Awan (82%) dan Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) merupakan tiga keutamaan pelaburan strategik tertinggi untuk syarikat-syarikat Asia. Selain itu, apabila dimaklumkan tentang keupayaan platform CRM yang dikuasakan oleh kepintaran buatan (A.I.), 78% responden berkata mereka mungkin akan menggunakannya. Syarikat-syarikat Singapura mendapati konsep tersebut menarik (84%) dan relevan (76%) namun hanya 68% berkata mereka mungkin akan menggunakannya. India (90%), Indonesia (83%), Vietnam (85%), Filipina (84%) dan Thailand (84%) paling berkemungkinan menggunakannya manakala Hong Kong paling kurang berkemungkinan menggunakannya (63%).
Budaya Tingkatkan Inovasi
Impak positif budaya yang memperkasa kakitangan untuk menjadi inovatif terbukti dalam 77% responden yang bersetuju bahawa inovasi telah mengubah operasi syarikat mereka dengan baik, dengan 80% daripada kumpulan ini mengutamakan inovasi dalam organisasi mereka untuk 12 hingga 24 bulan akan datang. Kumpulan syarikat Asia ini lebih berkemungkinan untuk melabur dalam teknologi tanpa mengira prospek ekonomi manakala 79% responden berkata mereka akan meningkatkan perbelanjaan terhadap teknologi meskipun dalam keadaan ekonomi yang kurang berprestasi dengan 84% daripada mereka melihat teknologi sebagai pemacu pendapatan jangka panjang.
Jurang pengetahuan halang kadar kemajuan inovasi
Kos, kerumitan teknologi dan kekurangan bakat merupakan tiga halangan utama yang menyekat syarikat-syarikat Asia untuk mengguna pakai inovasi. Satu dalam tiga syarikat Asia percaya inovasi masa depan akan dipacu oleh perkongsian sektor awam-swasta.
Ulasan tentang Berita
Berhubung dengan Salesforce
1 Responden diberikan kenyataan berikut dan ditanyakan (1) sekiranya konsep tersebut menarik perhatian, (2) sekiranya produk tersebut relevan untuk mereka dan (3) sekiranya mereka mungkin akan menggunakannya.
Bayangkan terdapatnya kepintaran buatan yang dikuasakan oleh platform CRM yang membolehkan syarikat-syarikat berhubung dengan pelanggan dan bakal pelanggan mereka dengan cara yang inovatif. Ciri-ciri utama platform ini akan membolehkan syarikat-syarikat untuk:
KAEDAH PENYELIDIKAN
Bagi memahami sejauh mana inovasi ditanggapi oleh pihak yang aktif dan berpengaruh di Asia dalam bidang IT, Salesforce menugaskan YouGov pada Disember 2016 lalu untuk menjalankan tinjauan terhadap 707 responden melibatkan lapan negara/kawasan di Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam di rantau ini. Kuota lembut iaitu 50/50 ditetapkan untuk membuat pembahagian yang sama rata antara Ketua Pegawai Teknologi, Ketua Pegawai Maklumat dan pembuat keputusan IT daripada perniagaan dan perusahaan am dalam sampel tersebut; kesemua 707 responden direkrut melalui panel proprietari YouGov dan disoal selidik sepanjang tempoh seminggu antara 21-28 Disember 2016. Tinjauan ini mengemukakan soalan tentang persepsi responden tentang inovasi, selain sikap dan tingkah laku mereka terhadap penggunaan teknologi yang inovatif. Dapatan yang dikumpulkan daripada kajian ini adalah penting ke arah pembangunan pandangan yang lebih jelas mengenai sejauh mana inovasi ditanggapi di Asia.
Latar Belakang Salesforce
Salesforce, Platform Kejayaan Pelanggan dan CRM #1 dunia, memperkasa syarikat-syarikat untuk berhubung dengan pelanggan mereka dengan cara serba baharu. Untuk maklumat lanjut tentang Salesforce (NYSE: CRM), layari: www.salesforce.com.
Maklumat Perhubungan Media
Hongda Tee / Dinda Citrini
Hypertext untuk Salesforce
salesforce@hypertext.sg
T: +65-9487-4310 / +65-8124-6742