omniture

Philips dan Singapore Institute of Advanced Medicine Holdings meterai perjanjian membuka pusat onkologi pertama seumpamanya di Singapura

- Pusat onkologi serantau menghimpunkan teknologi pengimejan, rawatan dan informatik klinikal terkini daripada Philips, Singapore Institute of Advanced Medicine Holdings, Varian Medical Systems dan IBA Worldwide
- Kolaborasi, penyelidikan, kemudahan latihan dan rawatan menangani keperluan diagnosis dan rawatan untuk kanser, selain penyakit jantung dan gangguan neurologi

Royal Philips
the Singapore Institute of Advanced Medicine Holdings (SAM)
2017-07-12 15:36 974

Amsterdam, Belanda dan Singapura, 12 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA), peneraju global bagi teknologi kesihatan, dan Singapore Institute of Advanced Medicine Holdings (SAM) hari ini mengumumkan satu kolaborasi dengan Varian Medical Systems dan IBA Worldwide untuk membina Advanced Medicine Oncology Centre (Pusat Onkologi Perubatan Termaju) baharu di Biopolis, hab penyelidikan bioperubatan antarabangsa di Singapura. Pusat onkologi ini akan menyediakan teknologi pengimejan, penyampaian rawatan dan informatik klinikal bertaraf dunia dengan tujuan menangani secara menyeluruh peningkatan pesat bilangan penghidap kanser di rantau ini. SAM memacu kolaborasi ini dengan melabur sehingga SGD 100 juta (kira-kira USD 72 juta) ke arah pembangunan pusat kecemerlangan untuk onkologi di rantau Asia Tenggara.

Diederik Zeven, Pengurus Besar, Sistem Kesihatan, Philips ASEAN Pacific (Kiri) menyerahkan kepada Dr. Djeng Shih Kien, Pengasas dan Pengerusi, Singapore Institute of Advanced Medicine Holdings (Kanan) plak peringatan bagi menandakan perasmian Advanced Medicine Oncology Centre di Biopolis, Singapura
Diederik Zeven, Pengurus Besar, Sistem Kesihatan, Philips ASEAN Pacific (Kiri) menyerahkan kepada Dr. Djeng Shih Kien, Pengasas dan Pengerusi, Singapore Institute of Advanced Medicine Holdings (Kanan) plak peringatan bagi menandakan perasmian Advanced Medicine Oncology Centre di Biopolis, Singapura

Memperbaiki Hasil Rawatan Pesakit

Pusat penyelidikan, latihan dan rawatan baru ini akan menyediakan penyelesaian onkologi terkini untuk kegunaan profesional penjagaan kesihatan dan penyelidik. Dirancang dibuka secara berperingkat mulai tahun 2018 dan seterusnya, pusat ini juga bertujuan menyediakan tempat khas bagi melatih profesional demi memenuhi keperluan industri penjagaan kesihatan yang terus berkembang. Melalui penyelidikan, ujian klinikal dan pembangunan terapi rawatan kanser yang maju, Advanced Medicine Oncology Centre akan menjadi wadah bagi inovasi dan protokol rawatan terbaru yang dibangunkan melalui pendekatan multidisiplin. Ini dilakukan demi penjagaan pesakit yang lebih baik dan diperibadikan, hasil rawatan yang berkemungkinan lebih baik, dan kualiti kehidupan yang lebih baik yang berterusan bagi pesakit.

"Advanced Medicine Oncology Centre baharu ini sejajar dengan matlamat penubuhan Singapore Institute of Advanced Medicine Holdings untuk menyediakan perkhidmatan pengesanan lebih awal dan diagnosis pertama yang tepat untuk kanser selain rawatan yang lebih selamat dan lebih berkesan kos dengan memajukan perkhidmatan penjagaan yang dibolehkan menerusi penyelidikan, teknologi dan pendidikan," kata Dr Djeng Shih Kien, Pengasas dan Pengerusi, Singapore Institute of Advanced Medicine Holdings. "Saya berbangga memimpin pencapaian penting ini bersama rakan-rakan kongsi kami, menandakan langkah ke hadapan dalam rawatan kanser, yang memberi kesan kepada kebanyakan manusia."

