omniture

MARC O'POLO Sambut Ulang Tahun ke-50: Barisan Bintang Handalan Antarabangsa di Munich dan Stephanskirchen

MARC O'POLO
2017-07-10 10:53 632

MUNICH, 10 Julai 2017 /PRNewswire/ --

MARC O'POLO sambut separuh abad dunia fesyen   

Pada sebelah pagi, Robbie & Ayda Williams muncul di kedai MARC O'POLO Munich untuk memperkenalkan koleksi Kapsul Ikonik (Iconic Capsule) mereka. Ia disediakan secara eksklusif di kedai-kedai MARC O'POLO dan juga http://www.marc-o-polo.com. Kempen yang mengiringinya dirakam oleh jurugambar tersohor Peter Lindbergh.

generated by system
generated by system

Pada sebelah malam pula, seramai 1,800 tetamu dari serata dunia diundang ke ibu pejabat syarikat yang terletak di Stephanskirchen. Kemuncak sambutan ulang tahun besar-besaran ini ialah pertunjukan fesyen bersama barisan model pentas peragaan terkemuka. Dengan Aleksandra Woroniecka, Pengarah Fesyen untuk Vogue Perancis, Pereka Cahaya Thierry Dreyfus (Eyesight), dan DJ Peter Kruder yang mengelola, pertunjukan fesyen ini adalah hasil gabungan yang rapi antara gaya, pencahayaan dan muzik; pemilihan model dikendalikan oleh mereka yang berkebolehan iaitu Angus Munro dan Noah Shelley.

Para tetamu untuk acara sebelah malam tersebut terdiri daripada pelbagai selebriti seperti Mads Mikkelsen (wajah terkini kempen MARC O'POLO), Numan Acar, Marie Bäumer, Oliver & Katrin Berben, Nicolette Krebitz, Stephan Luca, Javi Martínez, Claudio Pizarro, Hans Sigl, Alicia von Rittberg, Tom Wlaschiha, Susanne Wuest dan ramai lagi.

Imej resolusi tinggi dan bahan-bahan teks sedia dimuat turun di sini:

Imej acara: http://www.image.net/marcopolo_50thanniversary

Koleksi imej: http://company.marc-o-polo.com/downloads/MARC O'POLO 50 years.zip

Hubungi:
Nina Hallwachs
Hofgartenstraße 1,
D-83071 Stephanskirchen
Tel.: +49-(0)8036-90-1321
NinaHallwachs@marc-o-polo.com 

Source: MARC O'POLO
Keywords: Entertainment Fashion