omniture

Telefon Pintar Nokia Tampilkan Optik ZEISS

HMD Global and ZEISS
2017-07-11 12:38 668

ESPOO, Finland dan OBERKOCHEN, Jerman, 11 Julai 2017 /PRNewswire/ --

- Kerjasama eksklusif memperlihat penginovasian ZEISS dalam pengalaman pengimejan telefon pintar Nokia

- Semarakkan semula komitmen untuk menetapkan piawaian pengimejan baharu untuk pengguna telefon pintar Nokia

HMD Global, pangkalan telefon Nokia, dan ZEISS hari ini bersama-sama mengumumkan penandatanganan perkongsian eksklusif yang bertujuan untuk menetapkan piawaian pengimejan baharu dalam industri telefon pintar. Perjanjian jangka panjang ini dibina dari sejarah dan kepakaran bersama antara ZEISS dan telefon pintar Nokia.

generated by system

generated by system

Dengan cita-cita bersama untuk memajukan kualiti pengalaman pengimejan keseluruhan pada telefon pintar yang merangkumi keseluruhan ekosistem daripada perisian, perkhidmatan, sehingga ke kualiti skrin, dan reka bentuk optik, perkongsian ini akan memperlihat ZEISS dan HMD Global bersama-sama membangunkan keupayaan pengimejan yang menetapkan piawaian dan akan membawa jenama ZEISS kembali ke telefon pintar Nokia. Ikrar untuk terus meningkatkan pengalaman pengimejan pengguna mencerminkan nilai-nilai bersama antara kedua-dua perniagaan - satu komitmen yang bersungguh-sungguh terhadap kualiti, nilai seni ketukangan dan keinginan untuk meningkatkan pengalaman hidup sebenar.

Hubungan antara ZEISS dan telefon Nokia bermula lebih sedekad yang lalu, dan diasaskan berdasarkan perasaan yang dikongsi bersama terhadap inovasi dan hasrat untuk sentiasa memberikan yang terbaik kepada pengguna. Kerjasama sebelum ini memperlihat ZEISS dan telefon Nokia memacu inovasi teknologi seperti telefon bimbit berbilang megapiksel pertama di dunia dan banyak lagi peranti yang menetapkan piawaian, bermula dengan Nokia Nseries kepada teknologi yang menampilkan Nokia PureView. Hubungan yang diperbaharui ini merupakan komitmen jangka panjang untuk membina inovasi teknologi dalam tahun-tahun yang akan datang.

Arto Nummela, Ketua Pegawai Eksekutif, HMD Global:  

"Kolaborasi dengan ZEISS merupakan sebahagian penting komitmen kami untuk sentiasa memberikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan kami. Peminat kami mahukan lebih daripada kamera telefon pintar yang hebat, mereka mahukan pengalaman pengimejan lengkap yang bukan hanya menetapkan piawaian tetapi mentakrifkannya semula. Inilah yang diharapkan oleh para peminat kami dan, bersama-sama dengan ZEISS, kami akan menyediakannya untuk mereka - kecemerlangan pengimejan yang dibangunkan bersama untuk semua."

Dr. Matthias Metz, Ahli Lembaga Eksekutif ZEISS Group: 

"Kerjasama HMD Global dengan ZEISS untuk telefon pintar Nokia akan sekali lagi meningkatkan pengalaman pengimejan holistik pengguna berdasarkan kecemerlangan dan inovasi. Perkongsian kami ini dibina dengan asas yang kukuh. Bersama-sama, kami menantikan perjalanan ke masa hadapan pengimejan telefon pintar canggih yang menarik."

Perkongsian eksklusif dengan ZEISS ini merupakan bukti lanjutan bagaimana HMD Global bekerjasama dengan syarikat yang terbaik dan paling dihormati dalam industri untuk memacu kesempurnaan dalam semua aspek reka bentuk dan pembinaan telefon, dan merupakan komitmen kepada pengguna untuk memberikan pengalaman pengimejan terhebat yang boleh diperolehi dalam telefon pintar.

Latar Belakang HMD Global 

Beribu pejabat di Espoo, Finland, HMD Global Oy ialah pangkalan baharu untuk telefon dan tablet Nokia. HMD mereka dan memasarkan pelbagai pilihan telefon pintar dan telefon berciri yang menyasarkan pelbagai kumpulan pengguna dan kadar harga. Dengan komitmen terhadap inovasi dan kualiti, HMD ialah pemegang lesen eksklusif kepada jenama Nokia untuk telefon bimbit dan tablet. Nokia ialah tanda dagang berdaftar Nokia Corporation. Untuk maklumat lanjut, lihat http://www.hmdglobal.com 

Latar Belakang ZEISS 

ZEISS ialah syarikat teknologi terkemuka antarabangsa yang beroperasi dalam bidang optik dan optoelektronik. ZEISS Group membangunkan, menghasilkan dan mengedarkan teknologi mengukur, mikroskop, teknologi perubatan, kanta cermin mata, lensa kamera dan pawagam, binokular dan peralatan pembuatan semikonduktor. Dengan penyelesaian mereka, syarikat sentiasa memajukan dunia optik dan membantu membentuk kemajuan teknologi. ZEISS dibahagikan kepada empat segmen Teknologi Penyelidikan & Kualiti, Teknologi Perubatan, Penjagaan Visi/Produk Pengguna dan Teknologi Pembuatan Semikonduktor. ZEISS Group terdapat di lebih 40 buah negara dan mempunyai lebih daripada 50 lokasi jualan dan perkhidmatan, lebih 30 tapak perkilangan dan kira-kira 25 pusat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia.

Pada tahun fiskal 2015/16 syarikat menjana pendapatan hampir €4.9 bilion dengan lebih 25,000 pekerja. Ditubuhkan pada tahun 1846 di Jena, syarikat ini beribu pejabat di Oberkochen, Jerman. Carl Zeiss AG ialah syarikat induk pengurusan strategik yang menguruskan ZEISS Group. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Carl Zeiss Stiftung (Yayasan Carl Zeiss).

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.zeiss.com

Sumber: HMD Global dan ZEISS

Source: HMD Global and ZEISS
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Telecommunications Licensing/marketing agreements