Pengimbas PET/CT Vereos Philips, sistem PET/CT pertama dan satu-satunya dengan fungsi digital sepenuhnya di dunia
Pengimbas PET/CT Vereos Philips, sistem PET/CT pertama dan satu-satunya dengan fungsi digital sepenuhnya di dunia

Menghimpunkan teknologi canggih terkini

Advanced Medicine Oncology Centre akan menempatkan rangkaian sistem pengimejan diagnostik termaju dan informatik klinikal daripada Philips. Selain Ingenia MR dan sistem CT spektrum IQon Philips, pusat ini akan menyediakan dua pengimbas PET/CT Vereos Philips[1], sistem PET/CT dengan fungsi digital sepenuhnya yang pertama dan satu-satunya di dunia. Vereos menggunakan teknologi Pembilangan Foton Digital (DPC) proprietari Philips yang menghasilkan ciri kebolehkesanan dan pencirian yang lebih baik bagi lesi yang kecil[2]. Ia menawarkan fungsi kebolehkesanan dan pengkuantitian lesi yang unggul dengan separuh dos PET[3], berserta kelebihan sensitiviti keseluruhan berbanding sistem analog[4]. Sistem ProBeam® Compact daripada Varian akan menyediakan terapi proton berkualiti tinggi. ProBeam® ialah satu-satunya sistem bilik tunggal yang berupaya menyediakan terapi proton berkeamatan termodulasi berputaran penuh (IMPT). Teknologi Cyclone Kiube daripada IBA pula akan membolehkan penghasilan dan penggunaan pengesan dan radiofarmaseutikal PET di lokasi yang lengkap untuk menggambarkan lesi menggunakan PET/CT digital Philips. Ini akan membantu pusat onkologi tersebut menyediakan rawatan baharu dengan kombinasi kelajuan, fleksibiliti dan keberkesanan kos yang tersendiri. Pusat ini akan menggunakan Philips IntelliSpace Portal 9.0 bagi analisis visual termaju dan pengkuantitian imej perubatan demi membantu pakar klinikal menilai dan mendiagnosis penyakit dengan pantas menggunakan aplikasi klinikal yang dioptimumkan bagi tujuan penilaian pesakit sepanjang proses rawatan.

"Kanser memberi kesan kepada individu daripada seluruh lapisan masyarakat dan antara penyebab utama kematian di seluruh dunia, menjadi penyebab lebih 4 juta kematian di Asia pada tahun 2016[5]," kata Diederik Zeven, Pengurus Besar, Sistem Kesihatan, Philips ASEAN Pacific. "Philips membolehkan kemajuan penyelidikan perubatan melalui warisan kami yang mendalam dalam inovasi penjagaan kesihatan dan kolaborasi dengan rakan-rakan kongsi perubatan. Advanced Medicine Oncology Centre baharu ini berkedudukan sesuai untuk menerajui segmen penyelidikan dan rawatan kanser di Singapura dan rantau ini dan kami amat berbangga kerana dapat menjadi rakan kongsi strategik."

"Pusat ini akan menjadi pemasangan pertama untuk sistem terapi proton ProBeam Compact Varian, yang direka untuk membolehkan tempat-tempat dengan kekangan ruang seperti pusat ini menawarkan teknologi canggih untuk pesakit kanser," kata Dr Moataz Karmalawy, Pengurus Besar divisyen Terapi Partikel Varian. "Pusat ini akan membuka peluang tambahan untuk pendidikan dan juga penyelidikan. Singapura akan menyertai kumpulan negara eksklusif yang mempunyai kemudahan seperti ini untuk meningkatkan pemahaman kami bukan sahaja tentang terapi proton, tetapi juga imunoterapi dan rawatan berasaskan sel yang lain."

Pengimbas PET/CT Vereos Philips menggunakan teknologi Pembilangan Foton Digital (DPC) proprietari Philips yang menakrif semula pengimejan PET dan menawarkan faedah sensitiviti menyeluruh berbanding sistem analog
Pengimbas PET/CT Vereos Philips menggunakan teknologi Pembilangan Foton Digital (DPC) proprietari Philips yang menakrif semula pengimejan PET dan menawarkan faedah sensitiviti menyeluruh berbanding sistem analog

Kebimbangan yang semakin meningkat

Selain kanser, penyakit kesihatan berkaitan usia menjadi kebimbangan yang semakin meningkat dan Asia Pasifik diunjurkan mempunyai dua pertiga daripada penduduk warga emas di dunia menjelang tahun 2050[6]. Dalam tempoh jangka masa lebih panjang, pusat ini akan mengurus sejumlah kepakaran perubatan diagnostik dan terapeutik dengan menempatkan penyelesaian pengimejan bertaraf dunia demi menangani penyakit kardiovaskular dan gangguan neurologi seperti strok dan penyakit Alzheimer.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Joost Maltha
Pejabat Akhbar Syarikat
Tel: +31 6 10 55 8116
E-mel: joost.maltha@philips.com

Elaine Ng
Ketua Komunikasi 
Philips ASEAN Pacific
Tel: +65 9455 2834
E-mel: elaine.ng@philips.com

Mark Plungy
Varian Medical Systems
Tel: +1 (650) 424-5630 
E-mel: mark.plungy@varian.com

Mengenai Royal Philips

Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) ialah syarikat teknologi kesihatan terkemuka yang bertumpu dalam meningkatkan kesihatan orang ramai dan membolehkan hasil rawatan lebih baik dalam seluruh aspek kesihatan bermula daripada kehidupan yang sihat dan pencegahan, kepada diagnosis, rawatan dan penjagaan di rumah. Philips memanfaatkan teknologi termaju serta pemahaman klinikal dan pengguna yang mendalam bagi tujuan menyediakan penyelesaian bersepadu. Beribu pejabat di Belanda, syarikat ini merupakan peneraju bagi pengimejan diagnostik, terapi berpandukan imej, pemantauan pesakit dan informatik kesihatan, selain kesihatan pengguna dan juga penjagaan di rumah. Portfolio teknologi kesihatan Philips menjana hasil jualan sebanyak EUR 17.4 bilion pada tahun 2016 dan menggaji kira-kira 70,000 kakitangan dengan jualan dan perkhidmatan terdapat di lebih 100 negara. Berita tentang Philips boleh didapati di www.philips.com/newscentre.

Mengenai Singapore Institute of Advanced Medicine Holdings Pte. Ltd.

Singapore Institute of Advanced Medicine Holdings Pte. Ltd. ialah usahasama terbaharu oleh Dr S.K. Djeng dan rakan-rakan sekutu beliau, yang mempunyai rekod kejayaan dalam menyediakan teknologi penjagaan kesihatan canggih di Singapura. Visi mereka adalah untuk menggunakan teknologi bagi tujuan penjagaan pesakit dan menyediakan perkhidmatan diagnostik dan terapeutik yang komprehensif termasuk ubat-ubatan makmal, pengimejan dan terapi proton. Maklumat lanjut boleh ditemui di www.advancedmedicine.sg

Mengenai Varian Medical Systems

Varian Medical Systems menumpu tenaga dalam menyelamatkan nyawa dan merupakan pengeluar terkemuka dunia bagi peralatan perubatan dan perisian komputer bagi merawat dan mengurus kanser. Beribu pejabat di Palo Alto, California, Varian menggaji kira-kira 6,400 kakitangan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.varian.com dan ikuti @VarianMedSys melalui Twitter.

Mengenai IBA

IBA (Ion Beam Applications S.A.) ialah syarikat peralatan diagnostik dan rawatan kanser. Memanfaatkan kepakarannya yang sekian lama, IBA RadioPharma Solutions menyokong hospital-hospital dan pusat-pusat pengedaran radiofarmaseutikal menerusi pengeluaran radioisotop syarikat dengan menyediakan penyelesaian global kepada mereka, bermula daripada rekaan projek sehingga operasi fasiliti mereka. Selain peralatan pengeluaran teknologi berkualiti tinggi (penyelesaian siklotron, sistem sasaran, pensintesis dan sistem kawalan), IBA turut mempunyai pengalaman mendalam dalam mendirikan pusat-pusat pengeluaran radiofarmaseutikal GMP.

Beribu pejabat di Belgium dan menggaji kira-kira 1,500 kakitangan di seluruh dunia, IBA telah memasang sistem di serata dunia. IBA disenarai di bursa saham pan-Eropah EURONEXT (IBA: Reuters IBAB.BR dan Bloomberg IBAB.BB) dan maklumat lanjut boleh didapati di: www.iba-worldwide.com

[1] Vereos Philips mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA). Penggunaan dan ketersediaan pengimbas PET/CT Vereos Philips di luar Amerika Syarikat tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kawal selia di setiap negara.

[2] Nguyen NC, Image Quality and Diagnostic Performance of a Digital PET Prototype in Patients with Oncologic Diseases: Initial Experience and Comparison with Analog PET, J Nucl Med 2015; 56:1378–1385

[3] Liu X et al, Impact of FDG Dose Reduction on Lesion Quantification in Dynamic PET: A Simulation Study Based on Clinical Trial Data, SNMMI 2016

[4] GEMINI TF 16

[5] Insitut Kanser Kebangsaan, Memahami Kanser: Statistik Kanser

[6] Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (ESCAP), Penuaan: Gambaran Keseluruhan

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170705/1890534-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170705/1890534-1-b 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170705/1890534-1-c

Source:
Royal Philips
the Singapore Institute of Advanced Medicine Holdings (SAM)
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Joint ventures New products/services